Saturday 29 May 2010

Ha Ha Ha

Aku jumpa benda nih time tengah cari soalan interview. Saja la tengok-tengok soalan-soalan apa yang orang tanya time interview. Kata nak start cari kerja. Hahaha. Tapi merapu kaw-kaw cert betoi la soalan nih. Tapi its quite tricky jugak :P

Story One

Employer: Do you have a boyfriend?
Candidate: I have.
Employer: Is he working locally?
Candidate: No. He is working Overseas.
Employer: Sorry, my company cannot employ you!
Candidate: Why?
Employer: You will not be able to settle down here permanently. And my company doesn?t want to pay extra expenses on the overseas calls just because of you.

Story II

Employer: Any girl friends?
Candidate: No.
Employer: So far chased any before?
Candidate: Have, but not successful.
Employer: Ever think of getting a job first then start looking for a girlfriend?
Candidate: Career is first priority. Currently didn't want to consider this personal issue.
Employer: Sorry, my company cannot employ you.
Candidate: Why?
Employer: You are lacking of public relation skills and confidence!!

Story III

Employer: Any girlfriends?
Candidate: Yes.
Employer: Is she pretty?
Candidate: Not quite.
Employer: Sorry, my company cannot employ you.
Candidate: Why? Will this affect your company's reputation?
Employer: No, it does not affect the company's reputation but because my company is dealing with arts, our company requested an artist.

Story IV

Employer: Any girlfriends?
Candidate: Yes.
Employer: Is she pretty?
Candidate: yes
Employer: Is she your first lover?
Candidate: Yes.
Employer: Sorry, we can't employ you because you lack of fighting spirit.

Story V

Employer: Any girlfriends?
Candidate: Yes.
Employer: Is she your first lover?
Candidate: No. Have a few already.
Employer: Sorry, my company cannot employ you because you are a "grasshopper"! (Job hoper!)

Story VI

Employer: Any boyfriends?
Candidate: Yes.
Employer: Is he rich?
Candidate: No.
Employer: Then sorry, my company cannot employ you because our Company is dealing with money and you will seduce.

Story VII

Employer: Any boyfriends?
Candidate: Yes.
Employer: Is he rich?
Candidate: Yes, very rich. He owns a company.
Employer: Sorry, we cannot employ you because your boyfriend don't even want to employ you, neither do we!
Candidate: But, there is no position in his company.
Employer: Then, what is your qualification?
Candidate: Secretary!
Employer: Sorry, we still cannot employ you because your prettiness will affect your managers' working spirits.
Candidate: But, I am not pretty at all.
Employer: It is even worse because my managers will not be interested in you!!


Monday 24 May 2010

Kepada warga UTP.



Assalamualaikum dan Selamat sejahtera,

Secara tak rasminya , aku dah habis belajar di UTP. Paper last aku 21 may haritu. Maka secara tak rasminya aku dah boleh dikatakan tamat pengajian di sini. Banyak tujuan aku menulis kali ini. Dan aku rasa aku patut menulis benda nih. Walaupun agak formal dan aku baca balik muka aku jadi merah.

Eloklah kalau aku mulakan dengan ucapan terima kasih kepada semua rakan-rakan yang pernah menolong aku secara langsung dan tak langsung sepanjang kehidupan aku di sini.
Insya Allah , aku ingat semua jasa baik dan budi kawan-kawan tak kira lah lelaki atau perempuan. Kepada budak-budak IT/IS yang selalu tolong aku masa buat programming dan semua benda-benda yang aku tak mampu buat , aku ucapkan terima kasih sangat-sangat.

Keduanya aku nak minta maaf kepada sesiapa yang aku pernah sakitkan hati dia dengan ucapan-ucapan ,maki-makian , perli-perlian , ayam-ayaman dan bermacam-macam method lagi. Aku minta maaf. Yang pernah terasa atau masih terasa aku , aku minta maaf. Kalau ada aku main futsal kasar , tertackle , dan macam-macam lagi pon harap dapat dimaafkan.

Aku pun maafkan segala benda yang tak best pernah jadi dekat aku sepanjang aku stadi kat sini.

