Sembang punya sembang punya sembang time kelas PCS tadi , Donat suruh aku cari cerita rumput-rumput cinta.So inilah Kisahnya
Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am. Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini:
Pelajar: Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang? Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?
Cikgu: Oh, awak nak tahu ke? Emmm…baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut je ye…mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.
Pelajar: Baiklah…apa yang saya harus buat?
Cikgu: Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang PALING cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.
Pelajar: Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh.
Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.
Cikgu: Mana rumput yang cikgu suruh petik?
Pelajar: Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang , saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.
Cikgu: Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada mulanya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi.Kecualilah jika perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi, maka barulah kita mulakan sekali lagi. Maka sayangilah orang yang menyayangi kita dengan tulus dan ikhlas...
Soalan Pemahaman
1. Siapakah yang mengajar anak muridnya menjadi perosak alam sekitar?
2. Adakah tukang kebun sekolah telah menjalankan tugas memotong rumput di padang sekolah?Jelaskan.
3. Jika analogi rumput adalah jodoh , apakah akan terjadi dengan rumput-rumput yang telah dipotong, diracun dan dipijak-pijak oleh pelajar?
4. Jika rumput di padang bola di sekolah tersebut dibandingkan dengan rumput di padang bola Stadium Old Trafford, rumput manakah yang lebih berkualiti?
5. Setujukah anda dengan pemikiran guru tersebut?
Guru tersebut lupa bahawa rumput yang dicabut pun kadang-kadang disambar burung untuk dibuat sarang.Hahahaha.
kalaulah 'yang satu' itu macam rumput, boleh tumbuh di mana2.
ReplyDeletelepas tu boleh petik dan simpan, bila dah kering, siram air.
masalahnya tak macam tu kan?
bile da ada.. jaga baek.. sayang btul2.. klau da xder jodoh.. redha je la.. jgn kite syg sket2.. alasan sbb xmo heart break klau clash.. its not fair for ur partner.. - juz a thought..
ReplyDeleteala jiwang la syial... hahaha
ReplyDeletebuat gelak-gelak sudah cerita neh.tak serius pon.kopipes ja pon
ReplyDeletemcm sial je soalan pemahaman ko 2...
ReplyDeletexde kene mengena langsung...
soalan pemahaman bo paling relevan..kita terlalu leka dgn isi tersurat tp mengabaikan isi tersirat..tahniah kpd bo..soklan pemahaman wujud mungkin disebabkan bobo gagal memetik rumput seperti di dalam cerita..jadi, beliau mengaitkan rumput dgn paras pemikiran y ada sahaja
ReplyDeletemak aih..cam kembali ke zaman skolah lak ade soklan pemahaman..wakaka :p
ReplyDeletemeh aku nak jawab
soalan pertama : guru tersebut yang mengajar anak muridnya menjadi perosak alam sekitar bak kata beliau " kamu petiklah rumput yang PALING cantik yang berada di depan kamu"
soalan kedua : tukang kebun menjalankan tugas dengan cekap kerana murid itu berkata kepada gurunya "Memang ada banyak rumput yang cantik"..maknanya tukang kebun berjaya menjadikan rumput yg biasa menjadi cantik
soalan ketiga :maknanya jodoh juga tak semuanya ikhlas dan tulus..tak semuanya..
soalan keempat: mestilah old trafford sebab aku fan man u..kui3
soalan kelima : sgt subjektif..mungkin guru tersebut dah abis idea nak wat contoh..atau guru tu sebenarnye andartu?? (kalau guru tu pompuan :p)
-soalan peperiksaan tamat-
aku taknak jawab soalan pemahaman tu.lalala~ boleh kan cikgu?
ReplyDeletetapi memang bestla cerita rumput ni..jiwang juge ye abang bobo ni...hahahahha
aku nak jawab soalan pemahaman ke-4 sahaja
ReplyDeletesoalan keempat: Old Trafford sebab rumput tu hanya org terpilih sahaja leh pijak. (Aku pergi situ derang warning takle pijak rumput tu -,-')
ala budak tu muda lagi..byk lagi padang sekolah laen yg dia boley petik rumput..hehe
ReplyDelete