Friday 29 May 2009

Yang Lawak Tapi Sedih

Aku jumpa article ni di satu forum.
Rasa macam patut jugak post.
Tak sangka Ahmad Nisfu akhirnya hidup melarat.
Itulah pelakon dulu-dulu , berlakon bukan untuk populariti. Tabik!

[Re: Ahmad Nesfu
Post by sepatulapar on Mar 28, 2008, 3:50am

[image]

Saya pernah beberapa kali bersua dengan Allahyarham Ahmad Nisfu sewaktu saya tinggal diGeylang Serai.

Setelah tidak bermain wayang lagi, dia sering berada dikedai kopi dipersimpangan Joo Chiat, Geylang Road dan Changi Road. Kedai kopi itu juga dulunya tempat 'extras' Shaw dan Cathay berkumpul. Sering juga mereka diambil sebagai 'pak pacak' dengan gaji $5.00 ringgit sehari!

Selain meluangkan masa disitu, dia sering keseberang jalan untuk menikmati 'sop kambing' kegemarannya. Kedai mamak sop itu terletak dilorong masuk ke restoran Osman Ghani yang terkenal diGeylang Serai dengan 'kari ikan' dan 'dalca rusuk kambing'nya.

Ahmad Nisfu juga pernah menjadi imam diMasjid Onan Road (sudah tiada lagi - tapaknya diambil oleh Muslim Convert Association). Pernah satu kali, kami anak anak nakal, waktu sembahyang berimamkan Ahmad Nisfu, sedang dalam rukun, kami menyanyi perlahan lahan sesama sendiri "Pura Cendana! Pura Cendana!" sambil menggigil gigil menahan ketawa. Habis sembahyang, tak sempat cium tangannya, kami diperambat hingga keluar masjid! "Korang usik aku ya!!! setan!!!" Itulah pengalaman nakal saya bersama 'Raja Alam Syahbana, raja negeri Pura Cendana'.

Mungkin kerana keuzuran dia tidak lama menjadi imam disitu. Saperti sudah berputus asa, dia hidup berteduh dikubu Jepun di Jalan Labu tidak jauh dari Masjid Aminah di Jalan Nanas off Geylang Serai. Lama juga dia tinggal bersendirian disitu dibawah ikhsan orang kampung sekeliling. Tidak lama kemudian dia meninggal, setelah beberapa lama hidup sebatang kara dalam penuh kedaifan. Semoga Allah mencucuri rahmat keatas rohnya. Amin! al Fatihah!]

Dialog P.Ramlee lagi..


Aku baca sorang-sorang pun gelak terkekeh-kekeh haha..Lawak ar.. Bila la nak ada orang macam P.Ramlee lagi..
Dia Genius.
Al-Fatihah to P.Ramlee.

Seniman bujang lapok..


Ajis : "ye tak ye la din... rumah yang kau cakap dulu tu dah ada orang tinggal belum"
Sudin : "aaa...rumah yang mana tu"...
Ajis : "rumah yang kau cakap tu..."
Sudin : "aaa rumah yang itu ada kosong lagi..tapi kalau kita apply dapat lah.."
Ajis : "berapa bilik ada din.."
Sudin : "aaa bilik yang aku tengok ada dalam 3 biliklah yang kosong..."
Ajis : "tiga bilik.. bagus lah untuk kiter satu orang satu ya.." besar tak bilik tu din
Suidn : "aa besar tak berapa besar lah bilik tu jis..panjang dia tu 7 kaki kau tahu.. lebar dia tu
membawak ke 3 kaki.. dalam dia tu sama dengan panjang 7 kaki..."
Ajis : "besar jugak..bagus rumah tu yer...7 kaki panjang dia.. 3 kaki lebar dia..ada dalam lah
pulak ek..."
Ajis : "ITU KUBUR TEMPAT ENGKAU NAK MAMPUSS..BAHALOL..."

Dialog Yang Best..Labu-Labi


JOE LABI

Labu
tak larat encik.. saya.. saya lemah semangat encik…

Pak Aji
Bodoh.. habis jahanam harta aku… selalu kau menyusahkan aku… bila lagi kau ni tak menyusahkan aku..

Labu
bila.. saya jadi menantu encik..

Pak Aji
Apa ???

