Tuesday, 29 September 2009

Orang Baling Tahi, Kita Baling Bunga

Ini adalah benda baik. Ia mengeratkan silaturrahim.



Teruskan buat baik.
Kenapa?
Sebab

Anda Memang Baik.
Walaupun kadang-kadang orang balas jahat.

Dr.Fadilah Kamsah ada cakap ,
"orang balik tahi , kita bagi dia bunga , lama-lama tahi akan jadi bunga kepada baja"
Erm.. Betul tu doctor.
Mungkin juga tahi tu kita boleh kumpul then buat baja kompos untuk dikomersialkan.
So akan wujudlah usahawan tahi diseluruh negara.. No.. Thats is not my point.
Im not going to talk about how to become a young entrepreneur.

But , orang tua juga ada pesan buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali.
Berpada-pada means it has a limit. Diulangi limit.
Kiranya buat baik ini bukanlah harus sentiasa baik.

Kalau ada orang datang mintak tolong kita belikan gula di kedai sedangkan orang itu selalu tak bayar duit gula yang dibeli, dan kita teruskan membeli gula selama sepuluh tahun untuk orang itu. Itu bukan buat baik. Itu Bang Ang namanya.

Kenapa isu ini timbul?
sebab aku boring tengok kawan-kawan aku buat baik tahap ultimatum kepada orang yang tak menghargai.
Kebanyakkan depa orang baik-baik. Mksud aku bukan la orang yang alim-alim tapi ok laaa..
baiklaaaa....

Tapi jangan la sekali-kali buat jahat kat orang.
Pusing-pusing mesti kena balik dekat kita.

Kesimpulan nya disini
teruskan membuat benda baik, walaupun kadang-kadang hasilnya &$%*
sebab kita membuat benda baik kerana nature kita adalah seorang yang baik dan mak bapak kita selalu suruh kita buat benda-benda baik.

insya allah buat baik dibalas baik, buat jahat hasilnya jahat.
Memang cara dunia berfungsi macam tuh.

Malam ini aku jadi penceramah , mana tau malam-malam yang lain turn hampa pulak.
:)

Raya Suka Kaw Kaw


Raya Kali ini Macam Macam Ada~


Sapa Cakap Kami X kawan? Aku dan encik din bakar.



Nampak macam orang lidi x? macam x? Kalau tak nampak salahkan bido yang jadi kepala.

Alalalala my baby.. bucuk bucuk bucuk... dapat juga akhirnya haha

Pemandangan Biasa di Aidilfitri. Kasut yang banyak di hadapan rumah.

cik jiyah malu-malu kerana diambil gambar. Sila baca blog dia hehe.

Wednesday, 16 September 2009

Selamat Hari Raya Corner (kalau nak wish jugak letak nama btol dan wish dalam komen before jumaat)


Aku ingin mengucapkan Selamat Hari Raya , Maaf Zahir Batin.
Setelah sebulan berpuasa , Insya Allah kita akan meraikan Hari Raya.
So kalau ada silap dan salah harap dimaafkan.


Ucapan dari Rakan-rakan kepada semua.

Firdauz Mahmud a.k.a Pedots :
Selamat Hari Raya kpd sume umat islam yg berpuasa, semoga dicucuri rahmat dan dikurniakan pasangan yg baik hati (utk yg single je)...dan Ampun Maaf zahir dan batin kpd semua yg mengenali...tq

Nur Azfa a.k.a Azfa :
"Kepada rakan2 sekalian..samada yg jauh di mata atau dekat di hati, Selamat Hari Raya & Maaf Zahir Batin :)"

Musang a.k.a Firdaus Abdul Rahman : Semoga Syawal ini membawa seribu erti kepada kita semua..salam lebaran dari Musang, isteri, dan anak2..

Hasraimie a.ka. Remy :saye mengucapkan selamat hari raye aidilfitri

Anip Isa @ anep :
Selamat hari raya kepada bobo dan rakan2 yg lain
dengan ucapan
makan lemang jgn sebuluh
makan ketupat jgn sebakul
kuih raya xpe byk2
=D

Nazmi Izudin a.k.a kord :
salam aidilfitri utk bobo. maaf kan segala salah dan silap aku sepanjang perkenalan.

