Wednesday 25 November 2009

Masakan Terakhir Sebelum Berpisah

Budak- budak rumah ingin memasak. Kata mereka kali terakhir sebelum berpisah dengan aku dan pedot. Mereka sangat sedih kerana akan meninggalkan housemate yang penyayang dan prihatin(aku dan pedot). Lalu Si Azril Dan Bean mencadangkan agar kami makan makanan kebaratan demi mengekalkan imej barat di rumah kami.

Pembelian Barang dilakukan di TESCO PENGKALAN EIGHTEEN , dimana aku dan Bean mesti menghabiskan RM 106.00 untuk membeli barang barang2 tersebot. Semua orang diPAW sorang sepuluh oleh BEAN kecuali entiti rumah yang tak tahu menahu akan pesta ini. Hazwan Sudah Balik kg.makanya hazwan tidak join.

Setelah membeli belah dengan borosnya, kami pulang kerumah dan budak2 lain menguruskan urusan persediaan barang2 dapor. Pian dengan coleslawnya, azril dengan sos blackpeppernya, dan yang lain2 sebagai pemotong sayor dan pengkacau (stirrer) yang setia amat.Pesta memasak berjalan lancar tanpa gangguan pihak berkuasa dan Selepas itu makan pon siap.

Menu:
Chicken Chop
Wedges
FrechFries
Nasik Goreng
Telur Goreng Sepuluh Chef
Aiskrim
Kuah Blackpepper.

Bilik Kami Cool

Mangsa penderaan kawan2.Faizal dipaksa membasuh pinggan seorang diri.

Jumpa lagi tatau bila. Hampa balik intern kami dah grad

Juadah Ala-Ala Western

Semangat Gila Bean!

Juadah2 Bujang

Aksi Gedik Beramai-Ramai
Yo Babai All
Hrmm.. Apa Nak Buat ek?


Monday 23 November 2009

Salah Faham & Jabatan Penerangan Tak Rasmi

Assalamualaikum. Morning Morning. Nak cakap pasai salah faham sebab memang dah salah faham nih .

Salah faham nih adalah satu benda biasa dalam kita semua. Salah faham juga ialah benda yang banyak bg jadi hubungan kita keruh or bermasalah dengan orang lain. Aku dapat idea nak tulis bab ni pasai tadi aku tengok cerita kat tv dimana makcik2 dalam cerita tersebut telah spread the word tanpa mengambil usul periksa.Kesanya amat buruk sekali.

Salah faham or buat-buat faham nih slalunya membawa kepada fitnah. So beware.

Apabila kita dengaq satu gossip atau information, secara automatisnya kita memang nak judge terus berita tersebut. Jarang sekali kita pertikaikan sumber berita tersebut kerana selalunya yang bawak berita tuh orang2 yang dekat dengan kita.Tapi baik la kita beringat manusia pun ad bias-bias yang kadang2 memang takleh pakai langsung.

Kita pulak bila dah dengaq selalu ja nak cerita dekat orang lain, al-maklumlah , sebab kita nih memang input nak sama dengan output. mana leh simpan sorang2. Kadang-kadang tengok couple break2 sebab benda2 kecik nih rasa macam bodoh pon ada. Aku ada satu example.

Kawan abang aku punya cerita.

Si laki nih tulis dalam facebook dia 'No Woman No Cry' . Laki nih ada awek. So awek dia bukak fb balak dia nih lah. Tengok2 nampak laa tulisan camtuh kan. Apa lagi, mengamok kaw-kaw la tanpa usul periksa. Awek dia cakap si laki tuh tuduh si awek tuh beban laa, menyusahkan laa dan macam-macam lagi.

Walhal benda sangat kecik dan maksud 'No woman No cry....' yang diucapkan Bob Marley tuh memang bukan keluhan atau rungutan. Si laki nih memang faham maksud ayat
'No Woman No Cry' and for sure aku rasa orang2 yang tengah baca post nih pon rasa yang maksud 'No Woman No Cry' maksudnya tanpa wanita maka tiada tangisan kan? kan?

