Tuesday 30 June 2009

SCHOLAR UPDATE (JULY)



Pukul 3.30ptg tadi aku kol ESU, Kol Encik Sumber. Alhamdulillah, Encik Sumber cakap scholar dah masuk dalam system diorang.
So, it will be like this RM500+RM400+RM75 = RM975.
Dan maybe masuk dalam kita punya akaun CIMB
selewat-lewat
Jumaat ni. (3/7/2009).

So sesapa nak cakap terima kasih dekat encik sumber bolehlah comment dalam post nih.

Encik Sumber telah berusaha supaya scholar masuk cepat, dia pun tak tahan katanya. Tiap-tiap ari budak2 telefon tanya pasal scholar.
Alhamdullillah dan Thanks Encik Sumber
.

*Selagi duit tak masok teruskan SAVING-SAVING, jangan Hora-Hora lagi, pengalaman lalu jangan dilupakan... hora-hora, last-last duit lewat masok.

Thursday 25 June 2009

Aku Rasa Respect Dan Thanks! kepada Noh(HUJAN)


First of all, aku rasa menyesal sebab handset aku tak boleh ambil gambar.Sebab takdak kamera.

Petang tadi aku kawan aku belanja makan di secret recipe ,KLCC.

Time aku masuk aku perasaan ada noh dari band HUJAN dalam tu. So aku buat biasa ja sebab takkan aku nak pi terpa dia kot.

Bila makanan aku sampai aku makan ar ngan kawan aku tuh,Spagetti orang belanja, Memang sedap. Lepas tuh aku nampak Noh ni datang ke arah aku, rupa-rupanya dia nak amek sos ngan tisu kat belakang aku.

Aku automatisnya tengok dia dan cakap

'Eh noh,i'm your fan'
dia selamba jawab
'oh,i'm your friend..Kejap ek nak makan jap',

lepas tuh dia terus jalan ke tempat makan dia.
Secret Recipe situ macam sempit la kan so susah nak jalan kena selit2.

Aku abes makan spagetti tuh ngan kawan aku terus sembang-sembang.Then aku nampak dia datang balik ke arah aku aku cakap dalam hati 'kuatnya makan sos mamat nih' tapi dia tak ambil sos pon.Dia tepuk bahu aku cakap

'Tengah makan tadi,sekarang dah nak balik..Tq ek,salam(shakehand)..balik dulu'..

Aku terkelu.. Tak budget superstar nak mai salam ngan aku,sapa la aku nih kan..

Sapa yang penah p secret recipe KLCC tau la kan..Sempit, tapi dia macam usaha gak nak mai salam cakap tq sebab aku peminat dia..padahai aku tau lagu HUJAN pun 2 3 jenis ja.. Apa-pun ada satu benda aku menyesai ,sebab aku takdak handset camera..ooH..

'Encik Noh , Saya Salute Awak ,TQ'

*p/s Aku tulis ni sebab nak cakap thanks ja kat dia, aku tau dia mana baca blog aku haha... Kalau tak caya tanya ilmiah@mya..Dia yang blanja aku haha :)

Wednesday 24 June 2009

UPDATE (SCHOLAR)


SCHOLAR UNTUK BULAN JULY MEMANG AKAN MASUK LAMBAT.
SEAWAL-AWALNYA MINGGU DEPAN.
SEAWAL-AWALNYA MINGGU DEPAN ,
MAKSUDNYA JUMAAT MINGGU DEPAN
(3 JULY 2009) PUN BELUM TENTU DUIT MASUK LAGI ATAU TAK.

LAMBAT SEBAB ADA MASALAH YANG TAK DAPAT DIELAKKAN.

ENCIK SUMBER PUN SEDANG BERUSAHA SEDAYA UPAYA SUPAYA SCHOLAR MASUK SECEPAT MUNGKIN.
MEREKA PUN KESIAN KEPADA STUDENT-STUDENT INTERN.

SO KITA KENA BERJIMAT-JIMAT LA.


My Best Friend
Survival Pack

Hujan Dan Kata-Kata


PhewiTT~
Aku letak tulisan dari kawan aku , kot - kot la A.SAMAD SAID terbaca blog aku time dia search google.Kalau dia nak publish tulisan kawan aku ni aku ingat nak mintak 20% komisyen. Sajak neh konfem la bukan aku tulis haha tengok la gaya bahasa dia , mana ad pekataan chill, muahahaha,hang , aku, atau nama kawan-kawan aku.Tak tercapai aku punya perbendaharaan kata nak tulis sebab otak aku banyak pekataan yang shortform saja.