Labu
bila saya jadi bapak mertua encik…

Pak Aji
bodohhh… bodoh…

Labu
sapa ?

Pak Aji
kau la…

Labu
ya encik.. bapa saya bilang .. hari ni hari bodoh saya encik…

Pak Aji
patut laaa…

Tangan Kiri dan Rakan


Konsert Rock Kapak + Indie Pertama Di Malaysia
Tiga Puluh May Dua Ribu Sembilan
Stadium Negara

Tak lama lagi ad la plak indie kapak hahaha..

Thursday 28 May 2009

Ngada-Ngada Aku Amek Gambar Kat Ofis.


A'ah, Gila Glam..
A'ah, meja aku sepah..
A'ah,jaket yang sama..
A'ah, komputer bajet dua..

A'ah.. Da Besar sikit.. (adoi~)

Wednesday 27 May 2009

Scholar dan Simpanan.

Alhamdulillah ,Scholar Pet dah masok.
Jadi tepatlah mengikut sumber.

Ok.

Ikut buku Personal Finance yang aku beli sem lepas. Individu yang tak berkahwin sepatutnya boleh simpan 25% daripada income yang dia dapat.

Bagi yang ada awek aku rasa 20% hingga 15% pon Ok.

So kalau scholar RM500 maka yang single boleh simpan RM125.
Couple Boleh Simpan RM100 hingga RM85.

Kalau Boleh, bukak lagi satu akaun khas untuk simpanan dan jangan kacau duit dalam itu walaupun dugaan sebesar Gunung melanda hahaha..

Kali Pertama Blog Aku Mungkin Berfaedah hahaha

Tuesday 26 May 2009


"Namun ku masih gembira
, Bagi ku rahmat semuanya"

Monday 25 May 2009

Aku rembat dari Jiyah..

Soalan-Soalan Cool

What is your current obsession?
Ducati Monster
What is your weirdest obsession?

Lisa Surihani


What are you wearing today?
T-shirt rumah sukan derma
What’s for dinner today?
diet bohong!
Why is today special?
Aku makan teppanyaki
What would you like to learn to do?
Seterika baju,main saham & teknik menghilangkan diri dalam sekelip mata.
What’s the last thing you bought?
Minyak Engine Cap Shell
What are you listening to right now?
Alip main gitar tak sedap..
What is your favorite weather?
Hujan renyai-renyai dipagi sabtu yang gelap.
What is your most challenging goal right now?
Survive!
If you could have a house totally paid for, fully furnished anywhere in the world, where would you like it to be?
Makkah.
What would you like to have in your hands right now?
Cek Kosong yang boleh tulih berapa saja nilainya.
What would you like to get rid of?
Adipos-adipos
If you could go anywhere in the world for the next hour, where would you go?
Makkah kot.
Which language do you want to learn?
Arab.Itali.BI bagi terer kaw.. Jepun.. Perancis..
What do you look for in a friend?
Duit banyak ,pemurah & suka share makanan hahahaha

Who do you want to meet in person?
Lisa Surirumah..Surihani kot..
What’s your favorite type of music?

Rock dan Jazz..ahh tipu ahh jazz..boring kot.

What’s the favorite piece of clothing in your own closet?
Baju ragbi England 02
What is your dream job?
Berkerja di rumah dan pendapatan mengalahkan tauke kilang plastik.
Any favorite models?
Roy hahaha
If you had £100 now what would you spend it on?
Mp3 player
Favorite designer?
Pininfarina.
Do you admire anyone’s style?
James BoBo...James Bond laa
Describe your personal style?
Always On Time

Thanks jiyah haha.. Zahiah blogdrive.. P la baca blog dia.

BANG!! Kena Tembak.

KL

Malam-malam buat anak, malam-malam buang anak.
Pagi-pagi pergi berjoging,malam-malam kedarah mapley.
Siang kerja cari duit,malam minggu perabih duit.
Malam sejuk pakai selimut..siang sejuk bukak abeh semua.
Pagi-pagi jem-jem,malam-malam jem jugak.
malam-malam nasik lemak,pagi-pagi nasik lemak.
Malam-malam dataran merdeka,pagi-pagi pergi kerja.

Semua benda aku tak pernah buat kecuali pagi-pagi jogging malam-malam kedarah mapley dan pergi kerja..

