Monday, 23 November 2009

Salah Faham & Jabatan Penerangan Tak Rasmi

Assalamualaikum. Morning Morning. Nak cakap pasai salah faham sebab memang dah salah faham nih .

Salah faham nih adalah satu benda biasa dalam kita semua. Salah faham juga ialah benda yang banyak bg jadi hubungan kita keruh or bermasalah dengan orang lain. Aku dapat idea nak tulis bab ni pasai tadi aku tengok cerita kat tv dimana makcik2 dalam cerita tersebut telah spread the word tanpa mengambil usul periksa.Kesanya amat buruk sekali.

Salah faham or buat-buat faham nih slalunya membawa kepada fitnah. So beware.

Apabila kita dengaq satu gossip atau information, secara automatisnya kita memang nak judge terus berita tersebut. Jarang sekali kita pertikaikan sumber berita tersebut kerana selalunya yang bawak berita tuh orang2 yang dekat dengan kita.Tapi baik la kita beringat manusia pun ad bias-bias yang kadang2 memang takleh pakai langsung.

Kita pulak bila dah dengaq selalu ja nak cerita dekat orang lain, al-maklumlah , sebab kita nih memang input nak sama dengan output. mana leh simpan sorang2. Kadang-kadang tengok couple break2 sebab benda2 kecik nih rasa macam bodoh pon ada. Aku ada satu example.

Kawan abang aku punya cerita.

Si laki nih tulis dalam facebook dia 'No Woman No Cry' . Laki nih ada awek. So awek dia bukak fb balak dia nih lah. Tengok2 nampak laa tulisan camtuh kan. Apa lagi, mengamok kaw-kaw la tanpa usul periksa. Awek dia cakap si laki tuh tuduh si awek tuh beban laa, menyusahkan laa dan macam-macam lagi.

Walhal benda sangat kecik dan maksud 'No woman No cry....' yang diucapkan Bob Marley tuh memang bukan keluhan atau rungutan. Si laki nih memang faham maksud ayat
'No Woman No Cry' and for sure aku rasa orang2 yang tengah baca post nih pon rasa yang maksud 'No Woman No Cry' maksudnya tanpa wanita maka tiada tangisan kan? kan?

Unfortunately hampa salah. Dalam lagu tuh dia tengah cerita pasai seorang lelaki yang mententeramkan seorang perempuan. Orang2 jamaica englishnya memang begitu. Depa suka guna me instead of i, example macam i'm hungry jadi disebutnya me hungry. No Woman No Cry tuh bunyiknya macam nih kalau dalam bahasa melayu 'Awak, janganlah menangis'. Bukannya 'Tiada Perempuan tiada tangisan'.

Dengaq cerita dah gadoh kaw2 pastu laki tuh pon explain la maksud ayat tuh dengan sebab kenapa dia tulis camtuh. Kononya sebab nak cakap perempuan tuh jangan la sedih2 sebab ada laa hal between depa. Tapi elok laa. Yang tulis tuh pon macam kurang CER sket sebab tulis benda yang senang bagi orang salah faham. Yang pempuan tuh lagi Kurang CER sebab nak mengamok tak tentu pasal.

Jadi bila dapat berita yang tak best atau information yang tak best yang rasanya boleh buat kita marah atau bengang janganlah mengamok tak ketahuan hala macam nak bunuh semua orang dalam dunia nih. Siasat la dulu, fahami apa yang terjadi. Derive the sequence , untuk faham sebab apa berita jadi macam tuh. And kalau memang benar berita buruk tuh, nak mengamok pon ikot suka laa sebab at least orang tau hang tak bodo mengamok tak tentu hala and kalau berita tuh tak betoi.Sukarang2nya hang dah berjaya mengelak diri sendiri dari kelihatan bodoh yang tak berfikir.

Dapat apa2 cerita fikir la dulu, jangan terus judge, dengaq betoi2, faham the situation, dan selesaikan dengan machonya, bukan main mengamok aja.

Huwaaa nak mengamok ni!! Kes salah faham. Aku suroh orang kejut pukoi 8 tapi dikejutnya lapan pagi esok..
Encik Bob Marley
'Saya menyesal ramai orang silap faham maksud lagu saya, sekarang bini saya pon sudah marah2'


*Sapa orang ke 10000 sila printscreen dan bgtau aku. Kalau dia ada business aku iklankan secara free seminggu :) hahaha

1 comment: