Sunday, 13 September 2009

Rancangan Televisyen Paling Dinantikan !!


Setiap kali melihat wajah beliau , aku berasa sangat gumbira kerana aku tahu beliau seorang pembawa khabar yang baik.

Nama beliau adalah Engku Tan Sri Dato Sri Ibrahim Engku Ngah Pejabat.
Dari aku kecik sampai sekarang kalau dia muncul di kaca TV aku tau samaada esok puasa atau raya.

Aku rasa rating rancangan beliau adalah tertinggi mengalahkan akademi fantasia , mentor,
nur kasih, Juara Lagu dan lain-lain lagi.

Abang aku akan mengajuk cara cakap beliau yang relax and cool.

"make diumumkan atas perkenan deli-deli yang mahe melie" adalah satu tagline beliau.

Aku suka rancangan ini dan thanks kepada beliau yang sering menggembirakan kita semua.

hehehe. Tak Sabar nak tengok rancangan terbaik di seluruh dunia ini!
Setuju?


Friday, 11 September 2009

Ayat Ayat Chenta

Gedik Syial (cakap kl sikit, geng-geng utara jangan maki haha)

Bertuah dan Bersyukur sebab :

1. Kawan-kawan aku banyak yang baik-baik , habeh jahat benda yang depa buat cuma tiru dalam test dan layan movie2 dewasa.

2. Makan dan minum cukup selalu , aku pernah tengok kawan-kawan lain kerja makan maggi sebab nak saving. Sungguh insaf ketika itu.

3. Aku boleh print lecture note dekat building 1 dengan building 2 secara percuma.Aku sedar benda ni lepas aku print intern reports dengan harga yang sangat mahai.


4. Ada banyak pakar-pakar motivasi tak bertauliah tetapi handal yang sedia menghulurkan tangan dimana jua anda berada..

5. Ada ex-rumate yang baik(si minud) walaupun dia lebeh kurang ja dengan aku. Dia seorang yang memahami dan redha dengan perangai aku hahahaha.

6. Belajar di tempat yang bagus dengan bantuan sekolersyip kampeni korek minyak negara.Petronas.


7. Ada komputer, ada printer(baru beli) dan penah ada subwoofer yang besar (kini tinggai di rumah, mak pinjam nak dengaq orang mengaji quran katanya.)

8. Boleh bergerak kemana-mana dengan banyak kenderaan yand disediakan oleh kawan-kawan. PDL 5615 , WJR 1008, TAH 6216,WHX1898,BKF samting-samting, BFU samting-samting, dan juga moto duih ,figo dan lain2.

9.Dapat duduk dalam hostel sampai final year berbanding sesetengah orang yang kena duduq luar kampus.


10. Ada berpasang-pasang kasut yang aku beli dengaq passionnya.


11. Sekali lagi kawan-kawan aku banyak baik-baik.Ringan tulang, ringan tangan, ringan rokok, ringan pes, ringan poker, ringan ringan dan bermacam macam ringan lagi.


12. Boleh stadi dengan baik tanpa ada masalah-masalah pelek2 (budak-budak palestin nak p sekolah kena bom dan kena tembak, kita nak p kelas pagi pon liat... Dush untuk diri sendiri.)


13. Ada katil yang setebal 8 buku teks economy berbanding zaman-zaman intern.(kami tidur di atas lantai sahaja hahaha)

14. Ada Mat Anip sebagai tempat meluahkan isi perut dan mendapatkan tips pelik (sila credit aku dalam blog hang lepas ni.haha)


15. Ada brotherhood yang baik di kalangan member-member(sila tengok komen facebook, banyak maki-makian dan hamun-hamunan dari saudara-saudara sehidup semati hahahaha...)

. Alhamdulillah.

Thursday, 10 September 2009

Cawangan Terbaru



Nantikan kemunculan pengulas automotif masa kini
Preview untuk membeli kereta-kereta sports dan terpakai.


http://remybuatblog.blogspot.com/

Wednesday, 9 September 2009

09.09.09


Tarikh hari ini sangat menarik.
Kepada sesiapa yang nak buat sesuatu yang menarik boleh la buat harini.
Nanti boleh la cerita kat anak cucu yang hampa dah buat sesuatu harini.

Contoh :
  1. Berenang dari Sabah Ke Kedah.
  2. Berenang Ke U.S.A
  3. Main futsal sorang-sorang pada pukul 09:09:09 am
  4. Menikah
  5. Telefon kawan-kawan rapat sebab kerja kawan-kawan dok telepon depa.
  6. Nak declare harini pon baguih la jugak.
  7. Buat weekly report kepada sesapa yang tak buat lagi. Baru tarikh dia cantek sket.
  8. Tulis blog.
  9. Semayang tarawikh banyak2 kepada yang tak pernah semayang tarawikh lagi ramadan ni.
Sesapa yang ada tiga test harini sorry la, tarikh ni sekadar tarikh ja.