Lagu metallica..Lagu amok..
Suka-suka,seronok-seronok..

Zzz Zzz Zzz

Bulan...

Aku baru buat neskepey...
Dekat rumah pacat...

Aku tengok bulan... Kalau lah kita hidup dibulan, apa yang berubah???

1. Bank Bumiputra dulu-dulu mesti kena jadi bank bulanputra kan? hmm
2. Kalau kita tengok kalender, kita mesti tengok haribulan kan? jadi kalau kita dok bulan kita mungkin tengok haribumi kn?
3. Kalau di bumi mati jadinya dikebumikan jadi kalau di bulan..Dikebulankan? hahaha
4. Bumiputra Rockers? Bulanputra Rockers???
5.Kalau kita raya tengok anak bulan jadi kalau kita dok bulan kita tengok anak ap?? anak bumi??
6. PAS nak bubuh lambang ap?
7.Persatuan Bulas Sabit Merah jadi persatuan bumi sabit merah??
8.password aku akan jadi.......Uish mana leh gtau.. Pasword aku kot..
9.Ambulan boleh jadi Ambumi? ap daa aku ngarot nih.. dah takdak idea la nih..
10. Burung pungguk rindukan bumi??

DAh dah.... Dah cukup sepuloh dah... Banyak kerja lain berfaedah boleh aku buat dari dok pikiaq benda ni.... aaaa satu lagi... bulan madu.. jadi bumi madu? encik-encik-puan-puan ada nak tambah?? komen j laaaaaaa............... Oh lisa surihani,cintailah roy.. Ishh apa nih tiba2...

Bang!!! Kena tembak.

Marang Perapu Kapunden Marang Sekeper

Sabtu malam ahad...

Aku,Figo,Roy,Minud,Poman dan Duih meluangkan masa memerapukan diri di kelab karaoke 5 bintang di Hotel Quality, Shah Alam.Ya suara aku iras-iras Once dari kumpulan Dewa sebab itu Lisa Surihani minat dekat aku.

Kami berkaraoke mengikut nafsu sempena meraikan tamatnya sesi Exam budak2 UTP. Figo yang bersuara ala-ala Hattan + Awie telah menyanyikan lagu-lagu hits bilik air V4CS2. Beliau menyanyikan lagu-lagu dengan baik sekali sehingga awek penjaga karaoke menyangkakan Awie telah datang ke Pusat Karaoke Tersebut.

Minud seperti biasa menyanyikan lagu-lagu yang hanya berkumandang di radio tiga johor seperti lagu Hijau Bumi Tuhan dan lain-lain lagi yang menggamit nostalgia mak bapak kita.Ringtone Alarm handset beliau juga mempunyai lagu-lagu tradisional seperti keroncong dan zapin yang confirm takkan dapat menggerak beliau ketika beliau tidur.

Poman menyanyikan lagu rock yang aku tak pernah dengaq dan tau kewujudanya. Aku taktau poman dengan lagu-lagu tu dari mana.Tapi poman dah nyanyi lagu seroja dari search dengan kadar yang hebat. Tarikan suara poman seolah-olah beliau telah dirasuk Amy search..

Duih, nyanyi lagu ebiet g ade.. dan beberapa bernada tinggi.. bolehlah... tapi takleh lawan aku hahaha...

Roy nyanyi lagu.. Ok.. Time roy baru nak nyanyi tiba-tiba blackout... Mungkin pusat karaoke lupa bayar bil letrik...

Kami nyanyi lagi seround... Aku nyanyi lagu Semalam Yang Hangat duet ngan figo... Sedap ahh.... Kalau aku buat album konfem boleh juai 10 keping.. satu figo beli, satu aku beli dan lebihnya dibeli oleh rakan-rakan lain atas dasar kesian kawan2.

Ok pastu duih nyanyi balik, then minud then poman..

Roy nyanyi lagu..ahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh blackout lagi... asai roy nyanyi mesti blackout... Roy dah rasa bersalah terhadap kawan-kawan..... Roy takot untuk menyanyi lagi.....

Takpa, kami nyanyi lagi seround.... Akhirnya roy telah memilih lagu dangdut nyanyian mas idayu untuk selamat... Kami menyanyi lagu tersebut beramai-ramai especially time part 'amboi-amboi sayang'...Jatuh standard penyanyi2 rock malam tersebut...