Hari Hujan
Hari - hari yang hujan
datang lagi
membawa kesuraman ke mari.
Padanya yang gugur
membasahi tanah kering
memercik harapan
pada hidup yang gering.
Hujan - hujan yang layu
dari kelopak awan
merintik simfoni syahdu
menggetar ingatku
pada jiwa yang kering merindu.
Andai panjang nafasku
mau saja aku karangkan doa
selagi hujan masih sudi
biarpun segan
aku ini mahu ditemani. .
-Ahmad Bido-

Monday 22 June 2009

Let Me...


Bila ada orang berjanji dengan kita , kita selalu harapkan janji ditepati..
Sebab kita fikir kita akan menepati janji,jadi kita percaya orang juga akan menepati janji..
Tapi janji semacam direka untuk tidak ditepati..
Well,it is takdir..Perlu kita hormati..
Susah Gila Nak Percaya Orang Berjanji Sekarang Ni.


Rasa excited mengalahkan rasa-rasa yang pernah dirasa.


Aku jalan-jalan kat Naza Ducati ngan Mat Anip, Aku excited,Syok Sendri,Overconfident, gedik,geli, Hahaha..

Lepas tuh Pakcik yang jaga moto tuh cakap,
"Bobo, ambik la moto nih dua tiga bijik, Pakcik sedekah,lagipun pakcik dah tua, dah tak larat naik moto ni suma"
aku pun jawab kat pakcik tuh
"Pakcik, emak saya cakap jangan meminta-meminta dari orang lain, perbuatan tersebut tidak manis dipandang orang"
Pakcik itu berkata
"Pakcik tahu,anak bukan seorang yang meminta-minta, anak seorang yang baik. Pakcik ikhlas memberinya kepada anak, pakcik tahu anak tidak akan menge'race' moto ini dan menge'lap' moto ini di jalan Parlimen terus ke Jalan Travers."
Aku jawab pulak
"Pakcik saya suka moto ini tetapi saya malu untuk mengambilnya ,nanti ap kata kawan-kawan saya, mereka akan menghamburkan fitnah kepada saya kerana dalam poket saya cuma ada sekeping duit RM50"
Pakcik berkata

'Oit bobo aku kata nak ambek gambaq ,cepat la pakcik telah bertukaq menjadi Mat Anip dan rupanya aku berangan.

Aku tetap nak masok dalam gambaq, tak kisah la gedik ka apa.


Cantek, menarik, tebabom.



Walaupun blur ,aku nak letak gak gambaq nih.

Walaupun bukan moto sendiri aku tetap nak bajet macam dalam garage rumah aku... Aku macam takmau balik rumah.Aku bahagia disini,biarla aku disini..Sekurang-kurang terubat juga luka dihati hahaha.


Scholar (marilah berjimat)


Untuk Info hampa semua, Bulan nih lewat sikit daripada biasa sebab
tengah Update list .
Scholar mungkin masuk ujung-ujung bulan sikit.
So jimat-jimat sket, Plan-Plan Hora!! sila tangguhkan dulu.
Scholar bulan nih masuk ngan duit buku dan alatan sekali.
So RM500 + RM 400 + RM 75 = RM 975.

Ari isnin minggu depan aku update lagi.
Doa-doakan scholar masuk cepat :) .. HoRa!!!




Saturday 20 June 2009

Motivasi Pagi Sabtu hahaha


“Shoot for the moon. Even if you miss, you'll land among the stars.”


"Kita memerlukan kegelapan untuk melihat bintang"



Filippo Inzaghi says, “If you are not born a Ronaldo or a Kaka, you can still become a great player, through commitment, serenity, perseverance, loving what you do,” and concludes, “This has been my secret.”
His favorite position is the fifth offside, if the ball comes through this area, rest assured it would be a definite goal.
Johann Cruyff remarked about Inzaghi saying, "Look, actually he can't play football at all. He's just always in the right position." While Manchester United manager Alex Ferguson said, "Pippo Inzaghi was born in an offside position."



