Monday, 2 November 2009

Dilema Oh Dilema..



Pernahkah tuan-tuan dan puan-puan dilanda dilema?

Dilema ini bak kata orang melayu
'diluah mati emak, ditelan mati bapak'

atau

"Dijunjung merekah kepala, dipikul meruntuh bahu."

atau

ataupun juga disebut

'Tarik rambut dalam tepung, rambut tak putus tepung tak berselerak'
(apedaa pengotor letak rambut dalam tepung)

ataupun kalau diikot dalam blog keane , bunyinya ibarat 'roads not taken'.

Dilema selalunya time kita sedang menikmati hidup yang nikmat ataupun masyuk. Sebab time tuh la dilema sangat sedap masuk ke dalam pekerjaan-pekerjaan yang kita lakukan.

Lain orang orang lain dilemanya.
Dilema kanak-kanak, nak beli playstation atau basikal baru.
Dilema remaja bercinta, nak si a atau si b.
Dilema remaja lepas SPM , nak buat medic k engineering.
Dilema orang tua-tua, nak kawin lagi satu atau tidak.
Dilema budak UTP, Nak intern PET k company luaq.
Dilema kawan baik, nak ditegur ke tidak.
Dilema ibubapa , nak nasihat anak k tidak .
Dilema seorang lecturer , nak bagi markah tinggi k rendah
dan bermacam-macam dilema lagi di dalam dunia.

Dilema datang tidaklah kita minta kerana pada sesetengah kawan-kawan berpendapat dilema itu berat, lebih berat dari batu jemala seorang dr atau professor. Kerana dilema orang itu jadi runsing dan mungkin juga pening.

Dilema sebenarnya satu nikmat mungkin , kerana ada dilema maksudnya kita boleh buat pilihan. Tak begitu? Tapi selalunya dilema membuatkan kita jadi kita kelu dan diam seribu bahasa.

Mengapa aku bising-bising pasal dilema? Sebabnya banyak masalah yang aku dengar kebanyakkannya berkait dengan Dilema. Hendak ke KFC atau MCD juga boleh jadi satu dilema besar.

Bagi kawan-kawan yang lebih advance mengalahkan subjek advance database , dilema mereka lebih tinggi martabatnya. Mereka selalu berdilema mengenai masalah-masalah hidup yang tidak boleh disebot disini.kalau aku sebot abes la aku kena ikat kaki buang dalam tasik UTP hehe.

Tetapi bila difikirkan balik dilema kita hanyalah remeh dan temeh.

Kita berdilema hendak beli moto baru atau beli kereta baru tapi mungkin orang di palestin berdilema nak pergi sekolah k tak p? kalau p kena bom dan mati, kalau tak p tak dapat belajaq.

Kita berdilema susah nak buat pilihan antara masuk kelab drama dan teater atau kelab menari sedangkan dilema christiano ronaldo lebih teruk, nak masuk real madrid or stay dengan MU.
(Rafael benitez lebih teruk dilemanya, nak masuk tores tapi takot injured. Thats why kalah. har har har)

Kawan kita dilema untuk memilih gadis A atau gadis B sedangkan dia tidak tahu gadis A dan gadis B berdilema untuk memilihnya.

Aku berdilema untuk menyokong Alexander Pato ataupon Izaghi dalam memilih striker A.C Milan yang terbaik sedangkan rumate aku berdilema untuk terus menyokong liverpool atau tidak.

Kesimpulannya dilema memang susah untuk dielak dan susah juga untuk diabaikan kerana dilema bermaksud 'sila pilih kalau tak pilih hang akan mati' lebih kurang begitulah beratnya dilema.

Banyak juga orang yang berdilema berat contohnya seorang abang yang berkorban untuk kesenangan adik-adiknya (pastuh adik buat hal g clubbing mabok2 huhuh. Apa pnya adik daaa) atau bapa yang berkorban menggadaikan kehendaknya demi memenuhi hasrat anak-anak yang mengada-ngada macam tenuk mengandung.(Mintak-mintak bukan kita semua yaaa)

Jadi dilema itu akan jadi lebih baik jika kita bersangka baik terhadap dilema tersebut
(cakap senang boleh la bo oi!) Jadi berdoalah kita sentiasa mendapat panduan dalam menghadapi dilema hidup atau dilema-dilema yang lain


Kita sebagai orang islam kalau ada dilema yang berat2 especially about life dan kehidupan kita patut meminta pertolongan Allah dan terus bertawakkkal . Itulah kelebihan kita yang patut kita ketahui dan syukuri.


Enak lauk dikunyah-kunyah, enak kata diulang-ulang.


1 comment:

  1. dilema pon boleh terjadi klau da ketegaq sangat.. smpai orang laen pon dilema.. nak nasihat ke tak.. haha.. kalau nasihat takut xmau dengaq, sakit ati ja.. kalau tak nasihat, kawan2.. pape jadi pon kawan kita jugak.. btui x? huhu~

    ReplyDelete