Kami balik rumah aku lepas tu.... Roy rasa puas sebab dapat nyanyi...

Friday 22 May 2009

Bunyi-Bunyi Blog Aku

Kadang-kadang blog aku bunyi sedeh dan ala-ala Chord A Minor.

Kadang-Kadang blog aku bunyi gembira macam Chord C

Kadang-Kadang blog aku takdak tempo posting ala muzik Jazz.

Kadang-Kadang blog aku serabai ala muzik Metal.

Tapi bila ada yang komen-komen blog aku ada unsur emo , jawapannya aku bukan seorang robot.


minud sebenar(kanan)

Perlu Motivasi....
V4CS2 support sket weh..
Kalau minud ada dah lama aku cerita kat dia.huhu

Thursday 21 May 2009

Re-Post Panduan Tak Seberapa Untuk Intern Di KLCC.


Ok . Ini adalah repost sebagai panduan bagi intern-intern UTP mencari tempat makan di KLCC (kalau dapat intern KLCClah)

Erm... bagi budak2 UTP yang nak intern kat KLCC aku list kedai makan yang patot dikunjungi mengikut waktu..

1. 1 - 10 hari selepas dapat gaji.
a. Tingkat Empat. Rasa Food Court
b. Tingkat Dua . Picnic.
c. Subways haha ikot ari laa..
d. Burger King..Emm.. no comment..

2. 11-21 hari selepas dapat gaji.
a. Bank Simpanan Nasional..Kdai Berhawa Panas tapi lauk byk..
b. Wisma Central.. Ada satu kedai kat hujung tuh, sirap ngan teh ais free kalo makan kat situ.
c. Avenue K.. tapi cam semak j ramai orang..
d. Public Bank Depan KlCC.. Jalah jauh gak tapi sep.. Musang makan nasik ngan ikan
keli RM 3.50
e. Bangunan Getah Asli depan KLCC gak.. Hahaha.. Razak Baginda keja situ dulu haha..
f. Cold Storage..Ad la nasik goreng ,nasik lemak, dan macam2 yang instant.. tapi rega dia
ok la...

3. 22-31 hari selepas gaji.
a.Tower 1 ..Tingkat 13,16,20 ngan 23 ad jual breakfast kat pantri dia.. ad nasik lemak , kotiaw goreng, mee dan macam lagi.. tapi kena cepat.. haha time2 nih beli makan tengah ari sekali la haha...Air?? Bancuh kat pantri sudey~

4. Kalau Scholar Masok Lambat...
a. P la mana2 tingkat , g bilik meeting then buat2 bz then ambek ar nasik dalam packing yang lebeh2 hahaha (sumpah aku tak penah buat) ad orang cerita dia buat hahahaha..
b.Maggi 3 in 1.Air panas disediakan.

Kalau nak mencari rumah sewa, carilah area wangsa maju atau setiawangsa.Kalau dapat Kampung Baru pun ok. Kalau nak saving lagi duduk dekat setinggan.Kalau kedekut sangat kaw-kaw.Duduk aj bawah jambatan sungai kelang.

Parking Moto bawah KLCC sari RM 2.00 . Kalau bawak kereta dan nak parking kat parking KLCC make sure bapak anda adalah tokey balak. Kawan aku parking 4 jam pn RM15 apatah lagi kalau kerja 9jam sehari.
Tapi..kalau hujung minggu boleh parking dekat bangunan getah asli depan klcc. RM 3.50 saja.

Itu saja.Kalau nak tanya apa2 shout ja.

Dalih Anip terhadap aktiviti beliau di masa Silam


Dalih seorang Anip.
Anip memang pandai berdolak dalik, dia selalu membuat muka innocent dihadapan ibu bapa rakan-rakan yang percaya bahawa anip adalah seorang yang suci murni hatinya.
Terpulang kepada pembaca untuk percaya atau tidak.
KLIK DISINI UNTUK JAWAPAN ANIP TERHADAP POSTING SEBELUM INI


Seorang saksi Ameen Mansuur(bukan nama sebenar) menceritakan:
Saya naik moto dengan anip,anip bawa moto kami jatuh sama-sama.Tapi anip cakap kepada ibubanya bahawa saya menjatuhkan moto, pada petang itu saya pergi rumah anip dan bapanya bertanya "kenapa amin nampak sehat,anip cakap amin bawak moto dan terjatuh".Sekali lagi saya dan anip kantoi.