"Obstacle are things a person sees when he takes his eyes off his goal."
E.Joseph Cossman

"Orang yang terlalu memikirkan akibat dari satu keputusan atau tindakan, sampai bila-bila pun dia tidak akan menjadi orang berani."
Saidina Ali Bin Abi Talib


Thursday 18 June 2009

Emm.. No Komen..

(ini bukan moto jiran yang aku pnjam malam semalam. aku ambek gamba nih untuk contoh ja)

seorang jiran lain berkata
'Bobo , kenapa brek moto ngko tak makan?Tak servis ek?'

(sambil merujuk bulatan no 1.)


Tuesday 16 June 2009

Soalan Banyak Susah Nak Jawab



Banyak Sungguh CepuEmas Punya Soklan..

ChiLL

1. If your lover betrayed you, what will your reaction be?
Buat-buat cool lepas tu carik minud cerita minud,
lepas tuh buat sembang kat meja makan v4cs2 lepas kena gelak kaw kaw.... hahaha.. lepas tu tidoq dengan harapan masalah selesai hahaha..


2. If you can have a dream to come true, what would it be?

Ada orang tiba-tiba nak beli blog aku ngan harga 8juta USD sebab jeles blog aku ada unsur-unsur chill.lagi satu harap2 soalan pertama x pnah terjadi hahaha.



3. Whose butt would you like to kick?
Bush dan Rakan2.. Lokasi tepi gaung sambil muka dia menghadap gaung..fuhh Macho~

4. What would you do with a billion dollars?
Beli negeri Perlis lepas tuh aku ekjas sket bagi chill..

5. Will you u fall in love with your best friend?
Penah ja huahuahua... Dush :(

6. Which is more blessed, loving someone or being loved by someone?
Ok, untuk memudahkan jawapan aku cuba ambil example nih.. Bayangkan Elisha Cuthbert yang Matpi suka tuh suka kat hampa.. atau bayangkan Hampa suka Elisha Cuthbert. Mana lagi best?Konfem la orang suka kita lagi best. *Orang perempuan boleh tukaq elisha cuthbert dengan balak-balak hensem yang hampa minat.


7. How long do you intend to wait for someone you really love?

Penantian satu penyiksaan lalala ... Menunggu orang yang kita cintai ibarat menunggu giliran masok tandas sewaktu kandungan tengah sarat...


8. If the person you secretly like is already attached, what would you do?
Bak kata ustad 'kalau awek ada balak,kita tebang la balak tu' tapi bergantung kepada siapa kita untuk menebang balak tersebut.. adakah kita Gergaji Berantai Berkuasa Tinggi, Kapak,Parang, Pisau Potong Buah, Atau sekadar Pisau Cukur Gilette 3kali pakai dah tumpul (untuk pemahaman lanjut refer post sebelum ni).

9. If you like to act with someone, who will it be? Your gf/bf or an actress/actor?
Lisa Surihani hahahaha.. tak abes2.. Jessica Alba pon ok.. Nabil pon ok.

10. What takes you down the fastest?
Dilanggar oleh perempuan tua yang memandu sambil bermain handphone dimana aku sedang drive kereta abang aku yang telah 4kali aku eksidenkan akibat dilanggar orang-orang tak bertanggungjawab kepada agaman bangsa dan negara.Kesian kelisa aku, dah dapat title 'The most ketok car 2008' .. Sangat down... 2 malam aku x tidor kerana sedeh muahaha'

11. How would you see yourself in ten years time?
Ada sebijik Ducati Monster, ada Sebijik Ducati 1098, ada sebijik MyVi, ada sebijik rumah, ada bini. muahahaha. Kewangan merdeka sambil hidup sederhana tapi kaya nak mampos.

12. What’s your fear?
Hidup tak berkat.. Kayalah macam mana pon,tak guna hidup tak diberkati Allah.

13.What kind of person do you think the person who tagged you is?
Matpi , abe kelantan yang ada karekter.

14. Would you rather be single and rich or married but poor?
Married but not SuperRich.. Sederhana sudah.. Kefakiran boleh membawa kepada kekufuran juga, ingat pesan Nabi Muhammad...

15. What’s the first thing you do when you wake up?
Tengok handphone chech masa dan tengok kot2 ada message time aku tengah tidoq.