Segala makan minum termasuk aktiviti , rasa sikit , pow sikit ,cubit sikit , tengok sikit , test , ujian kesedapan dan ujian keracunan yang pernah aku buat semasa kita makan harap dapat dihalalkan.Kalaulah ada aku pinjam duit tapi tak settle lagi boleh lah bagitau aku. (yang takdak jangan dok mereka-mereka haha). Harap segala yang dimakan dan diminum itu diredhakan oleh kawan-kawan yang baik lagi berperkerti mulia.heheh.

Diharap boleh berjumpa lagi masa hadapan dengan keadaan yang lebih elok dari sekarang.
Boleh la add facebook (alamat gtalk tambah at gmail.com) aku atau gtalk (anwar.bobo) kalau nak add la.

Semoga semua berjaya dan dirahmati Allah.

Assalamualaikum. Jumpa lagi nanti!

Thursday 13 May 2010

Bobo Test Drive Satria Neo CPS abang.



Dah lama tak tulis entri berbaur permotoran dan pengkeretaan ini . Sebabnya aku takdak kereta yang berpeluang aku nak test. Kalau aku tulis pasal kereta yang dah di testdrive , sudah pasti aku dah test drive kereta tuh sendiri.

So , Encik Abang saya membeli NEO CPS setelah 2 purnama berkira-kira dan memujuk isteri beliau . Ini kerana , persepsi masyarakat terhadap kereta coupe susah sangat nk diubah. Orang tua-tua dengaq kereta dua pintu , terus depa ban. Sempit katanya.

Asalnya , Encik Abang sudah tak tahan membawa Savvy beliau. Ini kerana Savvy tersebut suka membuat masalah-masalah yang disebut dalam entri yang lalu. Oleh kerna itu , beliau mempunyai alasan yang kuat untuk membeli sebuah kereta baru.

Ok. Finished about how Encik Abang membeli kereta tersebut. Lets ride.

Haritu , kami berlima naik kereta tersebut untuk ditest.
Aku , encik abang , roy ,ustad ,dan anak menakan aku berusia setahun.

Ustad dan Roy duduk belakang . Mereka agak terkejut , depa ingat sempit. Ustad terus berkata "aku sanggup naik dari Teluk Intan pi Johor dok belakang" dan Roy "Aku sanggup balik Jitra dok belakang". Makanya aku assume yang tempat duduk belakang memang nampak sempit tapi bila dah duduk , tak sempit pon. Waktu tu , seat aku dah kebelakang sikit. Jadi ok aku rasa.
Sempit factor tidaklah begitu ketara.

Then kami tengok Dashboard kereta. Takdak apa yang menarik. Stereng nampak main-main sikit. Nampak macam guna ja apa yang ada untuk buat stereng. Spoil sket. Tempat letak barang di balik penumpang depan kecik kaw-kaw. Ruang nya sebesar air mineral 1.5liter yang dibaringkan X 2. Abang aku kata , kereta nih bukan nak bawak barang.Ya la tapi kalau kecik sangat baik naik unta aku rasa.

Dashboard nampak okay susunanya. Cantek. Tapi material dia tak best. Ada lebihan-lebihan plastik yang tak siap dibuang dari acuan dia.Meter dia pon warna biasa-biasa ja. Dekat button aircond takdak lampu. So meraba jugak la kalau malam-malam nak cari suis. Jangan raba benda lain sudah laaa.Tapi semua itu aku rasa okay. Nak expect lebeh2 pon tak boleh , nak perfect bayaq la mahai sket kan??

Then seating. Seating agak sporty sikit. Steering punya position memang fit dengan posture badan orang melayu kita nih laaa.Takla jenuh mencari time nk pijak paddle minyak ngan klac.
Untuk long distance driving pon ok. Kalau lenguh agak-agak , bawak ja bantai kabu letak belakang time drive settle. Takyah terok-terok recaro la sparco la ss cus la.

Gear dia tak keras macam Gen 2. tak lembut macam kelisa. Kiranya kalau orang pempoan bawak rasa cam janggal sikit laa. tapi orang laki should be no problem melainkan hang penuh dengan sifat lemah lembut.