Happy BirthDay Ustad


Selamat Hari Lahir ,Ustad a.k.a
mohd zahidi amin bin hamzah.
...
Semoga Panjang Umor, Sihat Walafiat,Murah Rezeki .Hensem Selalu.




Kami penduduk v4cs2 mengucapkan selamat hari lahir kepada anda. kini anda sudah

boleh berkira kira ntuk mendirikan rumah tangga. ya, kami tahu anda sudah

mempunyai buah hati. maka jgn dilambat2kan pembinaan masjid itu. apa2 pn

semoga anda pjg umo murah rezki sehat selalu hendaknya.

REMY sila bagi jawapan

Remi sila jawab untuk posting ini.
Ia melibatkan masa depan anda sebagai warga dengkil.

KLIK DISINI untuk baca posting yang mencabar warga dengkil.

Sedikit Tentang Seorang Anip


Sedikit Tentang Seorang ANIP

1. Apabila Anip cuba keluar malam dari rumah beliau melebihi pukul 1900. Emaknya secara automatis akan berkata 'NO' . Anip kemudian akan menggunakan ayat power beliau
'nak p rumah bobo stadi ramai-ramai' walhal beliau akan terus ke cyber cafe untuk main counter strike. Peristiwa ini berakhir apabila emak beliau call bobo dan bertanya 'anip ada situ'? lantas dijawab 'saya dekat kedai makan ni makcik, anip dah lama tak mai'.

2. Sewaktu darjah satu beliau datang ke majlis hari jadi bobo dan report
mak bobo ,bobo pinjam dia 50sen/5kupang.


3. Dulu mempunyai scooter berekzos ala-ala Che Lat Naga dan bunyi seperti Ducati 1098.


4. Hidung beliau sudah tidak asli lagi.

5. Dahulu beliau adalah Ketua Geng Anti-Bunga,beliau juga bertanggungjawab membubarkan geng ini dengan ada awek.


6. Anak murid kesayangan Cikgu N. Cikgu N sayang beliau.

Banyak lagi fakta-fakta beliau yang akan didedahkan. Ini sekadar tip of the iceberg sahaja.

Mat Anip Memutar Belit Fakta Tentang Aku.

Mat Anip ialah rakan sekolah rendah dan sekolah menengah.
Beliau terkenal dengan posting-posting setaraf dengan Raja Petra Kamarudin.

Posting beliau mengenai aku : Klik Disini

Jadi aku akan counter balik posting dia di masa akan datang.

Sunday 17 May 2009

Selamat Maju Jaya.. Best of Luck..BELATED


.. Bagi kawan2 aku kat UTP la.. Kepada Semua budak-budak UTP terutamanya Jan06 aku ucapkan Best Of Luck and Selamat Maju Jaya.. Yang rambut panjung sila kerat rambut anda supaya tak kena saman.. Pastikan Anda memakai topi keledar ketika perjalanan ke dewan exam.. Terutamanya f*go , kunci pintu bilik dengan mangga cap "yale" sebutan 'ya ley ya ley' macam roy..

GOodLuck Dekat Ex-Housemate aku:
Roygesen(yang lain tak berani tulih takut roy marah) ,Duihaero,figoTOUGHawiehattanKLjanggus,Cencipol,MinudExrumateyangbaek,
ApanPES,
AlipKuraudo,Ustad Tough tapi kurang sikit dari figo, & atitSawadikap

POman juga maden juga dobi juga matzam juga...ABal Juga. Aku doa hampa semua dapat elok dan tak kena CM.AMIN~


Saturday 16 May 2009

Pedih...

Aku terkulai..
Menahan pedih yang tak dapat kutanggung...
Aku cuai..
Aku membuat sesuatu tanpa memikirkan akibat..
Mengalir air mata setitis dua....
Pedih... Pedih.... Pedih....

