Saturday 26 December 2009

Blog ini dah jadi diari seorang traveller daa...

Laluan sepanjang menjadi traveller murahan. Warna berbeza menunjukkan trip.

Esok aku nak pi KolaLompo pulak.
Tujuannya adalah untuk pi kenduri akak pedot@rumate the second.
Sementara menunggu kenduri tersebut, aku pon merehatkan diri di UTP terchenta ini.
Rasa macam hidup di sebuah perkampungan di mana penduduk kampung tersebut telah meninggalkan kampung akibat diserang raksasa gorgon.
Senyap Sunyi Damai Dan Kadang-Kadang rasa macam di Oversea.
Almaklumlah foreigner lagi banyak dari melayu kita nih.
Kadang2 rasa macam di Turkmenistan , Kadang-kadang rasa macam dekat Chad.
Tadi aku bbq dengan Kord , Keane dan Din.
Empat orang makan macam lahabau banyaknya.
Huh, nak cakap aku makan banyak la tuh.
Malangnya aku orang yang first berenti sebab takleh p dah.
Paling last sekali keane.

Ok , Masuk pasai travel kali ini pelik sket.
Memang aku suka travel atau pun jalan2.
Tapi kali ini aku tak bajet ia akan jadi selama ini.
Aku bawak 3 helai baju ,2 pasang jeans, 4boxer dan satu kain pelikat.
Dan aku jugak bawak satu set pakaian futsal. Kasut ,baju dan seluar.
Tapi tak guna pun.

Mulanya aku cadang nak balik Perlis lepas kenduri pedot nih, tapi dengaq cerita duit scholar akan masuk sari dua nih.
So tetiba aku rasa macam nak round the world dulu. Maybe P Australia, then dari Australia P U.S then lepas tuh p Itali lepas tuh naik kapal cruise dari itali sampai penang, lepas tuh naik bas balik kangaq.

Tapi dengan RM900 lebih impian tersebot logik, tapi mungkin aku terpaksa menjadi gigolo untuk survive, so impian tersebut adalah karut lagi marut buat masa terdekat.

Aku travel kali nih bawak beg baju dan laptop. Rasanya memang cool dan convenient (tak ingat ejaan sebenar) untuk berjalan dengan adanya broadband celcom yang setakat ini tak mengecewakan.

Mak aku pulak support ja travel hahaha...
Good Good.


Thursday 24 December 2009

Owh Saya Di Perantauan

Dah dekat seminggu tak penah tidur satu tempat lebih dari 3 malam.
Rasanya dah macam bitchhikers eh silap hitchhikers.
Baju bawak 3 helai aja.

TRAVEL TRAVEL TRAVEL

Wednesday 23 December 2009

Melancong Lancong

Minggu ini banyak melancong.

Mula-mula ke shah alam
kemudian ke port dickson
kemudian ke a famosa melakan
kemudian ke kajang makan satay kajang
kemudian ke UTP usha kawan-kawan
nanti nak p selayang kenduri pedot.
lepas tu baru balik perlis.

Jauh Perjalanan Habis Wang Di Tangan

Monday 14 December 2009

Mengalah

Aku memang tak suka mengalah, macam semua orang laa.. Sapa suka kalah kan? Selalunya kalau main PES lepas kalah pon mesti aku nak 2nd leg, third leg sampai la aku menang. Biarlah 100leg pon janji aku nak menang.

Selalunya aku buat apa-apa memang aku akan set target. Biaq tercapai target, sakit badan ka, berdarah k , luka ka janji matlamat dicapai. Kecik-kecik dulu lagi orang kata susah lagi la galak aku nak buat..Pedot pon panggey aku giant haha..

Tapi itu dulu, dulu punya cerita.. La nih aku rasa kadang-kadang baik mengalah jaa..
Lama sangat kot ..

Thursday 10 December 2009

Setiap Hari?