Aku try gear 1 sampai 4500 RPM. Waktu dekat 3800RPM dia macam ada tenaga datang tiba-tiba ,ntah-ntah jin x? rasa macam ada benda menolak kereta tu secara tiba-tiba. Maybe karekter kereta tuh.Tekan sikit lagi abang aku dah muka belain. Terus aku masok gear 2.

Gear 2 pon takdak masalah sampai 5. Tapi dekat gear 4 tuh macam ada skali lagi dia tersedak-sedak. Ntah , memang style tuh kot. Tapi kami naik 5 orang and still got the power. So aku rasa kereta nih memang extraordinary sket power dia. Rasanya macam hang naik kelisa auto dengan kelisa manual. Macam tuh la rasa beza power kereta nih dengan kereta seanteronya.

Cornering??? Sembang mambang tune by lotus memang ada buktinya. Kereta nih rasa menjilat jalan. Nasib ada anak sedara aku ja dalam tuh, kalau dak memang aku lipat kaw kaw set (roy).

Standard Speed Orang Malaysia 120km/j. Kereta nih tak bergegaq , tak dengaq bunyi angin. Radio bukak volume 10 dengaq masih jelas. Siap dengaq hi-hat drum cing cing lagi. Cuma aku tak bekenan tiang bumbung depan belah driver. besaq sket. kadang-kadang juling mata aku tengok

Value for money? RM57,000 memang berbaloi. Macam kita beli kasut beli baju yang murah tapi branded. Ntah betoi ka dak aku cakap macam tuh. Tapi belakang kereta nih tonggek sket. Sapa jenih suka benda tonggek2 nih memang suka la. Tpi aku tak bekenan. Rupa kereta nih elok sangat. Elok beno. Elok kaw set.

Proton nih boleh lawan kia dan hyundai dah tapi cuma kena perelok bahagian benda2 kecik macam interior , quality plastik ,yang simple2 ja. Tapi tu la kan , dok cerita benda sama dari dulu pon jadi jugak la.

Conclupulannya , memang kereta nih berbaloi dengan duit. Orang bujang, aku rasa cukup elok. Aku pon dah terpikiaq compare benda nih dengan myvi dari segi harga. Maybe nanti leh aku try compare dengan swift sport.

BELI JANGAN TAK BELI!

Rupanya elok ,rupanya elok cantik sekali.


Seat boleh la , dashboard ngan stereng agak mengecewakan sikit.Material kena up sikit la. Proton oi , kalau penaik harga takat seribu ringgit aku rasa material dalam tuh dah bleh jadi elok sikit. Dengaq laaa dengaq laaa rakyat marhaen dok komen nih.


Powernya melimpah sekitar 5500 RPM to 6500 RPM . Tapi kan , kalau takat nak p kerja takkan sampai 7000RPM. Ordinary driver takkan rasa apa-apa kesan. Makcik kiah yang pinjam kereta anak p market memang confirm tak rasa apa-apa. Pak Man yang beli untuk p kerja juga takkan rasa apa-apa.


Enjin CPS. Banyak juga bezanya banding ngan campro. Bunyi engine sedap. Solid. Ibarat derapan tapak kaki askar masa kawad merdeka. Macam tu kot?haha


p.s : Sapa ada kereta nak dimasukkan dalam test drive leh leh la bagi aku test. Korean Car? em... tamau.Japanese ok.

Saturday 8 May 2010

Menongkah Arus

Semua orang ada benda yang teringin nak dibuat atau dicuba. Telahlah kita buang benda-benda yang tak baik dari list benda-benda yang kita ingin cuba. Benda yang ingin dicuba disini maksudnya benda-benda yang secara generalnya baik.

Contoh benda yang tak baik macam "saya mahu cuba ganja" and off courselah ia tak baik. Manakala benda yang generalnya baik tapi mungkin tak diterima ialah "saya mahu buat BASE jumping dari KL tower" . Benda tak salah tapi mungkin masyarakat takleh nak terima kan?

