Wednesday, 17 February 2010

Bobo Clarkson : Savvy vs Saga BLM vs Viva


Harini nak cakap pandai pasai kereta lagi. Semua nih base on aku pnya experience bawak juga naik. Ok la. Peringatan. Ini dari experience aku, tak menggambarkan semua tentang kereta tuh terutamanya pasai savvy. Rasanya nasib kami tak baik time beli savvy.




Proton Savvy
Abang aku pakai savvy, abang ipaq aku pakai savvy, makcik aku pakai savvy amt , remy pon pakai amt. Jadi memang dah puas aku bawak savvy.Tapi savvy abang aku problem kaw-kaw. orang lain macam kurang sket. nasib la kan.

Bentuk
: Cantik , cun . Ada orang cakap belakang macam ekoq kura-kura tapi depend kepada mata yang memandang la.Overall aku cakap dia nampak lagi sporty daripada Myvi. Solid, badan macam nampak tegap. Line2 dia bnyak lurus tak banyak curve.

Engine : 120km/j at 4000rpm. Ok la tuh, tapi bunyi agak kuat sikit.rasa macam tak cukup gear pon ada. Top speed 170 kmj(kereta abang ipaq) Engine renault. bubuh cap proton. Terkenal dengan masalah-masalah sensor dan masalah2 yang tak dapat dikesan oleh mechanic.

Praktikal: Pintu besaq, radius cornering kecik. Naik 4 orang memang cun. 5 orang dah jadi haram kalau bukan muhrim.6 orang memang ada yang kena duduk tanggung bontot kawan. But belakang luas. Cukup untuk student bawak balik semua barang time cuti sem.


Maintenance : PENING PENING PENING PENING PENING PENING PENING PENING. Punca abang aku tak kaya2 sampai sekarang. Sensitif, kalah orang tengah PMS , kejap2 merajuk. Kejap merajuk. Aiyo

Second Hand Price: RM 20k too 18K sahaja. harga asai near 40. 3 tahun deppreciate dekat half. amacam?

Make-Up: cantik gila, lawa sangat-sangat. Kadang-kadang susah nak buat decision dengan kecantikkan too kebuathalan kereta nih. cantik memang cantik, tapi problem kadang2 banyak. Memang hang dilema kaw-kaw samaada nak beli kereta nih k dak. Kalau tukaq ekzos yang empat segi tuh bunyi macam BMW. memang cantik.

Performance:Cornering , tayar depan macam menjilat jalan. Macam ada orang bubuh gam dekat tayar. Lekat. Cornering AAA. Bontot keta nih henggot la jugak, tapi sikit sangat. 120kmj dah ad dengaq bunyi angin (tapi bukan semua savvy macam tuh) .Acceleration pon A jugak.

Gegaran: 120kmj gegaq kuat sikit ja dari myvi. Tpi kalau pasang radio dah tak dengaq ngan rasa sangat.




Proton Saga BLM

Aku naik saga blm ex aku. auto. Kadang-kadang aku bawak jugak. Jadi ada jugak merasa kereta pnya perangai dan karenah karenah.

Bentuk
: Aku rasa bentuk dia cantek aja, tapi kurang lebar la.Banding ngan myvi aku rasa myvi lagi lebar.tapi tak kesah la lebaq2 nih. lebaq sangat pon bukan baguih.nanti susah nak tutup pintu belakang yang tak rapat sambil bawak kereta (skill aku tuh.) .Design pon lawa. Depa belakang pon cun-cun ja. Tayar dia cam kecik sket laa. cam orang badan besaq kaki kecik. kurang cun sket.

Engine : 1.3 liter , enjin ada power la jugak. Nak potong sedap jugak tapi kereta nih macam orang yang keliru. (Auto Transmission )Tekan sikit dia drop gear. tekan kuat sikit engine dia meraung (time potong). Tapi bila dah maintain speed ok ja.Benda nih akan jadi annoying kalau hang seorang driver yang sensitif dengan engine, tapi kalau hang driver yang jenih tak kesah dengan kereta hang it should be no problem lahh.. Minyak sep kaw-kaw kot. Or sebab aku tak kena bubuh?muahaha

Praktikal: Luas. Jimat Minyak. Kusyen Sedap. But besar , Naik 4 orang memang cun. 5 orang dah jadi haram kalau bukan muhrim.6 orang tin sardin.

Maintenance : Standard proton la , problem sikit-sikit ja. Tapi tak dengaq benda yang terok2 lagi pasai BLM nih. Stakat tingkap ngan bunyi2 yang datang ntah dari mana tuh biasa la


Second Hand Price: Baru lagi, harga second pon macam tinggi sket. tapi kereta proton takkan tinggi harga second dia.