Unfortunately hampa salah. Dalam lagu tuh dia tengah cerita pasai seorang lelaki yang mententeramkan seorang perempuan. Orang2 jamaica englishnya memang begitu. Depa suka guna me instead of i, example macam i'm hungry jadi disebutnya me hungry. No Woman No Cry tuh bunyiknya macam nih kalau dalam bahasa melayu 'Awak, janganlah menangis'. Bukannya 'Tiada Perempuan tiada tangisan'.

Dengaq cerita dah gadoh kaw2 pastu laki tuh pon explain la maksud ayat tuh dengan sebab kenapa dia tulis camtuh. Kononya sebab nak cakap perempuan tuh jangan la sedih2 sebab ada laa hal between depa. Tapi elok laa. Yang tulis tuh pon macam kurang CER sket sebab tulis benda yang senang bagi orang salah faham. Yang pempuan tuh lagi Kurang CER sebab nak mengamok tak tentu pasal.

Jadi bila dapat berita yang tak best atau information yang tak best yang rasanya boleh buat kita marah atau bengang janganlah mengamok tak ketahuan hala macam nak bunuh semua orang dalam dunia nih. Siasat la dulu, fahami apa yang terjadi. Derive the sequence , untuk faham sebab apa berita jadi macam tuh. And kalau memang benar berita buruk tuh, nak mengamok pon ikot suka laa sebab at least orang tau hang tak bodo mengamok tak tentu hala and kalau berita tuh tak betoi.Sukarang2nya hang dah berjaya mengelak diri sendiri dari kelihatan bodoh yang tak berfikir.

Dapat apa2 cerita fikir la dulu, jangan terus judge, dengaq betoi2, faham the situation, dan selesaikan dengan machonya, bukan main mengamok aja.

Huwaaa nak mengamok ni!! Kes salah faham. Aku suroh orang kejut pukoi 8 tapi dikejutnya lapan pagi esok..
Encik Bob Marley
'Saya menyesal ramai orang silap faham maksud lagu saya, sekarang bini saya pon sudah marah2'


*Sapa orang ke 10000 sila printscreen dan bgtau aku. Kalau dia ada business aku iklankan secara free seminggu :) hahaha

Sunday 22 November 2009

Auld Lang Syne

Selamat Menjalani Internship Period Wahai Budak-Budak Rumah Aku
To: Bean,Safwan,Azril,Daus,Hazwan,Pian,Peyjal dan Aiman.

Kumpullah duit banyak-banyak dan enjoylah diri di zaman internship yang indah.
Aku dah lepas dah hahaha. Lepas nih jawatan Iron Chef rumah kita aku yang pegang.

I'm gonna miss azril punya belacan, daus punya bandung palsu,bean punya masakan-masakan selayang, nasik goreng dan masak2 kicap dari safwan, aiskrim dan paprik pian , dan juga chick-chick dari hazwan.

Lepas ni hampa semua balik UTP , Insya Allah tak jumpa aku dah ngan pedot , so makan minum dan caci maki silalah halalkan.

Bagi yang ada intern di KL, sila pastikan ada ruang kosong untuk kawan-kawan menumpang. hahaha. Selamat Jadi Buruh Kasar Profesional Bertaraf Degree.
"We'll take a cup o' kindness yet For auld lang syne"




Operasi Bedah Dan Goreng Ayam. Chef Utama sedang beri arahan.

Juadah Berbuka Puasa Yang Grand Jadi Kenangan


P/s: AKu takmau dengaq sapa-sapa jadi bukan-bukan or gay. Jadilah handsome selalu hahaha

Thursday 19 November 2009

Ciri-Ciri Wanita Pilihan

Assalamualaikum puan-puan dan tuan-tuan , terima kasihlah sebab celik-celik mata dah bukak blog aku kot-kot ada update.Terima kasih la kepada Tuan-tuan dan Puan-puan, kalau saya letak klik-klik punya advertisement mungkin dah boleh dapat juta-juta dan boleh beli tanah dekat felda belakang rumah saudara En.Poman. Sokongan Tuan-tuan dan puan-puan sangatlah dihargai dengan harga yang mahal-mahal hendaknya.