Banyak kali dalam hidup kita , benda-benda macam nih mengganggu kehidupan kita. Kadang-kadang kita nak buat satu benda tapi ramai sangat cakap jangan buat sebab tak baik. Contoh macam kita nak beli kereta.

Say that you wanted to buy proton , then akan ada orang cakap "janganlah beli proton, cepat rosak and so on so on" . Yes kita appreciate opinion orang tapi kadang-kadang yang bercakap jangan beli and semua2 benda tuh , diorang cakap base on dengaq-dengaq cerita orang. Bukan pengalaman sendiri .

Kena lah pulak dengan budaya kita ,"Kalau tiada angin masakan pokok bergoyang." . Benda nih dah jadi budaya ,bukan sekadar kata-kata. Macam lesen untuk bersangka buruk. Habeh kita pon percaya laa dengaq cerita orang tanpa siasat betoi ka dak.

Kalau pikir-pikir balik , dalam hidup nih berapa banyak keputusan yang kita buat sebab dengaq cakap orang? Kena pulak orang yang jenis cakap membuat fakta sendiri. Jadi keputusan hang base on fakta yang dibuat sendiri oleh orang lain. Kan rugi tu?

Admit it yang kita kadang-kadang pakai baju warna apa and style apa pon sebab kita ingat orang anggap itu cantik. Aku pon kadang-kadang beli baju sebab orang cakap cantik ,padahal aku rasa biasa jaaa.

Macam juga awek yang bagi kita cun , tapi kawan-kawan cakap tak cun. Then its your taste lah , hold on to it. Jangan lah ubah apa yang kita rasa sebab orang. Hitam di mata orang mungkin kelabu di mata kita.

Samalah dengan cita-cita atau impian hang. Janganlah buat impian mengarot-mengarot seperti ingin CEO pada umoq 23tahun , atau pakai BMW 7 series base on gaji seorang exec , Mendaki gunung everest padahal nak naik tingkat lima pon susah dan macam-macam lagi (ini pun munkin tak mengarot tpi susah sikit).

Tak salah kalau ada impian yang realistik atau S.M.A.R.T bak kata lecturer kelas2 management. Contohnya , nak bukak Stesyen Minyak , Bukak Cafe , Jadi Kontraktor kontrak juta-juta , bukak ladang kambing ,kerbau ,lembu dan sebagainya , menjadi pekerja terbaik atau lain-lain lagi. Dan on the way kita menuju impian-impian tersebot mesti kita akan dengaq
"eh aku rasa baik jangan buat sebab tak terjamin" or "susah la nak jadi macam di plan" dan macam-macam lagi. Aku rasa la kan , takdak benda yang terjamin berjaya atau gagal. Tengok rezeki la kann.. Zaman skrang apa-apa pon mungkin.

Aku sembang dengan Qasim Nasi Beriyani v4 tuh dia cakap , dia tak pernah bayang pon ada bisness macam nih , dulu dok pakistan dari pagi sampai petang kerja uli tepung buat nan jaa. Lepas tu dia cakap aku dengan confidentnya ,kalau dia dapat kebenaran buat nasik campoq dengan nasik beriyani "saya berani cakap , utp semua makan saya" . Baguihnya dekat situ sebab dia confident kan? dengan dia pon dulu dengaq juga cakap-cakap yang Malaysia nih tak baguih. Tapi dia rasa dia betoi dia buat kan?

So banyaklah impian-impian kita tergantung sebab terbanyak dengaq cakap orang. Nak p melancong tak boleh sebab orang cakap tempat tu bahaya , nak beli rumah tak boleh sebab orang cakap tempat tu berhantu , nak beli moto besaq tak bleh sebab orang cakap rugi (macam aku ja tu hehe) , nak kawin pon takleh sebab orang cakap muda sngat (kalau diorang buat maksiat korang marah plak),dan banyaaaaakkkk lagi.

TAPI

Janganlah tak dengaq cakap orang langsung . Kadang-kadang orang bercakap sebab diorang ada pengalaman .Diorang bercakap sebab sayangkan kita. Diorang bercakap sebab taknak kita buat salah yang macam diorang buat. KALAU MAK BAPAK CAKAP lagi la kena consider , kalau dah agak memang kuat sangat kita tuh betoi, try nego untuk mintak restu depa. Kadang-kadang depa rasa tak betoi tapi kalau depa merestui insya Allah hang berjaya. Tapi bukan senang arr nak nego haha..