Jangan risau..ini bukan posting jiwang aku..
Mulut aku ada tiga ulcer...Time aku gosok gigi biasanya aku kumur Listerine dulu.. Tapi hari ini aku terus j kumuq listerine disamping lupa aku ada ulser.. Pedih gila rasa... Adoi! (listerine warna coklat..original flavour)


Fakta Tentang Aku (Kali Ini Aku gila glam..aku pnya blog aku pnya suka laa :P )

aku tengah kira duit raya


Ini ialah fakta2 benar tentang aku.

  • Bobo ialah nama sebelum anwar..bobo tuh nama unofficial sebelum dapat nama anwar.
  • Aku boleh berenang, main gitar ,menyanyi tetapi sukar untuk makan sayur.
  • Aku ialah anak emak..Orang cakap aku anak emak.. ya laa...takkan anak kambing kot...
  • Bila gembira aku akan gelak sorang-sorang hahaha... bila sedih makan laa huwa huwa huwa.
  • Otak aku confirm lebih besar dari otak burung unta.
  • Aku tak reti seterika baju! Minud dah menyampah ajaq aku..
  • Presiden America ,Barack Obama tak kenai aku.
  • Setakat post ini ditulis , aku tak penah buat blog guna laptop sendirik.. Laptop Amin, Laptop didi,komputer office dan desktop piduih j aku penah guna.
  • Aku tak boleh terbang.
  • aku pernah ada...... jeng jeng jeng saspen!
  • Kalau aku bawak kereta aku jadi pemandu sopan, kalau aku bawak moto..macam tuuut..
  • Lisa Surihani selalu makan nasi goreng.
  • Kalau nak bohong aku , make sure benda yang ni dibohongi tak penah aku dengaq...Kalau tak aku bohong balik.
  • 1/3 hidup aku untuk tido.

Itulah2 fakta penting .. Nanti aku buat kuiz.. Huwa Huwa Huwa.Aku pn mengarot Juga!

Saya Bukan Anwar Ibrahim

emo plak dia neh!
Ini Bukan Rekaan ,Ini Benar-Benar Benar!

TuuuT TuuuT (phone ringing)
me : Hello
stranger: May I speak to Mr. Anwar?
me : speaking

stranger: i'm stranger from egypt, may i know happen with my shipment bla.. bla..
me :erm... im just a trainee here.. to whom you want to speak..?

stranger: i want to speak to mr.anuar the manager..
me : oo mr anuar ibrahim (accidentally the name is same with anwar ibrahim)
stranger:hahaha and who is speaking here? dr. mahathir mohamad?
me : no, i'm anwar..we had a same name..
stranger: ok.. give me the manager name and his phone number..
me : ok his name is anuar ibrahim and his..
stranger: dont play2 i got no time for your jokes!!!

me : his real name is anuar ibrahim!!!! i dont play2!!!!!
stranger : is it for real?
me : yes.. take this number and call him..

stranger: i'm sorry, i dont mean to play2 u..
me : ok.. sorry too..

stranger:ok send my regards to dr.mahathir hahaha..
me : ish hang ni!, sorry ,may i know ur name?
stranger : mr jamal usama

me :hahahahaha .. dont bomb me.
stranger : (mencarut dalam arab kot) ok bye.
me : bye





3 Huruf


Why?
Why?There must be reason,Why?


Why?
You cant..

Why?
They can..

Why?
Things happen..

Why?
You ask?

Why?
Why..Why..Why

Why?
They use the word why?

I Wish I Could But I Know I Could Not.

ZzZ ZzZ



Selamat Hari Guru

SelaMat Hari Guru, Cikgu-Cikgu Di SMK DERMA ,
SRK Seri Indra dan sEluruh MalaYsia.

"moga-moga didikan anda menjadi benteng dalam menghadapi kesesatan dunia"

HappY Mothers Day & Teachers Day To Mak Saya Also!


Thursday 14 May 2009

Malam Yang Pelik

Balik dari office...
Lepas maghrib terus tidoq..
Pukul 12.00 tengah malam aku terjaga ,tido balik..
Pukul 2 aku terjaga , tido balik..
Pukul 3 aku terjaga dengan rasa sedeh sket..
aku bukak radio
dengaq lagu neh..

Monoloque
jika ku seorang robot
nombor-nombor darahku
jasadku import export
besi logam dagingku

sinar matahari solar
nyawa kutenaga letrik
otakku macam peluru
bernafas pun tak perlu

meneliti lebuhraya
mengawal si pasaraya
mata-mata dari angkasa

jika ku seorang robot
tak perlu ada komplot
kawan-kawan semua robot
25 jam sehari8 hari seminggu..

