Tuesday, 20 October 2009

Peliknya Kipas Itu

Selalunya bila ada kipas siling dalam bilik, bilik anda jadi sejuk dan nyaman serta dingin.
Tapi di bilik matpie kejadian yang lain telah berlaku. Setiap kali aku masuk bilik matpie dan akim aku merasa panas.

Aku ingat panas sebab amalan-amalan yang mungkin dilakukan oleh mereka. Sebab orang tua-tua cakap kalau buat banyak dosa , bilik jadi panas. Tapi depa dua nih orang baik-baik dan beriman, maka tuduhan aku tidaklah berasas.

Atas sebab curiosity kill the cat aku pon berasa pelek. Speed sudah bukak 5. Tapi langsung tiada angin. Adakah bilik mereka ini ada sebahagian dalam wilayah segitiga bermuda dimana banyak benda-benda pelik berlaku?

Maka aku mengambil sebatang rokok pall mall menthol (akim punya). Dengan muka saintis yang macam baru jumpa formula untuk antivirus H1N1 aku menyalakan rokok tersebut. Lalu diletakkan di dekat muka kipas. Ajaib!!! Asap rokok terus terbang ke arah kipas dan menghempas syiling...

Oleh itu sedikit kajian telah dilakukan mengapa fenomena ini terjadi.


Rupanya kipas tersebut tidak lagi berfungsi menghembus angin ,malah kipas tersebut berfungsi menyedut angin. Dalam erti kata lain, kipas sudah jadi ala-ala vakum.

Setelah dibelek-belek rupanya bilah kipas itu telah dipasang terbalik oleh kontraktor yang mungkin tengah berangan semasa proses pemasangan kipas tersebut.

Kesimpulanya disini , kipas memainkan peranan penting di dalam hidup berkawan. Jikalau kipas di bilik tidak berfungsi , maka kuranglah kawan-kawan menyinggah untuk melepak.

Tapi kalau bilik anda ada kad poker dan banyak benda best , jadilah seperti bilik matpie, tetap dikunjungi untuk berhibur dan untuk mendapatkan ilmu serta benda-benda hiburan hehehe :P

* Remy bercadang untuk beli kipas matpie dengan harga RM2.4 juta sebab dia memang suka kipas-kipas eksotik macam nih.

Lighter tak terpadam walaupun kipas speed nya 5!!!

Asap Naik ke atas menghempas siling. Credit rokok to akim


Akim(baju putih) dan matpi (baju biru) sedang berbincang mengenai pelajaran mereka pada masa lapang.

2 comments:

  1. aku sangkakan aku terlampau banyak dosa, dan Tuhan mungkin nak bagi peringatan pada kami...

    besar sekali ujian MU...

    :D

    ReplyDelete