Figo a.k.a Gagah:
Selamat Hari Raya kepada yang di peratauan , orang sabah pon boleh balik .Liau Liau Liau.
Geng gurun raya bau baja, geng terengganu bau keropok leko , poman :raya felda dan kelapa sawit. Minud : Takyah balik raya Simpan Duit.

keane a.k.a kharil hafizi :
saya Khairil Hafizi, pelajar jurusan pengurusan hotel dan catering, Juilian Arte Academy of Hospitality and Culinary, Bordeux, France, ingin mengucapkan selamat hari raya kepada ibu bapa dan keluarga di Klang, Selangor, kepada ahli kumpulan the morven, the motives & klasscancel.. serta ahli2 kumpulan machas academy of merapu.. maap zahir batin dan maap kerana xdapat pulang berhari raya. ada tugasan di istana buckingham palace, london."

Zulhilmi Abdullah a.ka bido:
selamat hari raya aidilfitri kepada semua. maaf salah silap zahir dan batin. mintak halal makan dan minum. enjoy raya !

Waffi a.k.a Roy :
Saya waffiudin abdul aziz ingin mengucapkan selamat hari raya kepada rakan-rakan yang berada di UTP terutamanya poman ,azbo ,bido dan rakan-rakan sepermainan yang lain. Kepada rakan-rakan intern yang lain dan juga yang beraya dipedalaman(figo bukan sebenar).
Kirim salam kepada semua Kawan-kawan yang berada di mana-mana jua.

akim@abdul hakim nordin:
slamt ari raya!!
maaf zahir batin pader sumer kekawan
atas segala salah dan silap~
halalkan makan minum~
ilmu dan tunjuk ajar~
Salam sayang dari abg hakim dan keluarga~
MUahXX!!!!!!!

daus kelate @ abe
kepada : bebudak jan 06 espcecially bebudak ITIS
ucapan : selamat pose! selamat hari lebaran!
maaf zahir dan batin.
semoga bertemu lagi hingga ramadhan akan datang.
kita dah final year weyh!!!!!
mekasih bobo

matzam @ zambri @ kay samting-samting
"SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kpd suma kawan2 yg kenai aku. yg jauh, yg dekat. yg jauh tu aku rindu kat hampa weh, bnyk bulan da x jumpa dan baynak bulan lagi baru bole jumpa. yg dekat tu, kalo ada salah silap aku mintak maaf. halal makan minum weh."
tq bo
muah

ijoy a.k.a izul wafi
Kepada rakan-taulan, classmate2 n pembace2 blog bobo yang kenal aku.... Selamat Hari Raye & Maaf Zahir Batin (Kepada sape yg rase aku buat salah pade zahir n batinnye la...). Jemput la datang rumah... N Sile bank-in kan duit raye ke akaun aku ye (no akaun bleh mintak kt aku kemudian).. Hahahahaha! Kalo korang balik jari ade sepuluh, jangan nnt balik utp kurang sepuluh or terlebih..."



Monday, 14 September 2009

Malam


Malam ni test dah habes..
Ada satu dua assignment saja yang belum siap.
Tempo budak-budak kat sini dah semakin slow, Jiwa dan otak dah sampai rumah katanya.

Malam ni takdak bunyi mercun dengan bunyi orang carut2 sebab terkejut.
So, ia agak tenang.

Takdak juga budak-budak neh main futsal depan bilik aku.
Selalunya time-time macam nih dah abes bising sampai macam pasar malam ja bunyinya.

Aku tak habes lagi saket kepala yang nak masuk 4 hari ni.
Minum air cap badak, 100+, dan macam-macam lagi. Tak hilang jugak.

Tidor pon tak hilang jugak.
So hiduplah 3 hari ini dengan sakit kepala. Lama-lama hilang la kot.

Malam-malam sunyi macam neh kepala selalu menerawang fikir macam-macam.
Apa nak jadi dengan aku pon satu issue jugak.

No passion langsung buat apa-apa pun.
Naseb juga la but then at least you try to change it.

But it didn't work.At least i've tried.
Mintak tolong orang jugak.Banyak orang.Banyak..

Aku bukan nak jadi millionaire pon ,
tak juga aku nak jadi seorang artis terkenal.

Dulu time aku sekolah ,
kalau aku main gitar, main bola, makan, merayau.

Semua aku buat dengan passionate sekali.
Sangat-sangat semangat.

Dulu la kan.
Zaman-zaman dulu yang gemilang.

