Wednesday, 27 January 2010

EhHHhhiITt TebBooM

Anda telah terlibat dengan kemalangan. Anda langgar orang atau orang langgar anda. Lutut anda telah ketar2.Tak tahu apa nak dibuat. Anda rasa dunia sudah gelap-gulita. Jangan Gelabah. Ikotilah langkah-langkah yang disediakan base daripada pengalaman bobo sendiri. hahaha.

  • Anda accident , tiada orang cedera (Anda Bersalah)
Buat muka sedeh dan innocent yang amat sangat. Buat-buat sakit untuk
mengurangkan kemarahan pihak yang dilanggar. Cakap lembut-lembut. Negotiate apa yang patot. Minta maaf sebab anda bersalah.
  • Anda accident , tiada orang cedera (Anda Tidak Bersalah)
Buat muka garang , check kereta anda sambil muka garang. Jangan takut-takut untuk cakap pihak yang melanggar yang bersalah. Mintak no polisi insurans dia(kalau macam budak2 lagi mintak no telefon parent dia). Kalau dia ramai geng atau muka cam castello pon at least mintak no phone , no plat kereta dengan buat muka tegas sikit.Kalau anda ramai geng (lagi best)

  • Anda accident , ada orang cedera (Anda bersalah)
Keluar dari kereta , tengok dulu dia cedera terok ke tak. Kalo terok call ambulans, kalo tak terok bawak g klinik. Nego la harga gantirugi. Mintak maaf. Tanggunglah kesalahan anda. Sila menangis macam fahrin.

  • Anda accident , ada orang cedera (Anda tidak bersalah bersalah)
Tengok dulu mangsa, cedera ringan atau cedera parah. Kalau cedera ringan keluar kereta buat muka bengang sikit. First cakap dia salah. Bagi la dia tahu yang memang dia salah. Mintak sket gantirugi untuk kereta anda. Jangan la belasah dia kalau dia salah sebab memang dia tengah sakit. Kalau mangsa cedera parah. Call ambulans. Lepas dia keluar hospital , mintak la claim dekat dia.


  • ADDITIONAL NOTES
  1. Jangan rasa bersalah kalau orang lain yang bersalah. Terutamanya kalau yang langgar anda ialah mat rempit yang buat hal di atas jalan (Orang naik moto bukan semestinya mat rempit)
  2. Jangan gelabah biawak walaupun aku sendiri gelabah. Benda telah jadi. Call mak bapak anda to inform mereka. Jangan cuba sembunyikan benda-benda ini, walaupun anda telah menghancurkan 1/4 Mercedes SLK Kompressor bapak anda. Let your family informed to avoid misunderstanding.
  3. Kereta tarik akan datang sambil cuba memberikan bantuan yang diragui keihklasannya. KALAU KERETA ANDA MASIH BOLEH JALAN, CUBA BAWA KE TEMPAT YANG TENANG DAN TIADA BANYAK KERETA. JANGAN SAIN ATAU ISI APA2 BORANG YANG DIBERI. KALAU DIA TANYA NAK TARIK KEMANA
  4. KOL MAK BAPAK DULU. sebab geng towing car nih selalu tarik ke bengkel diorang . SANGAT BANYAK PENIPUAN DISITU.
  5. KALAU ACCIDENT DEKAT RUMAH , SURUH DIA TARIK KE BALAI POLIS THEN KE RUMAH ANDA DULU.CAKAP DIA JANGAN PANDAI2 TARIK KE BENGKEL.
  6. REPORT POLIS CEPAT2.
  7. KEMUDIAN BARU CARI BENGKEL YANG MEMANG ANDA FAMILIAR. HANTAQ KERETA KE SITU.
  8. Jangan Gaduh dengan orang yang terlibat dengan accident.
Setakat nih dulu untuk panduan selepas accident. yang paling important , selamatkan nyawa dan anggota badan dulu. Sport Rim , Bumper semua ada di kedai potong, tapi tangan kaki,lutut,usus tiada di pasar malam untuk diganti.

Bawak kereta cermat2. Kalau hujan , takyah lebih dari 60km/j. Ini Michael Schumacher yang cakap bukan aku yang cakap.

Till then.

*aku tak terlibat dengan apa2 accident pon lately tapi teringat untuk tulis benda nih. :)

1 comment:

  1. klau kite ada si penunggang moto yg berselisih dengan treler kepala oren yang besar dan panjang lalu tergolek di tengah jalan dan hampir-hampir masuk bawah tayar treler. treler lalu lari tak berhenti dan hilang sekelip mata. (moto yang digunakan adalah moto kawan yang baek hati pinjam walaupun penunggang tidak berlesen). apekah langkah paling bijak untuk dilakukan?

    ReplyDelete