Untuk mencapai kejayaan yang"kaw-kaw set"(Mr.Waffiudin Ab.Aziz , 2010 , "Journal Of Playing Chat" ) kita mesti consider all factor. Setiap input yang diberi mesti kita analyse dalam buat keputusan. Jangan tinggai satu pon. Then amek yang sesuai dan lepas tuh.
Selamat Mengejar Impian hang!!

P.s: Aku nk bukak big apple kat perlis .Hahaha . Realistik dak???


Friday 7 May 2010

Surat Break Up..

Saudara ,
PEMBERITAHUAN NOTIS TAMAT PENAJAAN/PENGAJIAN

Merujuk kepada perkara di atas , sila maklum bahawa tempoh perjanjian anda dengan PETRONAS akan tamat pada 30.06.2010.

Start pada hari itu scholar bulan-bulan RM500 saudara tak ada lagi. Saudara juga akan say bye-bye to duit buku , duit alat tulis dan macam-macam duit lagi yang kami dah tanggung saudara.

Sehubungan dengan itu , saudara pandai-pandai la cari duit sendiri.
P.s: Jangan lupa ek lapor diri kat KLCC , kalau tak kena bayer..bayer...

Sekian,
Ex-Sponsormu

Thursday 6 May 2010

Tahun-Tahunku Di Tronoh

Aku rasa Dewan Chancellor paling canggih skali. Dewan dewan lain nampak out kalau dibandingkan. Tak caya? mai mai tengok

This picture membuatkan aku rasa UTP is good.haha.terus teruja.(zaman muda2 la)


Salam , suddenly rasa mahu menulis.Got the idea maybe..

I'm going to write bout my feelings to lived here in Tronoh during my tertiary studies. Aku dan kawan-kawan ramai datang Tronoh pada tahun 2006. First time dapat masuk UTP , langsung takdak idea nak bayangkan UTP tuh macam mana. Mula-mula ingatkan UTP macam UM dimana suasananya bising ada LRT dan lain2. Lepas tuhA ku pon tengok laa brochure UTP. Dia tunjuk gambaq pocket D(refer gambaq). Sapa tak impress kan?

Then waktu pendaftaran educamp , datang lah ke UTP nih. Susah hati aku tengok pintu pagaq UTP. Time tuh tak cantik macam sekarang. Time tuh pintu pagaq utama tepi tangki ayaq. Dah susah hati. Aku masuk dalam tengok Village 1 and Village 2.. Aku cakap sudah....... Abes Aku....Then satu hari aku dibawa ke academic complex ngan irc. Suddenly aku cakap inilah tempat aku nak study... Sapa tengok academic complex ngan irc for the first time tau la perasaan tuh.

Then tahun-tahun pun berlalu , tempat2 makan kami pun tak banyak. JE, toronto ,deli dan ada la dua-tiga kedai lagi. Bandar terdekat yang ada cuma Ipoh. Situlah wayang ,situlah dating, situlah besday,situlah mcd,situlah beli kasut bola. bak kata orang semua benda ipoh laa..

Then ada aku dengaq orang merungut Tronoh boring, hmm aku besa ja sebab aku pon bukan dari bandaq besaq kangaq ja pon.

Tapi aku ingat satu benda ja la, panas ka , boring ka , tak maju ka , hutan ka , lombong ka , banyak rimau ka , atau macam-macam lagi. Aku dah hidup dekat Tronoh nih.Takdak benda pon boleh ubah semua tuh. Nak tak nak memang nih la tempat aku blajaq.
Kalau aku hidup kat tempat lain belum tentu aku boleh jadi apa yang aku jadi la nih.
So even takbes ka apa ka. Saya tetap sayang Tronoh nih Seri Iskandar juga dan maybe dua-tiga kerat awek cun UiTM hehe.

Nanti ada lagi pasai UTP neh.
Chao~