16. Would you give all in a relationship?
Penah bagi semua hahaha...tapi tak bagus kot bagi semua.. jeng jeng jeng.....

17. If you fall in love with two people simultaneously, who would you pick?
Suruh depa main PES, sapa menang aku ambek hahaha... tipu ja... ambek la sapa yang bagos. haha.. buat SWOT analysis compare lepas tuh present kat kawan-kawan.. tunjuk kat minud, kalau dia tak maki ok la hahaha.

18. Would you forgive and forget no matter how horrible a thing someone has done?
Forgive senang saja , sapa xpenah buat silap kan.. Forget susah la..satu lagi kalau kita forget tak bagos sbb nanti kalo jadi sekali lagi kita lupa apa action should we take.Jangan Forget demi masa hadapan haha.

19. Do you prefer being single or having a relationship?
Single boleh naik moto laju-laju dan layan lap tapi boring time makan sorang2- kalau double tak boleh naik moto laju2 tapi boleh makan dua orang.. hahaha saya tawakkal saja... apa-apa pon boley :)

Ok da abes dah jawab soalan penat..

Monday 15 June 2009

Erti SECOND dan peristiwa sampingan.

Cubical aku di office. Belakang sekali. Dekat bucu.Tepi Tingkap. Memang PORT~

Muka Innocent first week intern.


Selingan : Rempit 60-an

SECOND.. Aku gembira sebab aku dah abeh second visit dari lecturer aku, manakala Cepol agak blur lagi kerana beliau dan rakan-rakan masih di second week.. Second visit aku , Alhamdulillah berjalan lancar tanpa sebarang peristiwa-peristiwa buruk atau memalukan diri. Dulu budak-budak nih komen aku telah membesar (melebar) kerana aku makan sesuka hati.. Sekarang sila lihat badan figo yang taff dulu ,sekarang sudah leweh sedikit.

Aku tinggai lagi 2 minggu untuk intern kat sini, jadi tiap-tiap hari mesti buat benda berfaedah seperti berkelah di tengah malam di dataran shah alam ngan john ustad dan rakan (orang-orang di GURUN jangan jeles terutamanya ROY)kami memang chill dowh bak kata figo "Chill Shial~".

La nih aku tengah siapkan report2 yang important mengalahkan
report-report polis terhadap dato-dato yang makan suap.

Sekejap saja masa berlalu. Rasa macam dua tiga minggu lepas masok intern, tuptaptuptap dah nak chill(chill boleh membawa apa-apa maksud ikot ayat) dah.

Yang best kat office ialah semua orang panggey aku anwar, hahaha.. rasa macho la pulak .. (roy lagi macho dari aku , lebih 0.0076micrometer)

Jadi pesanan penaja ialah kepada kawan-kawan Jan 06 aku tak kesah la hampa nak sembang ap pon dalam shoutbox aku, janji jangan fitnah menfitnah sudah.. ..Gurun Panas tak chill..roy jangan marah..

Emm.. aku kol minud minggu lepas, petang.. dia dengan suara excited gila cakap 'Penang Best Bo!! , lepak tepi pantai.. awek banyak.. Chill'.. Kami gelak keras perot... minud cuma tengok the tip of the iceberg.. bak kata ustad..

Ustad jugak telah mengajar kami semua iaitu manusia solo segerabak istilah terbaru beliau 'jangan risau awek ada balak,balak boleh tebang' tapi soalan maut dari ramai kawan-kawan membuatkan ustad tak tau nak jawab.. soalan nya seperti 'bolehkah tebang balak kalau hang cuma pisau potong sayoq?' ,
'kalau la kita tebang balak,lepas tu balak jatuh atas kepala kita, ap nk buat?'
'bolehkah tebang balak 3pemelok dengan pisau cukuq gilette?' .. banyak sungguh falsafah yang keluaq sewaktu conversation tersebot..

Jadi setelah menjilat siku pada posting lepas aku tanak suruh hampa jilat apa-apa lagi kerana aku serik tengok kawan aku salah urat leher lepas try jilat siku sendiri..

' CHiLL '

Wednesday 10 June 2009

Aku Rindu Rumah Aku..

my home at lorong ciku satu

Kali aku terakhir aku dekat Perlis ialah pada bulan Oktober 2008.