Seringlah ditanya akan kami sekawanan(geng-geng aku segerabak, pak roy exclude haha) apakah ciri-ciri wanita pilihan , bak kata seorang kawan chinese aku 'cili-cili wanita pilihan' thats why they are hot.

Tidaklah mudah menulis perkara ini sedangkan diri sendiri pun ibarat 'cermin mata dihembus nafasnya' (blur laa, apa pnya peribahasa laa aku buat) dalam soal-soal begini.

First ialah ciri-ciri yang digariskan oleh Rasullullah S.A.W (jangan lupa selawat) iaitu empat kesemuanya.

"Seorang perempuan itu dikahwini kerana empat pekara; kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya, atau agamanya maka hendaklah kamu ambil yang beragama jika tidak binasa tangan engkau yakni jadi papa engkau."

Maksudnya pilihlah yang beragama(islam) serta yang mengamalkanya . Kalau engkau kawin dengan pompoan sebab nak harta bapak dia or something else, then faham-fahamkanlah maksud ayat baris ketiga tersebut. Ikutlah apa yang Rasullullah S.A.W (jangan lupa selawat) guide itu sebab bab kata seorang Ustadku time sekolah menengah
owners manual kehidupan dunia ada disitu.


Then settlelah filter yang pertama.

Ciri-ciri yang ditulis selepas ini bukanlah betul 100% kerana sumber-sumbernya adalah antologi kawan-kawan aku sekalian meaning that ciri-ciri yang ditulis ini adalah pada pandangan mata mereka. Siapakah mereka? mereka adalah kawan-kawan aku yang selalu aku sembang-sembang mengarot dan dalam kemengarotan itu adalah sebijik dua bijik point yang aku tangkap.

1- Nak yang mata kita sendiri suka tengok - Kawan aku cakap nak yang cun dan ramai juga agree , ya lah nak tengok muka tu dalam 40-50 taun kan so depa kata itu adalah alasan kenapa ciri-ciri tersebut dipilih. Apabila ditanya adakah mereka handsome? aku dan mereka tanpa malu mengatakan kami memang handsome haha... nak yang cun tapi sendiri pon tatau. haha.

2- Nak yang boleh buat kerja dengan kurang bergantung kepada kita- Camna tuh, maksud seorang kawan ini ialah kalau dah kawin nanti , janganla sampai nak beli kicap kat kedai depan rumah pon tak berani dan takot-takot. Depa juga nak yang reti bawak kereta , dan kalau boleh bawak moto, aku sendiri rasa cam wow... cool gilaaaa.. leh bawak moto even aku tak suka pon tengok pmpoan bawak moto hahaha. Seorang kawan cakap nak yang boleh support bukan yang perlu disupport 24jam (support menyaport perlulah ada kerana dets why manusia hidup berpasangan di atas muka bumi). Maksudnya kalau nak mandi pukol berapa pon kena tanya dulu (kadang-kadang untuk menggedik mereka cakap dibolehkan haha) susahlah.

3- Boleh mix dengan adik-beradik gua yang lain la brader- Point ini cukup strong , diusulkan oleh seorang kawan jugak. Aku sangat-sangat-sangat-sangat setuju point ini. Bayangkan kalau lepas kawin nanti dia cakap 'i malas la nk cmpur dengan kakak ngan adik u, diorang lain dari i' tak ka dilema di pintu syurga hang nanti. Mix with ur siblings itu penting kata mereka sebab , ur siblings semua tuh orang paling byak support hang. jadinya kalau wife hang anti ur sibling maka akan hilanglah keharmonian keluarga tersebot ya puan-puan. hahaha.. geli la baca apa yang aku tulis hahaha.. Kalau dia gadoh dengan adik beradik hang , hang akan dilema besar, diulangi dilema besar. Nasib baik la kak ngan abang aku cari ipar-ipar aku yang selalu bagi duit dan kasih sayang kat aku muahahahahahaa..