Saya mahu bertanya, apakah aktiviti kawan-kawan di masa alam ria cuti universiti? Kerja part-time kah? Keja Mengabeh boreh ka? Kerja Tidoq aja kah?

Tuesday 8 December 2009

Panggilan Pulau

Merujuk kepada perkara di atas, Enchik Firdaus Mamat Sudah Bertanyakan bila kita(macha-macha bersatu) akan ke Pulau Langkawi. Maka sesiapa yang berminat bolehlah mengontact saya dan matpie supaya dapatkalah kiranya kita memplan aktiviti tersebut supaya tidak lah jadi macha seperti plan2 kita yang bertaraf mega sebelum ini. Sapa-sapa nak p sound ja dekat comment.

Sunday 6 December 2009

Ujian adalah tarbiyah dari Allah


Ujian yang aku tengah sembang nih bukanya ujian untuk subjek2 dalam course tapi lebih kepada ujian didalam hidup.

Benda-benda ujian nih bukannya mudah sebab ujian dalam hidup ini takdak jawapan yang tepat atau skema jawapan. Ia sangat subjektif dan matlamat ujian itu mungkin berbeza dari seseorang ke seseorang yang lain. Yang miskin diuji dengan harta , yang kaya diuji dengan bahagia dan selalunya ujian akan datang menyerang sisi-sisi lemah kita sebagai seorang manusia.

Timing ujian-ujian datang dalam hidup selalunya agak tepat dengan peristiwa-peristiwa hidup. Selalunya time sesak maka terjadi lah ujian. Hahaha. Time dekat2 exam, time takdak duit, time otak serabot serta banyak lagi masa-masa ujian datang.Yang buat Final Year Project pon aku rasa ujian boleh tahan jugak la, harddisk crash, supervisor berperangai ala-ala gadis cerewet , printer rosak, lab punya instrument rosak,debug tak dapat-dapat dan macam-macam lagi.

Selalunya bila terkena ujian nih kita memang rasa macam kureng sikit. Ya lah, ujian kot. Susah Kot. Ingat Senang ka? Tapi macam semua orang tau, ujian sebesar mana pon mesti ada klimaksnya. Satu cara berfikiran positive dalam hadapi ujian nih maybe kita kena percaya yang segalanya akan berakhir dan kita akan melalui ujian tersebut dengan jayanya. Tapi itupun susah juga, fikir positive tak tentu jugak dapat hasil yang positive.

So apa yang kita belajar dari ujian nih semua? Kita makin jadi top scorerkah lepas ujian-ujian nih? kita jadi semakin handsome atau kaya kah lepas ujian nih? Susah kan? nak carik jawapan apa faedah ujian-ujian nih.. Then kita sebagai manusia selalu fikir we can control everything that related to ourselves.

Mungkin ujian nih sebenarnya mengajaq kita supaya jadi rendah diri dan merenung balik, bahawa kita nih selalu lupa yang usaha yang kita buat bukan kita yang tentukan hasilnya. Contoh yang mudah la macam kita main farmville, lepas kita tanam semua. Kita rasa cam dah confirm ja yang kita akan dapat duit dari tanaman tersebut. Padahal kadang2 kita lupa nak tuai or internet kita takleh masuk fb so tak dapat la tuai.

Aku cakap pasai farmville nih sebab contoh paling simple la supaya kita mudah faham. Kita selalu lupa KEPADANYA bila berusaha. Kita bajet kita yang buat makanya kitalah yang tentukan keputusanya. Nope. Its Not. Its Not Us. So ujian nih rasanya memahamkan kita kepada maksud tawakkal dan berserah kepada Allah. Bukannya kita tak pernah tahu maksud tawakal atau berserah cuma bila kita experience maksud itu barula rasa macam kena batang idong sket.

Kalau tengah di uji aku rasa lagu ini mungkin membantu..


