Monday, 24 May 2010

Kepada warga UTP.



Assalamualaikum dan Selamat sejahtera,

Secara tak rasminya , aku dah habis belajar di UTP. Paper last aku 21 may haritu. Maka secara tak rasminya aku dah boleh dikatakan tamat pengajian di sini. Banyak tujuan aku menulis kali ini. Dan aku rasa aku patut menulis benda nih. Walaupun agak formal dan aku baca balik muka aku jadi merah.

Eloklah kalau aku mulakan dengan ucapan terima kasih kepada semua rakan-rakan yang pernah menolong aku secara langsung dan tak langsung sepanjang kehidupan aku di sini.
Insya Allah , aku ingat semua jasa baik dan budi kawan-kawan tak kira lah lelaki atau perempuan. Kepada budak-budak IT/IS yang selalu tolong aku masa buat programming dan semua benda-benda yang aku tak mampu buat , aku ucapkan terima kasih sangat-sangat.

Keduanya aku nak minta maaf kepada sesiapa yang aku pernah sakitkan hati dia dengan ucapan-ucapan ,maki-makian , perli-perlian , ayam-ayaman dan bermacam-macam method lagi. Aku minta maaf. Yang pernah terasa atau masih terasa aku , aku minta maaf. Kalau ada aku main futsal kasar , tertackle , dan macam-macam lagi pon harap dapat dimaafkan.

Aku pun maafkan segala benda yang tak best pernah jadi dekat aku sepanjang aku stadi kat sini.

Segala makan minum termasuk aktiviti , rasa sikit , pow sikit ,cubit sikit , tengok sikit , test , ujian kesedapan dan ujian keracunan yang pernah aku buat semasa kita makan harap dapat dihalalkan.Kalaulah ada aku pinjam duit tapi tak settle lagi boleh lah bagitau aku. (yang takdak jangan dok mereka-mereka haha). Harap segala yang dimakan dan diminum itu diredhakan oleh kawan-kawan yang baik lagi berperkerti mulia.heheh.

Diharap boleh berjumpa lagi masa hadapan dengan keadaan yang lebih elok dari sekarang.
Boleh la add facebook (alamat gtalk tambah at gmail.com) aku atau gtalk (anwar.bobo) kalau nak add la.

Semoga semua berjaya dan dirahmati Allah.

Assalamualaikum. Jumpa lagi nanti!

8 comments:

  1. all d best in d future bobo~

    ReplyDelete
  2. bye anwar. we love u !

    ReplyDelete
  3. gud luck in your future undertaking bobo hosmate ku..

    mintak tuner aku blek!!

    hahah

    ReplyDelete
  4. good luck bo.

    gaji da 4 ribu jgn lupa aku.


    amin

    ReplyDelete
  5. selamat menjelajah alam keje....

    ReplyDelete
  6. selamat berkejaya bobo..nnt klu rajin nk visit kami..bwa la buah tgn skali.. gud luck yea

    ReplyDelete
  7. gud luck bobo..mtk maaf slh silap sume..
    jmpe lg nnt..=)

    ReplyDelete
  8. bo.. tol2.. lawat ktorg kt cni.. pasni update le kije ktne sume.. hehehe,, kawen jgn lpe jmput! :D

    ReplyDelete