4- DUIT?KAYA?ANAK LORD? - Yang amazingnya kalau hangpa nak tau dalam kawan-kawan aku nih tak penah pon sorang kata, aku nak kawin ngan anak orang kaya nanti leh kaya jugak. Bila pikiaq pikiaq balik baguih gila kawan-kawan aku. Sebab kami rasalaaa kan, bab duit tuh biaq kami cari takpon sama-sama cari. Tak macho la kami makan duit perempuan
(belanja makan and minum tuh biasalah la, maksudnya disini bergantung kepada bini dan harta-hartanya) .
Kawan-kawan aku tak penah pon cakap pasal nak perempuan kaya. Waaa aku baru sedaq kawan-kawan aku yang kaya rupanya haha.. Tapi di sini di ingatkanlah bahawa kalau bini hang dah memang kaya nak buat camna, takkan nak suroh dia miskin kot.. Tapi money takpa, kita cari sama2.

5- Yang saling memahami (mutual not one side only) - Kalaula dia sorang saja faham hang, tapi hang tak faham dia tak guna jugak. Samalah macam manusia cakap dengan lembu, seorang tau sorang tatau. contoh kalau dia tau hang suka belacan maka masaklah dengan letak belacan , taklah jadi macam cerita bujang lapok sampai hendak dipancung sebab tak letak belacan

' Pelakon (S. Kadarisman) "...bukankah kau tahu kesukaan ialah belacan, mengapa engkau masak sayur asam tak mahu campur belacan...sekarang aku akan pancung leher engkau....".

Meaning that supportlah apa-apa yang kurang, dia kurang itu, hang kurang ini makanya supportlah yang mana kurang, tapi kalau dua-dua sudah kurang lagi bagus, kan sama-sama kurang di situ?

6- Yang suka pasal ambik tau pasal kereta - seorang kawan bertanya mau tak dapat bini macam nih 'wife-wife tau tak kereta jenis apa di depan tuh (hang tunjuk ke arah perodua kancil)' dan dia jawab 'husband-husband , i tak tau la kereta apa tuh tapi yang i tau i sayang u' tak ka jadi kurang ceria hidup hang, at least kalau dia tau model2 kereta sikit2 boleh la hang sembang dia pasal kereta.
Sorang kawan lagi cakap, tapi kalau hang pon tak tau sayur apa ikan jenih apa, itupun sama la macam dia taktau kereta model apa. Hang pon bengong lepastu nak kata dia bengong. Elokla macamtu.. ok. kalau dia tau pasal kereta sikit-sikit baguslah, minat kereta bolehlaa dibuat sembang-sembang time boring.

7-Yang tak kedekut 'salted noses' poo' - Dah kawin pon kalau kedekut kaw-kaw susah laa. benda nih leh tengok la. Tak pecaya,time couple2 cuba p kedai runcit dengan dia lpas tu amek la ap2 harga seringgit suroh dia byaq. kalau mati2 takmau bayaq jugak susah la weyh.. susah. nanti kawan-lawan mai rumah hang minum ayaq kosong jalaaa. Terpaksa kawan-kawan bawak nescafe 3-in-1 mai rumah kita.

8- Yang ada kekurangan- kalau dapat yang perfect semua pon susah la. takda issue , takdak issue maka takdaklah conflict , takda conflict maka takdaklah mintak2maaf ,takdak mintak2 maap maka tiadalah garam, gula, blackpepper, kulitkayumanis, corianger,dan lain lain lagi dalam kehidupan.

Jadinya , dapatlah aku cakap bahawa ciri-ciri diatas adalah random, Tak semua orang nak apa yang ditulis dekat atas tuh. Inipun kami main cakap ja, mungkin tak pikiaq sangat sebab tak penah pon pikiaq terok2 pasai benda nih. Time free-free menyembang jadi macam ni laa. Tapi ada point juga di situ.