Sekarang sudah bulan Jun 2009...
Kiranya dah hampir lapan bulan aku tak balik tempat asai aku..
Malam nih aku rasa rindu bilik aku kat rumah..
Aku nak tengok bilik aku yang jadi tempat bersemayam aku..

Hampa jangan salah anggap, aku tak balik perlis bukan sebab aku ni si tanggang moden atau anak durhaka, aku tak balik sebab,macam mana aku nak balik kalau tiap-tiap dua minggu pak aku mai sini ngan mak aku. Depa mai tengok cucu.. So itu la sebab aku tak balik.. Tapi tu la kan.. Dekat rumah aku banyak benda best yang aku buat.. Aku nak kena balik jugak..

Aku jugak ada berazam untuk tak balik perlis dari awai aku intern sampai aku abeh intern.. Tujuannya ialah supaya aku dapat merasa rindu dan sayang kat rumah aku.. La ni aku rindu gila rumah aku.. hahaha..

Ada kawan-kawan aku cakap takmau balik rumah sebab budget nak rasa dok oversea la tuh.. aku rasa tak jugak... sebab mak pak aku mai selalu.. kalau aku dok oversea dan mak pak aku mai selalu macam ni aku rasa mungkin depa patot pertimbangkan beli private jet sendiri..tapi kami bukan kaya macam david beckham nak beli jet sendiri.. lagi satu dok sini mana ada salji so, aku rasa aku tak budget dok oversea...

Beza dok KL ngan Perlis yang ketara ialah TOL!! aku dok perlis lalulah jalan mana sesuka hati aku pon.. mana ada tol.. nak angkat tayar depan ka .. tayar belakang ka.. tol tetap tak muncul.. tapi dok KL, aku nak p beli ayaq cap badak pon kena tol.. hampeh btoi..

Lagi beza Perlis ngan KL yang ketara ialah bangunan yang tinggi kaw-kaw.. aku dok sini pon jenuh melangut nak tengok nama bangunan.. kalau kat perlis ada 4 ja bangunan tinggi.. Looking good lama, Hotel putra palace, Bangunan persekutuan ngan bangunan LHDN kot.. kalau la spiderman berasai dari perlih aku rasa dia takleh cari makan sebab mana dia nak pancut dia pnya sarang labah-labah tuh.. ada 4 bangunan ja.. takkan nak pancut sarang labah-labah tu kat kedai runcit ah sun kot.. silap aribulan ah sun bengang dia baling tong gas yang dia dok antaq p rumah-rumah orang..

Makan telah la KL mahai tapi banyak makanan baru-baru bleh try la, perlis makan murah.. ingat zaman sekolah dulu aku dok keluaq rehat awai sebab boleh makan nasi ayam kat kantin harga 1.50, ayam dia size besaq mana? lebih kurang besaq peha aku ada la..

Satu lagi pelik sebab kat kl susah nak cari Nasik Lemak yang ada lauk ikan masin.. hmm.. dah banyak tempat aku carik.. mungkin KL tak cukup masin kot..

KL best jugak untuk lepak-lepak.. bleh tengok wayang la.. tapi aku tak tengok pon.. aku suka dengaq ceramah agama lagi dari tengok wayang.. btoi nih.. aku tipu..

Dok KL susah nak cari tempat lepak yang free.. dok perlis aku bleh lepak kedai buku pak lang aku sesuka hati.. Kalau tengah hari takdak makanan kat rumah aku bleh naik moto p makan kat rumah tok aku ..

Tapi tu la kan.. Situation is Berubah Nowadays.. Kita kena jalan-jalan banyak tempat sementara muda ni.. Sebab tu dauz ajak aku P australia amek-amek gambaq ngan mat saleh lepas tuh balik mesia balik..tapi takleh p ostolia lagi sebab dauz takot mat saleh mengorat dia lepas tu culik dia kat ostolia lepas tuh tak bagi dia balik mesia dah.. aku pon risau kalau jadi macam tu.. so aku pon tak p ostrolia.. lepas tuh kami rancang p amerika pulak.. tapi takot kena sesema baBila p amerika... nak p itali pulak tapi kaka dah kena juai ngan a.c milan p real madrid.. sepanyol takleh p sebab kami tak belajaq bahasa sepanyol lagi... so aku ingat baik aku balik rumah aku kat perlis dulu sebelum p mana...

