Friday, 9 April 2010
Grapes
Grape atau dalam bahasa melayunya anggur adalah sejenis buah-buahan yang sangat berguna kepada manusia. Selain sedap dimakan begitu sahaja macam roti gardenia , anggur juga banyak kegunaan lain. Cuma bila anggur ditambah perkataan peng , kesedapan itu hilang. Ibarat kapas-kapas ditiup angin lintang.
Ada apa dengan peng? kerana peng anggur hilang serinya. Peng juga menambahkan ketakutan kepada bakal-bakal graduan kerana dengan tambahan peng pada anggur , masalah juga semakin bertambah.
Dalam keadaan ekonomi yang sedang pulih dari recession (pulihlah sangat , propa ja) unsur-unsur peng semakin bertambah. Interview memang ada. Interview sana, interview sini tapi jumlah peng nisbah jumlah interview sangatlah sedikit. Tetapi , hakikatnya kerja itu banyak. Sesuai atau tidak dengan jiwa dan kelulusanlah yang menjadikan ianya relevant atau tidak.
Aku juga dilanda ketakutan terhadap unsur-unsur peng dalam industri anggur ni. Cakaplah aku bakal graduan UTP atau apa2 saja institusi. Kita ibarat anak ikan yang baru menetas dalam kolam yang penuh jerung. Untuk survive dan jadi jerung maka terpaksalah kita menambahkan skil-skil dapatlah kita hidup aman dikalangan jerung.
Maka terpaksalah dibukakan pemikiran kita untuk menerima bahawa tak lama lagi , kita akan bercampur dengan jerung. Sama ada kita akan jadi ikan bilis yang kecil tapi sedap , ikan kering yang matinya sadis tak bernisan , ikan belacak yang sikit tapi digilai atau ikan jerung juga.
Jadi kepada kawan-kawan , kita akan menikmati alam pertanian maya iaitu alam pengangguran. berapa lama tempohnya bergantung kepada rezeki dan usaha kita.
Aku doakan supaya kawan-kawan dapat kerja yang baik dan sesuai dengan jiwa mereka.
Amin Ya rabbal Alamin.Insya Allah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
semoga niat mu untuk sambung belajar tuh termakbul... aku xsabar tgk member aku sorang ni jadi lecturer..
ReplyDeletebenda yang dibawa selepas universiti bukan buku-buku atau nota-nota yang bertimbun-timbun...
ReplyDeletesebaliknya, jati diri dan kebolehan berinteraksi dengan manusia lain yang akan jadi ukuran.
:D