Kesimpulanya yang sembangmambang nih semua pon bukan nya betoi semua dan perfect.Rasa betoi ambek, tak betoi baca yang lain dalam blog aku, banyak lagi ada (customer relationship management disitu hahaha) Readers Always Right haha

Sunday 15 November 2009

Good Luck My Self

Exam lagi.
Study-study laaaaaaaa...

Raksasa Besar Sem Ini : Data Mining & Knowledge Discovery

Ha ha ha ha.

Wednesday 11 November 2009

Makcik Hang Suroh Hang Kahwin. Hang Nak Buat Apa?


Selalunya masalah makcik-makcik mengusik bila kita nak kahwin nih sangatlah memualkan.
Kawan-kawan selalu mengadu masalah ini kepada aku.
Relax la dulu.
Makcik dulu pun kahwin umor 30-an.

Tapi makcik tetap jugak mengusik rakan-rakan saya. Mentang-mentanglah kami dah umur 21 , asyek asyek tanya bila nak kahwin.

Selalunya di kenduri sepupu atau sepapat, makcik-makcik agen cari jodoh antarabangsa ini akan datang dan cakap 'youre next, youre next ' sambil senyum-senyum durjana..

Bagaimanakah caranya untuk mengelakkan makcik-makcik ini terus menge'PUSH' anda untuk berkahwin.
Tipsnya begini , jikalau anda pergi melawat saudara yang sudah meninggal, lepas baca fatihah semua tuh..
Then lepak lah dekat luar rumah.
Bila jumpa makcik-makcik tersebut cakap 'youre next, youre next ' .

Konfem makcik-makcik takkan mengganggu anda seumur hidup.


p/s: makcik saya semua baik-baik. Mereka tak penah cakap 'youre next, youre next' , mereka cakap 'yang nih ok tak?' sambil tunjuk awek awek random. I love my makcik semua!

Owh I Think It Must be A dream


Ini sudah ada. Sebijik.

Ini belum ada . Tunggu Kerja.
Ini pun tunggu kerja.

Hahaha. Cantek kan?? Ingat nk kumpui duit beli seketoi laaa...

Quote




'Tidak Dinamakan hati itu hati melainkan kerana ianya berubah-ubah'

Ustad Ismail Kamus

Monday 9 November 2009

Guitar Van Halen lah sangat sudah siap.

Dengan Menggunakan Masking Tape putih, gitar kapok eksperimental ini sudah menjadi guitar van halen secara tak rasminya. Muahahaha.







Poyo Sekali Sekala haha. Memandangkan tengah mengidam KFC aku main la lagu KFC sket haha

Saturday 7 November 2009

Sabtu Yang Bosan..

Hari sabtu ini sangat bosan.
Bangun tidur macam nak stadi tapi macam awal sangat.

Owh.. Projek gitar tak abes lagi. Gitar ini di bebeli zaman 1st year di utp.
Gitar ini memang untuk belasahan dan practise saja...
Beli RM 90.oo dulu..


Ahh.. Boring sungguh warna hitam . Boring Boring


Selepas activiti mengelas dengan kertas pasir cap ayam tiga ekoq.

Ini pon selepas di gilap/dilas/dibaraikan dengan kertas pasir cap ayam.

aku nak buat macam guitar nih. eddie van halen punya gitar
atau macam nih.. still eddie van hallen

Auww Red HOT chili paper.. hoT hOT mACAM mEGAn Fox. Merah kan?

Perhatikan masking tape yang digunakan untuk membuat stripe ala2 gitar eddie van halen Merah kn?

Di bahagian belakang juga ada stripe.. Merah ang!!

Ini gambar belakang telah siap. Awat jadi warna oren?????? AKu tak Puas hati laaa.
tadi merah pastu jadi oren. Nih cat cap ayam k???????????????????? WarrggHHHH


Nasib baik depan nih merah jugak sket.... Hancur nak jadi van halen. Jadi Eddie Van Bobo

Keseluruhan nya projek berjalan lancar tanpa sebarang gangguan dari pihak berkuasa dan JAIS.