Maybe zaman-zaman tuh dah abes.
Dah terlebih guna kot zaman dulu-dulu.

Zaman dulu Mat Anip merujuk aku untuk banyak benda,
Sekarang, aku pulak merujuk Mat Anip.

How great satu benda boleh ubah hidup kita kan.
Sikit ja, Lari tune semuanya.

Termenung jugak aku kadang-kadang.
Redha Aja.


Headache

Sudah 3 hari pening kepala.
Ini pening bukan pening dengan masalah.
Ini pening yang betul-betul pening tuh.
Ini pening yang kena pakai menatang lekat dekat kepala tuh.

Ini bukan sebab tak sahur, sebab aku makan sahur macam bukak puasa.Banyak.
Ini juga bukan senggugut sebab aku lelaki (senggugut ada pening kn?).

ADEH..

*AZPA DATANG BILIK AKU BISING BISING JERIT JERIT
. AKU RASA CAM NAK PUKOL KEPALA DIA.

Kalaulah ada jual

Ya la tu, shoulder la sangat hahaha

wah happynya, happynya wooT WooT.... WooT Lagi


Kalaulah rasa gembira itu oleh dibeli.
Mesti aku beli 10.
Buat Spare.

Nak raya pon tak happy lagi?
Ada la sebabnya haha.

Tapi ia tak dijual.
.sekian.

Sunday, 13 September 2009

Rancangan Televisyen Paling Dinantikan !!


Setiap kali melihat wajah beliau , aku berasa sangat gumbira kerana aku tahu beliau seorang pembawa khabar yang baik.

Nama beliau adalah Engku Tan Sri Dato Sri Ibrahim Engku Ngah Pejabat.
Dari aku kecik sampai sekarang kalau dia muncul di kaca TV aku tau samaada esok puasa atau raya.

Aku rasa rating rancangan beliau adalah tertinggi mengalahkan akademi fantasia , mentor,
nur kasih, Juara Lagu dan lain-lain lagi.

Abang aku akan mengajuk cara cakap beliau yang relax and cool.

"make diumumkan atas perkenan deli-deli yang mahe melie" adalah satu tagline beliau.

Aku suka rancangan ini dan thanks kepada beliau yang sering menggembirakan kita semua.

hehehe. Tak Sabar nak tengok rancangan terbaik di seluruh dunia ini!
Setuju?


Friday, 11 September 2009

Ayat Ayat Chenta

Gedik Syial (cakap kl sikit, geng-geng utara jangan maki haha)

Bertuah dan Bersyukur sebab :

1. Kawan-kawan aku banyak yang baik-baik , habeh jahat benda yang depa buat cuma tiru dalam test dan layan movie2 dewasa.

2. Makan dan minum cukup selalu , aku pernah tengok kawan-kawan lain kerja makan maggi sebab nak saving. Sungguh insaf ketika itu.

3. Aku boleh print lecture note dekat building 1 dengan building 2 secara percuma.Aku sedar benda ni lepas aku print intern reports dengan harga yang sangat mahai.


4. Ada banyak pakar-pakar motivasi tak bertauliah tetapi handal yang sedia menghulurkan tangan dimana jua anda berada..

5. Ada ex-rumate yang baik(si minud) walaupun dia lebeh kurang ja dengan aku. Dia seorang yang memahami dan redha dengan perangai aku hahahaha.

6. Belajar di tempat yang bagus dengan bantuan sekolersyip kampeni korek minyak negara.Petronas.


7. Ada komputer, ada printer(baru beli) dan penah ada subwoofer yang besar (kini tinggai di rumah, mak pinjam nak dengaq orang mengaji quran katanya.)

8. Boleh bergerak kemana-mana dengan banyak kenderaan yand disediakan oleh kawan-kawan. PDL 5615 , WJR 1008, TAH 6216,WHX1898,BKF samting-samting, BFU samting-samting, dan juga moto duih ,figo dan lain2.

9.Dapat duduk dalam hostel sampai final year berbanding sesetengah orang yang kena duduq luar kampus.


10. Ada berpasang-pasang kasut yang aku beli dengaq passionnya.


11. Sekali lagi kawan-kawan aku banyak baik-baik.Ringan tulang, ringan tangan, ringan rokok, ringan pes, ringan poker, ringan ringan dan bermacam macam ringan lagi.