Susahla kalau tiap2 hari macam ni.. Tido pun x lena daa..
Zzz Zzz Zzz....


Monday 11 May 2009

2 benda Penting

sket2 bunyi.. lempang satgi!!

Minggu ini ada dua peristiwa penting terjadi.


1. Aku p melaka bercuti ngan kawan2 secourse.. jumlah lbey kurang 29 orang @ 9 bijik kereta.

Cuti2 kaw2 pnya abes la gak RM100 tapi ok laa..

2 ari 1 malam ++ pakatan sulit dikalangan intern..


tapi kesian pedot,kereta dia rosak di melaka(muahahaha), musang(balik UTP), Lana (sakit perot), dan berbagai2 peristiwa2 dongeng dahulukala.


2. Abang aku dapat anak. anak laki. anak sedara aku nombor dua. Nama?? emm.. nama?? zhafran.. erm.. macam apan kn? a ah memang macam apan dan minud (exrumate) aku gelak besar bila denga nama apan... aku pk aku akan start panggey dia apan..


peristiwa tambahan : tali pinggang dalam posting sebelum nih memang ada masalah!! aku kalau lalu dekat metal detector kat klcc tuh msti akan bunyi.. akak polis tuh akan bawak metal detector dia scan baju kaki.. dan tengah pinggang aku then scanner akan bunyi dengan nada memalukan... 3 kali sehari benda nih jadi.. time masok keja.. time rehat and time aku ad urusan luaq merah muka aku.. talipinggang buat hal!! minud cepat kirim sapa2 yang datang kl talipinggang aku yang mahai tuh! :P


Monday 4 May 2009

Blog Dari Office!

Lompat Lagi Lompat Sebelum Kena Kaki Mat Anas



Haha.. Kat ofis ni.. Baru abeh meeting.. Makin nak abeh intern makin banyak projek.. Rupanya baru aku tau. Macam dekat U jugak...Makin nak abes sem makin banyak kerja... Pagi tadi aku nk p office... Cari la seluaq favourite aku nk p office ngan tali pinggang aku yang mahai tu ..salvatore ferrogamo (orang bagi ,tadak duit beli sendiri haha) ... Aku cari pnya cari, baru aku teringat.....

TERTINGGAL DEKAT UTP..Tali pinggang ap aku nak pakai? semua tali pinggang dalam stok aku suma kepala ntahapa2 besaq2 talipinggang mask rider suma..


Last2 aku rembat ja tali pinggang kadet zaman sekolah2 dulu...Warna Biru.. Jenih takdak lubang tuh.. yang RM 5.00 kat pasar malam tu.
Tapi malu la nk pakai kn? nk buat macam mana? ok arini aku pakai jacket kesayangan aku seharian... so orang tak nampak tali pinggang aku..

Masuk office pagi2... Bos tanya

"NGKO DEMAM PAKAI JACKET NIH?" ... "A'ah bos" ... "OK"..


Saturday 2 May 2009

"Elephant Stone,Laksa,Stesyen,Tasik Dan UTP "


Petang 2 may 2009 , aku ajak poman and the gang.. elephant stone jom.. amek gambaq kaw2 sket..

Poman kata ok.. no hal.. Ustad mesti la kena ajak sebab dia kamera...
Figo always on , minud liat, cepol lewat sebab masalah 'teknikal', abal lupa matrik kard , mat anas dah tepacak awai2..

Kami makan dulu dekat warung ke kdai? ustad ngan poman pnya port.. air nyog,laksa , mi rebus.....Time nak bayaq ustad kata "takpa, aku bayaq"...ermmm... heaven..

Pi jalan2 ..sambil ambek gambaq.....
Lama sungguh tak pi area elephant stone nih, byk kemajuan... stesyen ktm da siap... tak silap aku start buat time aku masuk UTP taun 2006...
Syok!!
Cacat Cacat Lompat Lompat
Nak Ambik gambaq kami k bunga?????

Mat anas dengan gaya yoga mistik..


Me



Tunggu tren yang tak kunjung tiba...muahaha .. stesten da cantek la ni..