Kos Projek adalah
1. 2 botol cat cap samurai merah
(oren la bodo kedai cat oi..bodo bodo bodo.. cat oren kata kaler merah) dan cat hitam.
RM 12.o0

2. Kertas Pasir Gred Kasar Dan Halus 3 keping.
RM 2.00

3.Salotape Tebal Dan Nipis.
Rm 3.oo

4. Roti Cheese Nan Set (Ayam Merah) untuk tenaga ketika menggosok kertas pasir
Rm.6.00

RM 23.00

Overhead:
Pedot Tolong salotape jugak.
Design Stripe turut disumbang oleh remi , pisang pedot dan
eddie van halen(dia email design hahaha)

Kesimpulanya Hari Sabtu tidak boring lagi kerana aku telah ada activiti. Sapa nak cat gitar kapok bolehlah cat sendiri kalau suka. Pastikan cat yang dibeli menghasilkan warna yang sama dengan kemahuan anda..(dem. dem.. dem.. nak pi tendang pokok nyok .. marah marah)..

Thursday 5 November 2009

Antologi Mapley (updated)

Berikut adalah koleksi kisah-kisah benar dan rekaan aku dan rakan-rakan di mapley
(Selalunya di Ameeth)

Customer = C
Aney = A

1.
C: Aney apa ada?
A: Macam-macam ada tosey ada roti ada rbtm ada nasi lemak ada suma ada.
C:Ok la kasi roti kosong dua.
A: Kuah kari k dal?
C: Dal
A: Dal habes.Kari mauka?

2.
A: Apa makan mapley?
C: Roti Telur satu.
A: Satu ka dua?
C:Satu laa apa mau makan sampai dua. Aney ini telur apa pakai ha?
A:Ayam punya telur la dey tambi, mau pakai tambi punya kaaa?
*kurang hajar tapi itulah realiti haha

3.
A:Apa makan?
C:Tamau makan.
A:Apa minum?
C: Tamau minum.
A: Dey tambi makan tamau, minum tamau apa mau? Duit tadaa kaa?
C: Kurang hajaq pnya aney.
*teman kawan tengok bola kot

4.
Ini cerita din dengan keane dengan mapley intern
diorang mainkan aney tersebot

A:Apa makan?
C:Kejap pikir.
A: Apa makan?
C: Aney santau telur ada ka?
A: (aney baru sampai malaysia tatau cakap bm) tanya bos aney , bla bla bla bla (in tamil) santau telur?
bos aney cakap(yilek)
A: Santau telur habes, lain apa mau?

5.
Aney baru sampai dari india. Dalam otak dia cuma ada milo ais, teh ais , teh o ais, dan macam-macam air lagi. So budak budak neh mengelirukan aney dengan order pelik2.
A: Apa makan?
C:Telur separuh masak satu
A:Separuh k satu?

6.
Aney tisu satu.
Aney datang bawak roti tisu.

7.
A: Apa minum?
C: Sirap Limau.
Aney datang bawak sirap lima gelas

8.
C: aney kira.
A:1,2,3,4,5,6,7,8,9,10 sampai beribu-ribu.

9.
Ini cerita hampa dengaq mesti rasa malu punya.
C: Aney, gaji berapa?
A:Satu ribu
C:Berapa kirim sama amma?
A: Lapan ratus.
*terkedu aku..

10.
a: apa mau?
c: bagi la apa2.aney masuk dlm sbentar dan keluar semula
a: apa2 habis...

11.
keane, kalo ko igt ko pernah mintak kopi o laici. aney keluar dan membawa kopi o dan laici. lalu ko menafikan order tersebut, dan aney membalas, "u sendiri letak la"

Secukup Manakah Cukup?