12. Boleh stadi dengan baik tanpa ada masalah-masalah pelek2 (budak-budak palestin nak p sekolah kena bom dan kena tembak, kita nak p kelas pagi pon liat... Dush untuk diri sendiri.)


13. Ada katil yang setebal 8 buku teks economy berbanding zaman-zaman intern.(kami tidur di atas lantai sahaja hahaha)

14. Ada Mat Anip sebagai tempat meluahkan isi perut dan mendapatkan tips pelik (sila credit aku dalam blog hang lepas ni.haha)


15. Ada brotherhood yang baik di kalangan member-member(sila tengok komen facebook, banyak maki-makian dan hamun-hamunan dari saudara-saudara sehidup semati hahahaha...)

. Alhamdulillah.

Thursday, 10 September 2009

Cawangan Terbaru



Nantikan kemunculan pengulas automotif masa kini
Preview untuk membeli kereta-kereta sports dan terpakai.


http://remybuatblog.blogspot.com/

Wednesday, 9 September 2009

09.09.09


Tarikh hari ini sangat menarik.
Kepada sesiapa yang nak buat sesuatu yang menarik boleh la buat harini.
Nanti boleh la cerita kat anak cucu yang hampa dah buat sesuatu harini.

Contoh :
  1. Berenang dari Sabah Ke Kedah.
  2. Berenang Ke U.S.A
  3. Main futsal sorang-sorang pada pukul 09:09:09 am
  4. Menikah
  5. Telefon kawan-kawan rapat sebab kerja kawan-kawan dok telepon depa.
  6. Nak declare harini pon baguih la jugak.
  7. Buat weekly report kepada sesapa yang tak buat lagi. Baru tarikh dia cantek sket.
  8. Tulis blog.
  9. Semayang tarawikh banyak2 kepada yang tak pernah semayang tarawikh lagi ramadan ni.
Sesapa yang ada tiga test harini sorry la, tarikh ni sekadar tarikh ja.

Sunday, 6 September 2009

Chenta



.


Chenta ialah erm..
Ok Ok Skali Lagi.
Chenta ialah aaaa.. satu.. aaaa..Erm..
Chenta bukan sekadar aaaaaa... haish.. HuH..


Taktau.


*expected to be maki by a lot of friends hahaha.


Saturday, 5 September 2009

Siri Bercakap Dengan Burger

Pemakan-pemakan burger dan saudara-saudara encik burger

Saat-saat indah bersama encik burger

Kurang ajar punya encik burger. Huh!

Aku :Hye, assalamualaikum.
Burger : Hye, Waalaikumsalam.
Aku: Jadi, engkaulah burger ya?

Burger: Masa ngkau beli aku tadi , apa yang ngkau order?

Aku:Aku order burger lah.

Burger: Dah tuh.. takkan nama aku spagetti kot.
Aku: Owh, kenapa ngkau kurang sopan?
Burger: Aku bukan melayu , aku american.So tak kesah la kalau kurang sopan pon.

Aku: Tapi engkau bukan di buat di Sungai Buloh? Kilang Ramli burger? macam mana engkau
engkau mengaku engkau american?
Burger: Datuk Nenek Aku American, kiranya aku nih mix la.
Aku:Owh... Engkau tak kesah k aku nak makan engkau?
Burger: Dah naseb aku nak kena makan dengan engkau..

Aku: Tu lah, erm aku denga ngkau cakap bahasa melayu ada loghat-loghat kelantan. Ngkau orang kelantan ek?
Burger: Lembu yang nak dibuat aku nih asal kelantan , Jeli.Lembu dari jeli.Ngkau tanya aku plak ngkau neh asal mana?
Aku: aku j k, datuk nenek aku sekali?
Burger: Datuk nenek ngkau skali la.
Aku: Aku asal Perlis, kadang-kadang masachusetts di amerika sana. Datuk nenek asal dari Borno Panigale , Itali.
Burger:Owh.. apsal engkau makan sorang sorang neh? mana kawan-kawan ngko?
Aku: Kawan2 aku tengah tunggu burger diorang siap, aku lapar sangat, bukak puasa tadi aku
makan karipap je sebijik.
Burger: eleh, tak nampak pon kawan-kawan ngko.
Aku: ada tuh dekat kedai burger tuh.nampak tak. Dua belas orang tengah tunggu burger masing2.Seko-seko macam jin lapar.
Burger: Alaaa.. tipu.. tak nampak pon... Haha.. engkau datang sorang ja.
Aku: Abes tuh yang amek gamba ramai-ramai nih sapa?
Burger: Mana-mana? Tak nampak pon. Ko takyah la tipu aku. Perangai tipikal melayu la ngko..jangan cakap belit-belit
Aku:Oit burger, ngkau jangan kurang ajar!
Burger:Perangai melayu kampung!
cakap belit!Putar Alam!
Aku:Oit burger, diam ah!Apsal engkau emo!