Make-Up: Tukaq taya, tambah spoiler memang jadi cun gila. Kereta proton kan? proton memang syok buat mekap-mekap nih(cuba tengok gambaq blm first). Aku penah tengok bodykit subaru impreza pon dia pasang. hebat hebat.

Performance: 120 km/j sedap. Bunyi engine pon tak dengaq . Tambah2 lagi mau tengah dengaq radio. Kiranya engine bleh tahan senyap. Cornering? AAA proton punya kereta paham2 la.. sedap ja corner.Top speed? tak brani cuba, jalan bnyak speed trap. tapi aku agak dalam 160 kmj confirm bleh dapat.

Gegaran: 120 km/j tak bergegaq ok la.. Lagipun hang bukan nak bawak 180kmj slama tiga to empat jam kn??




Perodua Viva
Aku naik kereta Hakim , time tuh kami di kedai hardcover di ipoh dan perlu balik UTP dalam masa setengah jam. So bayangkanlah bagaimana bestnya aku lenjan kereta nih sbab akim dah kata biar lenjan asai sampai.

Bentuk : Biasa saja, sekali tengok macam takdak feeling lagi. Macam tengok awek2 baru balik dari lecture beramai2. Tak nampak apa best. Lama-lama tengok rasa cam cantik tapi kadang-kadang rasa cam biasa ja... Ahh susahla nak describe kereta nih. Tapi belakang dia cantik , macam volvo pon ada sikit.

Engine : 660? 850?1000? Kalau nak beli baik beli yang 1000cc rasanya baru ada power sikit. tapi memandang kan kereta nih untuk transportation memang ok la engine dia. Acceleration ala-ala kancil , tak cukup power naik main dengan kelisa (ini bukan bias haha). Tapi engine perodua (daihatsu untuk model viva) memang orang tau tahan lasak. Hang bawak kancil 660 dari perlis sampai jb naik 5 orang pon rasanya takdak masalah. Steady aja. Reliable.

Praktikal: Minyak jimat nak mampus ,sampai bila naik kereta hakim , tak rasa nak bagi duit minyak kat dia sebab jimat sangat hehehe(lawak j akim no.) Naik 4 orang dah hampir2 haram kalau bukan muhrim. 5 orang sesuai untuk g klas or taman maju. 6 orang boleh lagi sebab kereta perodua memang boleh aja nak sumbat.(refer kord naik kancil remy dalam duduk dalam boot)

Maintenance : Tukaq minyak itam , oil filter dengan seal kat kedai biasa RM50-60. Kedai2 kereta memang banyak boleh buat maintenance kereta nih sebab simple and senang.

Second Hand Price: Tinggi. Susah nak turun kalau kereta2 perodua nih

Make-Up: Ikhlasnya kalau tukaq sportrim pon nampak macam biasa ja... tak nampak perubahan sangat.

Performance: 120 kmj gegaq skit2 . Tapi nak sampai 120kmj pon lambat jugak laa.. time corner pon aku cuak dah sbb aku corner kereta akim 100kmj aritu pon bontot dia dah gedik2 sket. Tapi untuk transportation memang ok. 60kmj to 100kmj memang sedap dan masyuk.

Gegaran: Gegar sikit aja, tapi suspension system macam bergegaq kuat sikit bila masuk lopak. tapi compare to size kira ok la kn.


OK , so kalau aku nak kena pilih, aku pilih mana? Aku pilih viva kot sebab aku nak cari kereta yang asai boleh jalan ngan jimat duit. Tapi kalau duit bnyak sket aku amek BLM la.. savvy? mungkin mak bapak pakcik abang akan bantah hahaha

8 comments:

  1. good to you. give the pro and con about all the cars.

    ReplyDelete
  2. really helpful ! nice one ang thumbs up.

    ReplyDelete
  3. i choose viva.thanks bro realy helpfullll.... :-D

    ReplyDelete
  4. Salam,

    Harap tuan punya blog dapat tolong decidekan since tuan punya paling expert dengan savvy, abg bobo pakai transmission apa? AMT ke Manual? kalau AMT no doubt la banyak problem dan menyebabkan abang si bobo ni tak kaya2.... so aku nak beli savvy 2007 rm11800, downpayment rm2700, bulan2 RM143....

    http://www.mudah.my/Proton+Savvy+1+2+M+FULL+BODYKIT+TIP+TOP+07-22006931.htm


    Ini jer bajet paling tinggi aku ada, otherwise nak ambil kancil 850 jer... tapi mahal pulak bulan2 dia, rm165, kancil 2007, rm11k.

    ReplyDelete
  5. hehe...klaka bab haram tu..pandai buat ayat no....

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. Thank You and that i have a nifty provide: Where To Buy Houses For Renovation remodeling construction companies

    ReplyDelete