Saturday 26 December 2009

Blog ini dah jadi diari seorang traveller daa...

Laluan sepanjang menjadi traveller murahan. Warna berbeza menunjukkan trip.

Esok aku nak pi KolaLompo pulak.
Tujuannya adalah untuk pi kenduri akak pedot@rumate the second.
Sementara menunggu kenduri tersebut, aku pon merehatkan diri di UTP terchenta ini.
Rasa macam hidup di sebuah perkampungan di mana penduduk kampung tersebut telah meninggalkan kampung akibat diserang raksasa gorgon.
Senyap Sunyi Damai Dan Kadang-Kadang rasa macam di Oversea.
Almaklumlah foreigner lagi banyak dari melayu kita nih.
Kadang2 rasa macam di Turkmenistan , Kadang-kadang rasa macam dekat Chad.
Tadi aku bbq dengan Kord , Keane dan Din.
Empat orang makan macam lahabau banyaknya.
Huh, nak cakap aku makan banyak la tuh.
Malangnya aku orang yang first berenti sebab takleh p dah.
Paling last sekali keane.

Ok , Masuk pasai travel kali ini pelik sket.
Memang aku suka travel atau pun jalan2.
Tapi kali ini aku tak bajet ia akan jadi selama ini.
Aku bawak 3 helai baju ,2 pasang jeans, 4boxer dan satu kain pelikat.
Dan aku jugak bawak satu set pakaian futsal. Kasut ,baju dan seluar.
Tapi tak guna pun.

Mulanya aku cadang nak balik Perlis lepas kenduri pedot nih, tapi dengaq cerita duit scholar akan masuk sari dua nih.
So tetiba aku rasa macam nak round the world dulu. Maybe P Australia, then dari Australia P U.S then lepas tuh p Itali lepas tuh naik kapal cruise dari itali sampai penang, lepas tuh naik bas balik kangaq.

Tapi dengan RM900 lebih impian tersebot logik, tapi mungkin aku terpaksa menjadi gigolo untuk survive, so impian tersebut adalah karut lagi marut buat masa terdekat.

Aku travel kali nih bawak beg baju dan laptop. Rasanya memang cool dan convenient (tak ingat ejaan sebenar) untuk berjalan dengan adanya broadband celcom yang setakat ini tak mengecewakan.

Mak aku pulak support ja travel hahaha...
Good Good.


1 comment:

  1. 1. kenapa trip ko sekitar pantai barat semnenanjung je?

    2. aku pon lbey kurg ko gk.nti aku letak kt blog.

    ReplyDelete