Aku nak balik perlis makan nasik kandaq kat market kangaq, nasik lauk ayam masak merah ngan ikan masin masak asam.. sedap gilos~ sehingga menjilat siku ... sebenaqnya kita takleh jilat siku kita sendiri sebab kepala kita tak sampai,percaya dak?...kita juga tak boleh menjilat siku kawan sebab macam tak senonoh jilat siku orang lain...

aku tau hampa tengah try nak jilat siku hampa la ni.. haha

Tuesday 9 June 2009

Jangan La Baca Posting Nih Weh..

Hari ini hari selasa. Aku tulis blog nih sebab aku memang malas nak buat apa-apa. Jadi aku nasihatkan takyah la baca posting nih sebab posting nih bukan pasai apa-apa pun. Takdak kerja memang best tulis blog ni, tapi kalau takdak apa-apa buat apa baca kan?..

Aku harap sesapa yang tengah baca blog nih berenti la baca posting nih, aku memang malas nak pikiaq apa-apa time nih. Aku takdak idea nak tulis blog nih. Berapa kali aku nak pesan berenti la baca posting nih sebab dalam posting nih takdak benda berfaedah pon..

Nampaknya pembaca-pembaca masih berdegil, sudah berbelas-belas kali aku kata takdak benda aku nak tulis arini. Aku cuma tekan-tekan kerana aku takdak apa-apa nak tulis. Posting nih memang takdak apa-apa dan tak berfaedah sebab mememang aku tadak apa-apa nak diutarakan.

Itu la resam manusia, makin dikata jangan makin dia suka buat. Aku kata jangan baca posting nih depa baca jugak. Aku nak tegaskan untuk kali terakhir dalam posting nih yang aku memang takmau tulih apa-apa. Aku tulih semata-mata nak memuaskan tangan aku yang takdak apa-apa idea nak ditulis.

Tengok? apa yang pembaca dapat lepas baca posting nih ? takdak apa-apa kan? tapi awat nak baca jugak? memang degil ahh.. wahhh... jangan baca.. berenti... berenti... ish.. dia baca jugak..
Bila masa pembaca baca dekat ayat nih baru la pembaca sedaq yang posting nih takdak nak cerita apa-apa pon.Masa untuk baca posting nih sama dengan masa pembaca membancuh kopi atau sirap atau check email-email pembaca..

*aku memang takdak apa-apa idea nak tulis arini... Kalau hampa still baca jugak memang hampa boring tatau nak buat apa la....

Ish takdak apa la....

Wednesday 3 June 2009

Petua Menguruskan Badan

P la bersukan...
Jogging , Berenang , Futsal..

Nak makan apa pon makanlah..
Janji petang-petang keluaq peloh.

Aku tengok paper , banyak Promosi Kurus 10kg la ..15kg la dalam sebulan..
Tanpa bersukan.. Minum Jus ja...

Hoi~
Kalau nak naik berat badan kita kena makan banyak dan berusaha makan walaupun kenyang..
sama jugak konsep untuk turun berat badan...

Bersukan la...

Aku yang besaq ni tak penah pon kurus kalau jaga makan ja...
Mesti Bersukan laaa...

Semua nak mudah ja hahaha...

Iklan Oh Iklan..
Jangan Jadi Mangsa Iklan Komersial..

Tuesday 2 June 2009

SMS DARI FIGO





"BOBO , HANGOUT MALAM INI..
BARU CHILL..haha"

Muahahahahahahahahaa..hahahahahahahaaha...
hahahahahaahahahahahaha....
uhuk uhuk...hahahahaha.....


muahahahahahaha.....
adoi geli ulu hati...
hahahahahaahaha.......
hahahahaahahahahaa....

adeh~ adeh~ penat~penat
Semput haha~
... hahaha


*sesiapa mengenali figo mesti faham sebab apa aku gelak....hehehe

Buah Hatiku...

I LOVE YOU SO MUCH

Siang Malam Aku Terbayangkan Kamu...

Sehari Tanpamu Ibarat Malam-Malam Tanpa Bintang...


Bilakah Kau Akan Muncul Dalam Hidupku...

Aku menunggumu...
Datanglah....

.


.


.


.


.

.

.




HEHEHE... Bila la nak dapat sebijik..