Kehidupan

Kesenangan yang datang
Tak akan selamanya
Begitulah selepas susah ada kesenangan
Seperti selepas malam datangnya siang
Oleh itu waktu senang jangan lupa daratan

Gunakan kesempatan untuk kebaikan
Sebelum segalanya terlepas dari genggaman
Kelak menyesal nanti tak berkesudahan
Apa guna sesalan hanya menekan jiwa

Jangan difikir derita akan berpanjangan
Kelak akan membawa putus asa pada tuhan
Ingatlah biasanya kabus tak berpanjangan
Setelah kabus berlalu pasti cerah kembali

Ujian adalah tarbiyah dari Allah
Apakah kita kan sabar ataupun sebaliknya
Kesenangan yang datang selepas kesusahan
Semuanya adalah nikmat dari tuhan

Senilagu : Nazrey Johani
Senikata : Nazrey Johani

Its help us a lot to understand apa makna dan sebab-sebab ujian kot..
Lagi satu maksud ayat seribu dinar juga pasti akan menenangkan jiwa ketika ditimpa ujian

Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Allah akan lepaskan ia dari masalah hidup Dan diberikannya rezeki dari sumber yang tidak diduga.
Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya.
Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan ( yang dikehendaki ) Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.
Ayat ini hampa selalu nampak dok gantung kat kedai-kedai nak bagi pelaris kedai laa, tapi sebenarnya maksud dia memang lebeh baik untuk yang memahami laaa.Asyik-asyik p mapley tengok frame ayat nih tapi tak penah hapai pon. So baiklah kalau hapai ayat nih. Its Help.Insya Allah.

So cerita pasai ujian nih memang tak akan habis, sampai hilang huruf-huruf yang dicetak atas keyboard pon topic nih tak akan habis. Ia sangat subjektif dan rumit, tapi kita tau la yang kita ada tempat bergantung dan berharap sewaktu ujian ni tiba.

Ujian adalah tarbiyah dari Allah
Apakah kita kan sabar ataupun sebaliknya
Kesenangan yang datang selepas kesusahan
Semuanya adalah nikmat dari tuhan
Aku Percaya semua ayat dalam quote nih, kesenangan akan tiba selepas kesusahan. So janganlah putus asa pesan aku kepada semua orang dan diri sendiri. :)

Ini bukan cerita orang kecewa, ini cerita orang yang berserah kepadaNya
Mungkin entri nih agak sembang sikit, seolah olah macam senang ja nak handle tapi, apa lagi pilihan yang ada kan? hehe
Siapa tahu,Betapa berat cinta yang ditanggung ,Sehingga dia sanggup lakukan

Thursday 3 December 2009

Run Forest Run




"Life is like a box of chocolates. You never know what you're gonna get."
-Forest Gump-

Nih aku agak chocolate yang macam mix2 tu la.. kalau a box of cadbury hazelnut confirm ada hazelnut.

Wednesday 2 December 2009

2 December 2008

Apa ada pada tarikh ini?
Tarikh ini pada tahun lepas takkan aku lupakan . Hehe.
Pukol 8 setengah malam tarikh nih, taun lepas.
Aku tengah tolak motor aku yang pancit didalam hujan di Jalan Tunku Abdul Rahman.
Aku balik lewat hari tu. Tengah keluaq dari KLCC tiba2 moto aku pancit.
Mula-mula aku naik pelan-pelan moto aku.
Lepas tuh sebab dah macam melelong-lelong aku pun turun tolak.
Pancit dekat AKLEH terus g kampung baru .
Tiba-tiba hujan.
Baju Hujan tak bawak.
Sampai Kg.Baru cari kedai moto.Kedai moto suma dah tutup.
Then ada satu orang pakcik cakap, kedai kat Jalan T.A.R bukak sampai pukol 12.00
Dari Kg. Baru tolak moto sampai Jalan T.A.R jumpa kedai moto.
Habes la RM18 sebab malam kan..
Sampai Rumah Pukol 11.30 malam.
Terus letak tarikh nih dalam reminder handphone.
Hari Kedua Internship yang penuh cabaran.