Situasi 1 - Seorang remaja tidak mempunyai kenderaan langsung di Kolejnya , maka beliau pun telah berjaya memujuk bapanya' mahukanya jadi seorang askar'.. eh ternyanyi pulak. Sambung memujuk bapanya untuk membeli sebuah motosikal. Lepas 2 tahun guna motosikal remaja tersebut rasa bosan sebab motosikal tak ada air-cond lalu dia pun membeli sebuah kelisa second-hand. Setelah menggunakan kelisa lebih kurang 3 tahun dia rasa boring pakai kereta , tambahan pula dia teringin moto besar, lalu dia pun ada moto besar, tiba-tiba dia boring lagi, teringin myvi katanya tapi kali ini hasratnya terbantut. Tiada uwang katanya. Tetapi beliau masih mengidam myvi.

Situasi 2 - Seorang handsome teringinkan awek, lalu beliau mengurat urat-uratnya untuk mendapatkan seorang awek.Handsome tersebut berjaya mendapat awek tersebut. Setelah 2 tahun handsome tersebut teringin untuk bercouple dengan awek lain pula yang dianggap beliau lebih cantik.(ini cerita kawan har har har)

Situasi 3 - Kuala Lumpur Jam teruk dan Hujan. Didalam kereta, pemandu sebuah kereta mewah sangat tension kerana beliau mahu cepat. Kata beliau'naik motor pon bagus, laju ja sampai' dan disebelah kereta beliau seorang mat rempit katanya ' huish dasyatnya punya pakcik, naik kereta maserati quatroporte v12, bestnya kalau naik kereta nih , tak kena hujan'

Situasi 4- Sebelum tidor , Sir Alex Ferguson selalu bercakap2 dengan diri sendiri, beliau cakap, kalaulah aku boley menang champions league tentu aku boleh hidup senang lenang, takyah risau2 lagi. Yet dah lepas menang champions league pon alex ferguson masih susah hati sebab takleh menang sekali lagi.




Kenapa kita tak puas? adakah kerana kita tamak? aku rasa kita bukan tamak. tapi kita mahu sentiasa maju kehadapan. hahahaha. tapi macam tamak la jugak kn?

Tapi biarlah berpada2 yaaaaa.




Kalau ikot KKA yang ajag econs. inilah law of diminishing marginal utility.
Tapi sikap tak berpuas hati nih mungkin datang dari kawasan bulatan merah nih. Maybe lepas makan roti canai dia sudah teringin makan roti telur pulak kn? haha masyuk2..

Monday 2 November 2009

Dilema Oh Dilema..



Pernahkah tuan-tuan dan puan-puan dilanda dilema?

Dilema ini bak kata orang melayu
'diluah mati emak, ditelan mati bapak'

atau

"Dijunjung merekah kepala, dipikul meruntuh bahu."

atau

ataupun juga disebut

'Tarik rambut dalam tepung, rambut tak putus tepung tak berselerak'
(apedaa pengotor letak rambut dalam tepung)

ataupun kalau diikot dalam blog keane , bunyinya ibarat 'roads not taken'.

Dilema selalunya time kita sedang menikmati hidup yang nikmat ataupun masyuk. Sebab time tuh la dilema sangat sedap masuk ke dalam pekerjaan-pekerjaan yang kita lakukan.

Lain orang orang lain dilemanya.
Dilema kanak-kanak, nak beli playstation atau basikal baru.
Dilema remaja bercinta, nak si a atau si b.
Dilema remaja lepas SPM , nak buat medic k engineering.
Dilema orang tua-tua, nak kawin lagi satu atau tidak.
Dilema budak UTP, Nak intern PET k company luaq.
Dilema kawan baik, nak ditegur ke tidak.
Dilema ibubapa , nak nasihat anak k tidak .
Dilema seorang lecturer , nak bagi markah tinggi k rendah
dan bermacam-macam dilema lagi di dalam dunia.

Dilema datang tidaklah kita minta kerana pada sesetengah kawan-kawan berpendapat dilema itu berat, lebih berat dari batu jemala seorang dr atau professor. Kerana dilema orang itu jadi runsing dan mungkin juga pening.

