Pada suatu malam di malam hari pekerja yakni 1 mei , aku telah mengambil keputusan drastik dan penuh dengan semangat untuk balik UTP, kerana sudah puas dihamun sebagai "tiap-tiap minggu cakap nak datang,sembang je..blahla bo" oleh siminud(ex-rumate)..
Aku bawaklah kereta Kelisa Convert BM aku bersama musang.. Balik kerja terus bertolak... Jalan jem tahap "dewa"..sepanjang jalan aku bawak 60km/h ja atas highway... dalam koi 12 aku sampai.. Aku masok umah aku lama...Kosong ja...
Aku ingat abes la budak2 nih P karaoke batu gajah dah pukol 0030 ni, tak balik lagi ka... aku call siminud.. dia cakap.. datang tasek.. ok..
Dari jauh aku nampak ramai manusia LELAKI SAHAJA dekat tepi tasik..tapi ini bukan pesta bukan bukan.. rupa-rupanya.. Owh rupanya ada pesta bakar sausage..Budak2 laki Jan06 saja. Sikap perihatin ,lapar dan tidak mahu menolak rezeki pelajar-pelajar lelaki Jan 06 telah berjaya menyebabkan satu pesta sausage malam minggu telah berjaya diadakan dengan jayanya..
Bestla aku.. jumpa suma sekaligus..tapi tak sempat salam suma.. terima kasih la sbb mkan kenyang.. bahagian aku kena bayaq minta figo..
No comments:
Post a Comment