"Elephant Stone,Laksa,Stesyen,Tasik Dan UTP 2"

Lagi posing ala-ala cover album ..Watch out figo "wings"
"Kami semua dari posing sambil digelak orang kampung yang lalu lalang"

Another cover album in the making.... Hahaha..Kenapa poman asyik kena lindung mat anas??


Aksi riang ria sambil sekali lagi poman kena lindung ngan mat anas...cepol (kuning) stay cool.. figo masih lagi wings...



Kelisa and Satria ,Poman gaya ketua kumpulan....Kemek kelisa aku depa duduk ramai2 haha





"Elephant Stone,Laksa,Stesyen,Tasik Dan UTP 3"

Me and Minud
Posing ala-ala macho

Minud yang macho ,poman ,akbal yang gelak kaw2 dan figo,mat anas dan cipol~

Laksa ,Mi Rebus Kuah Pekat Liow dan ustad belanja.



Me and Poman bincang masalah negara dan sedang menasihati figo.





Friday 1 May 2009

Koleksi Nasehat Kawan Kawan

"Sabarlah...dugaan made in malaysia memang perit..."

"Relax la .."

"Apa pening-pening , jom p makan"

"Jom pi karaoke,konfem enjoy"

"Tido je macam aku,lepas bangun tido rasa fresh... Kalo tak fresh tido lagi.."

"Sabaq sat, tak lama dah tu.."

"Hang dok gelut sangat nih awat"

"Kalau tutup kedai, tutup sampai habis"

"Nanti kira lain , buat ni dulu"


Thanks for the nasehat-nasehat anda~

"Sausage Kita , Bakarlah Bersama"


Pada suatu malam di malam hari pekerja yakni 1 mei , aku telah mengambil keputusan drastik dan penuh dengan semangat untuk balik UTP, kerana sudah puas dihamun sebagai "tiap-tiap minggu cakap nak datang,sembang je..blahla bo" oleh siminud(ex-rumate)..

Aku bawaklah kereta Kelisa Convert BM aku bersama musang.. Balik kerja terus bertolak... Jalan jem tahap "dewa"..sepanjang jalan aku bawak 60km/h ja atas highway... dalam koi 12 aku sampai.. Aku masok umah aku lama...Kosong ja...

Aku ingat abes la budak2 nih P karaoke batu gajah dah pukol 0030 ni, tak balik lagi ka... aku call siminud.. dia cakap.. datang tasek.. ok..

Dari jauh aku nampak ramai manusia LELAKI SAHAJA dekat tepi tasik..tapi ini bukan pesta bukan bukan.. rupa-rupanya.. Owh rupanya ada pesta bakar sausage..Budak2 laki Jan06 saja. Sikap perihatin ,lapar dan tidak mahu menolak rezeki pelajar-pelajar lelaki Jan 06 telah berjaya menyebabkan satu pesta sausage malam minggu telah berjaya diadakan dengan jayanya..

Bestla aku.. jumpa suma sekaligus..tapi tak sempat salam suma.. terima kasih la sbb mkan kenyang.. bahagian aku kena bayaq minta figo..
Baguih la.. ramai bekerjasama,makanbersama,kenyangbersama, balik pn sama2. Pesta ni dibuat sempena depa nk p intern..Intern beramai2,intern berasingan selama lebey kurang lapan bulan...
Tahniah La Ramai! Langkah kanan la dapat jumpa semua..
Peminat setia sausage cucuk.
Pembakar sausage yang setia dan rajin rajin belaka

Sausage terbanyak, terpanjang di malaysia...



Cuba teka sapa baju putih tu? Chef tuh!


Cucuk lagi cucuk yarh!
GAMBAQ CREDIT TU USTAD,MENGGUNAKAN KAMERA NIKON D60 BELIAU YANG CANGGIH DAH MAHAL.


"Sausage Kita,Bakarlah Bersama 2"

yA lagi.. gambar lagi.... ada lagi sausage lebih ni.. jom makan ngan nasik pulak..
Lepas kenyang2 kita posing di samping satria sport

Sapa kenyang angkat tangan!!

Bahagia la tengok macamni haha..



Makan2 yang menjadi.. simple, menarik dan berjaya... poman ada maden ada dobi ada ramai ada ..



taklarat makan dah oit.. kenyang2..