Burger: Ikot suka aku ah nak bising-bising..aku nak emo k, amerika is free country!
Aku : Ngap Kepala Ngkau!!
Burger: Adeh adeh, jgan la makan lagi.. aku nk buat wish!Plz PLz Satu Wish!!!

Aku:Pegi Mati NGkau!! NGAP NGAP NGAP!!

Friday, 4 September 2009

Hari Yang Sangat Produktif (Sangat merehatkan)

Seperti kucing ini yang tidur dalam kegembiraan

Aku sedar , tangan menggawang-gawang katil. Mencari Handphone. Aku tengok jam pukul berapa. Ada message k, ada keajaiban k untuk hari ini. Owh . Macam biasa, message dari Celcom yang memujuk aku untuk join program-program buang duit.

Aku sembahyang subuh , aku main-main tukar theme dalam handphone aku. Aku terlelap seketika.

Aku jaga kembali , owh sudah pukul 1. Mari pergi sembahyang Jumaat. Mandi-mandi aku pergi sembahyang.

Balik Sembahyang aku letak kepala dekat bantal. Aku tak tahan lagi. Aku terlelap seketika. Tak apa , ini adalah lelapan sementara. Tiada yang perlu dirisaukan.

Owh, sudah pukul 6.30 , mari mandi sekejap.Tak elok mandi time nak berbuka neh. Tapi aku rasa cam patut mandi ja. Aku turun beli makanan.

Pukul 7.18 sudah masuk waktu berbuka. Makan sket. Kenapa macam pening-pening sangat neh. Letak kepala dekat bantal sekejap. Pukul 10.00 malam aku bangun.

Apakah bentuk istirehat aku buat hari ini? Kenapakah mengantuk sangat. Tak pernah aku mengantuk macam ini. Orang cakap , kesedehan selalunya membuatkan kita cuba lari dari kesedahan tersebut dengan tidur. Atau 'adakah perasaan benci ini sebenarnya mengantuk?' atau aku telah 'Terlanjur Tidur seperti lagu Rossa' ataupun aku sudah 'Thinking of Sleep' macam katy perry.

Aku tahu kenapa aku tidur banyak , sebab aku taknak fikir banyak-banyak.Minggu ini minda aku sangat penat. Sangat banyak celaru. Dihentam juga sebahagiannya. Dipersalahkan jugak.
Aku mahu rehatkan otak yang sudah lebam.

Lebam.Lebam.Lebam.

'TIDURLAH JIKA IANYA LEBIH BAIK DARI BERJAGA'

Thursday, 3 September 2009

Muhasabah Kejadian Diri Sendiri


Aku telah jumpa satu link yang menarik.
Selepas buat pengiraan aku rasa agak takut.
Berapa banyak masa yang telah aku buang sepanjang hayat.
Berapa banyak masa aku gembira, kecewa, sedih, keliru ,kenyang , dan lapar.
Berapa banyak masa aku sembahyang

Berapa banyak masa yang aku telah habiskan dengan tidur.
(Selalunya 1/3 kehidupan manusia untuk tidur) 1120weeks / 3 = 370 minggu untuk tidur.
Rupa-rupanya sudah lebih 7846 hari aku hidup. Sudah 7846 hari yang telah berlalu..
ntah apa yang aku dah buat..


From and including: Saturday, March 12, 1988 (tarikh lahir aku)
To and including: Thursday, September 3, 2009(hari ini)

It is 7846 days from the start date to the end date, end date included

Or 21 years, 5 months, 23 days including the end date

7846 days can be converted to one of these units:
  • 677,894,400 seconds
  • 11,298,240 minutes
  • 188,304 hours
  • 1120 weeks (rounded down)

pg la kira hampa punya life duration kat link nih http://www.timeanddate.com/date/duration.html