Dilema sebenarnya satu nikmat mungkin , kerana ada dilema maksudnya kita boleh buat pilihan. Tak begitu? Tapi selalunya dilema membuatkan kita jadi kita kelu dan diam seribu bahasa.

Mengapa aku bising-bising pasal dilema? Sebabnya banyak masalah yang aku dengar kebanyakkannya berkait dengan Dilema. Hendak ke KFC atau MCD juga boleh jadi satu dilema besar.

Bagi kawan-kawan yang lebih advance mengalahkan subjek advance database , dilema mereka lebih tinggi martabatnya. Mereka selalu berdilema mengenai masalah-masalah hidup yang tidak boleh disebot disini.kalau aku sebot abes la aku kena ikat kaki buang dalam tasik UTP hehe.

Tetapi bila difikirkan balik dilema kita hanyalah remeh dan temeh.

Kita berdilema hendak beli moto baru atau beli kereta baru tapi mungkin orang di palestin berdilema nak pergi sekolah k tak p? kalau p kena bom dan mati, kalau tak p tak dapat belajaq.

Kita berdilema susah nak buat pilihan antara masuk kelab drama dan teater atau kelab menari sedangkan dilema christiano ronaldo lebih teruk, nak masuk real madrid or stay dengan MU.
(Rafael benitez lebih teruk dilemanya, nak masuk tores tapi takot injured. Thats why kalah. har har har)

Kawan kita dilema untuk memilih gadis A atau gadis B sedangkan dia tidak tahu gadis A dan gadis B berdilema untuk memilihnya.

Aku berdilema untuk menyokong Alexander Pato ataupon Izaghi dalam memilih striker A.C Milan yang terbaik sedangkan rumate aku berdilema untuk terus menyokong liverpool atau tidak.

Kesimpulannya dilema memang susah untuk dielak dan susah juga untuk diabaikan kerana dilema bermaksud 'sila pilih kalau tak pilih hang akan mati' lebih kurang begitulah beratnya dilema.

Banyak juga orang yang berdilema berat contohnya seorang abang yang berkorban untuk kesenangan adik-adiknya (pastuh adik buat hal g clubbing mabok2 huhuh. Apa pnya adik daaa) atau bapa yang berkorban menggadaikan kehendaknya demi memenuhi hasrat anak-anak yang mengada-ngada macam tenuk mengandung.(Mintak-mintak bukan kita semua yaaa)

Jadi dilema itu akan jadi lebih baik jika kita bersangka baik terhadap dilema tersebut
(cakap senang boleh la bo oi!) Jadi berdoalah kita sentiasa mendapat panduan dalam menghadapi dilema hidup atau dilema-dilema yang lain


Kita sebagai orang islam kalau ada dilema yang berat2 especially about life dan kehidupan kita patut meminta pertolongan Allah dan terus bertawakkkal . Itulah kelebihan kita yang patut kita ketahui dan syukuri.


Enak lauk dikunyah-kunyah, enak kata diulang-ulang.


Owh sudah lama tidak menulis!

Sudah lama tidak menulis sebab sebok dengan duniawi.
Dah tiga minggu berturut-turut aku g KL.
Jumpa family la , anak sedara dan saudara-saudara ,juga saudari-saudari.

Tapi setiap minggu juga bz sebab exam dah dekat.
So lecturer pon last minute nak bagi test.
Sebenaqnya sikap last minute nih bermula dari atas.
Pelajar hanya mengikuti saja.(hahaha)

Sebelum itu ada terbaca pasal bidadari syurga dalam satu forum.
Ceritanya sungguh menyenangkan jiwa dan memberi motivasi hahaha.
silalah cari yaa!

Lastly banyak benda aku nk tulis nih tapi tengah peram bagi cukup-cukup masak dulu.

:)

Sunday 1 November 2009

:)

Hehe Takdak nak tulis apa pon.

Gembira Sket :)

Hahaha.