Dah lama tak tulis entri berbaur permotoran dan pengkeretaan ini . Sebabnya aku takdak kereta yang berpeluang aku nak test. Kalau aku tulis pasal kereta yang dah di testdrive , sudah pasti aku dah test drive kereta tuh sendiri.
So , Encik Abang saya membeli NEO CPS setelah 2 purnama berkira-kira dan memujuk isteri beliau . Ini kerana , persepsi masyarakat terhadap kereta coupe susah sangat nk diubah. Orang tua-tua dengaq kereta dua pintu , terus depa ban. Sempit katanya.
Asalnya , Encik Abang sudah tak tahan membawa Savvy beliau. Ini kerana Savvy tersebut suka membuat masalah-masalah yang disebut dalam entri yang lalu. Oleh kerna itu , beliau mempunyai alasan yang kuat untuk membeli sebuah kereta baru.
Ok. Finished about how Encik Abang membeli kereta tersebut. Lets ride.
Haritu , kami berlima naik kereta tersebut untuk ditest.
Aku , encik abang , roy ,ustad ,dan anak menakan aku berusia setahun.
Ustad dan Roy duduk belakang . Mereka agak terkejut , depa ingat sempit. Ustad terus berkata "aku sanggup naik dari Teluk Intan pi Johor dok belakang" dan Roy "Aku sanggup balik Jitra dok belakang". Makanya aku assume yang tempat duduk belakang memang nampak sempit tapi bila dah duduk , tak sempit pon. Waktu tu , seat aku dah kebelakang sikit. Jadi ok aku rasa.
Sempit factor tidaklah begitu ketara.
Then kami tengok Dashboard kereta. Takdak apa yang menarik. Stereng nampak main-main sikit. Nampak macam guna ja apa yang ada untuk buat stereng. Spoil sket. Tempat letak barang di balik penumpang depan kecik kaw-kaw. Ruang nya sebesar air mineral 1.5liter yang dibaringkan X 2. Abang aku kata , kereta nih bukan nak bawak barang.Ya la tapi kalau kecik sangat baik naik unta aku rasa.
Dashboard nampak okay susunanya. Cantek. Tapi material dia tak best. Ada lebihan-lebihan plastik yang tak siap dibuang dari acuan dia.Meter dia pon warna biasa-biasa ja. Dekat button aircond takdak lampu. So meraba jugak la kalau malam-malam nak cari suis. Jangan raba benda lain sudah laaa.Tapi semua itu aku rasa okay. Nak expect lebeh2 pon tak boleh , nak perfect bayaq la mahai sket kan??
Then seating. Seating agak sporty sikit. Steering punya position memang fit dengan posture badan orang melayu kita nih laaa.Takla jenuh mencari time nk pijak paddle minyak ngan klac.
Untuk long distance driving pon ok. Kalau lenguh agak-agak , bawak ja bantai kabu letak belakang time drive settle. Takyah terok-terok recaro la sparco la ss cus la.
Gear dia tak keras macam Gen 2. tak lembut macam kelisa. Kiranya kalau orang pempoan bawak rasa cam janggal sikit laa. tapi orang laki should be no problem melainkan hang penuh dengan sifat lemah lembut.
Aku try gear 1 sampai 4500 RPM. Waktu dekat 3800RPM dia macam ada tenaga datang tiba-tiba ,ntah-ntah jin x? rasa macam ada benda menolak kereta tu secara tiba-tiba. Maybe karekter kereta tuh.Tekan sikit lagi abang aku dah muka belain. Terus aku masok gear 2.
Gear 2 pon takdak masalah sampai 5. Tapi dekat gear 4 tuh macam ada skali lagi dia tersedak-sedak. Ntah , memang style tuh kot. Tapi kami naik 5 orang and still got the power. So aku rasa kereta nih memang extraordinary sket power dia. Rasanya macam hang naik kelisa auto dengan kelisa manual. Macam tuh la rasa beza power kereta nih dengan kereta seanteronya.
Cornering??? Sembang mambang tune by lotus memang ada buktinya. Kereta nih rasa menjilat jalan. Nasib ada anak sedara aku ja dalam tuh, kalau dak memang aku lipat kaw kaw set (roy).
Standard Speed Orang Malaysia 120km/j. Kereta nih tak bergegaq , tak dengaq bunyi angin. Radio bukak volume 10 dengaq masih jelas. Siap dengaq hi-hat drum cing cing lagi. Cuma aku tak bekenan tiang bumbung depan belah driver. besaq sket. kadang-kadang juling mata aku tengok
Value for money? RM57,000 memang berbaloi. Macam kita beli kasut beli baju yang murah tapi branded. Ntah betoi ka dak aku cakap macam tuh. Tapi belakang kereta nih tonggek sket. Sapa jenih suka benda tonggek2 nih memang suka la. Tpi aku tak bekenan. Rupa kereta nih elok sangat. Elok beno. Elok kaw set.
Proton nih boleh lawan kia dan hyundai dah tapi cuma kena perelok bahagian benda2 kecik macam interior , quality plastik ,yang simple2 ja. Tapi tu la kan , dok cerita benda sama dari dulu pon jadi jugak la.
Conclupulannya , memang kereta nih berbaloi dengan duit. Orang bujang, aku rasa cukup elok. Aku pon dah terpikiaq compare benda nih dengan myvi dari segi harga. Maybe nanti leh aku try compare dengan swift sport.
BELI JANGAN TAK BELI!
Seat boleh la , dashboard ngan stereng agak mengecewakan sikit.Material kena up sikit la. Proton oi , kalau penaik harga takat seribu ringgit aku rasa material dalam tuh dah bleh jadi elok sikit. Dengaq laaa dengaq laaa rakyat marhaen dok komen nih.
Powernya melimpah sekitar 5500 RPM to 6500 RPM . Tapi kan , kalau takat nak p kerja takkan sampai 7000RPM. Ordinary driver takkan rasa apa-apa kesan. Makcik kiah yang pinjam kereta anak p market memang confirm tak rasa apa-apa. Pak Man yang beli untuk p kerja juga takkan rasa apa-apa.
Enjin CPS. Banyak juga bezanya banding ngan campro. Bunyi engine sedap. Solid. Ibarat derapan tapak kaki askar masa kawad merdeka. Macam tu kot?haha
p.s : Sapa ada kereta nak dimasukkan dalam test drive leh leh la bagi aku test. Korean Car? em... tamau.Japanese ok.
p.s : Sapa ada kereta nak dimasukkan dalam test drive leh leh la bagi aku test. Korean Car? em... tamau.Japanese ok.
cantek bo...mini cooper bila nak buh tang nih lak?
ReplyDeletesatria buruk dgn v6 buruk ebelebel untuk di test drive di kangaq kelak..sila hubungi saya
ReplyDeleteporsche pak penakan ang bila nak review dlm nh? buh gambaq sket.. pastuh review ducati monster ang tuh skali!
ReplyDeleteyes bobo, memang terbaik pun, kawan aku ada wana oren, mmg best tumpang,....
ReplyDeletemaybe lat sini ko leh tgk gak apa yg dia komen tehtg neo ni...
ReplyDeletehttp://myadha.blogspot.com/search?q=neo&submit.x=0&submit.y=0