Monday 29 March 2010

Betol , Its Still BOBOBUATBLOG , bukan majalah hiburan picisan.



Adapun aku bubuh gambaq kat depan nih bukanlah niat aku untuk menjadikan blog ni seperti website 'mempelamonline' or what so ever. Tapi aku teruja selepas tengok betapa ironinya gambaq nih aku rasa aku nak tulis jugak. Sesapa yang rasa aku cuba mengGlemerkan blog aku dengan gambaq2 neh, secara hormatnya dipersilakan.

Cumanya aku rasa , apa maksud semua ini? Tajuk tolak Gossip tapi gambaq memang kearah mencipta gosip. How u interpret gambaq nih takjadi masalah , sebab pemikiran orang sesapa pon takleh kawal tapi itula.. At least kalau dia letak tajuk macam 'Nak Kawin Lagi Empat' , 'Main futsal untuk kekal ramping' atau 'Kami suka warna ungu' adala benda yang aku faham.

Ooo.. Nak naikkan sales? Macam biasa? Maybe kesian subjek sebab terpaksa ikot photoshoot or memang diorang redha kn? Lagi satu , kalau setengah tuh cakap 'Pengalaman Ke Mekah Menginsafkan saya' tapi sambil pakai baju nampak pusat.Hang rasa apa tu? Tak rasa macam menghina k?

Itu cerita artis tak best. Ok next part , aku rasa kita patut hargai dan respect kepada allahyarham ismail din. Tak kenai? memang laa, dia bukan hero muda2. tapi dia belakon kerana passion. Banyak kali belakon , anugerah? ada la satu dua. Berjaya tak dia? aku rasa berjaya. Tanpa perlu gambaq2 macam 'tolak gossip'di atas dia dah melekat dalam otak peminat dia. Sorang lagi , allahyarham sudiro , kalau born in late 80 aku rasa hampa memang penah tengok. Memang dia tak glamor.. nak search dalam google pon sampai list ke 4 baru keluaq muka dia. Tapi seingat aku , time kecik-kecik dulu kalau tengok dia belakon mesti aku rasa macam gelak2 dan menarik macam tu.. Diorang ada photoshoot macam dia atas? hmm...
Fikir-fikirkan.
Al-Fatihah Untuk Dua Orang Di bawah nih yang berseni kerana minat.


Allahyarham meninggal di Mekah.

Waktu musim cuti sekolah dulu-dulu mesti ada drama dia berlakon. tahun 90-an camtuh..

Thursday 25 March 2010

My Quality Time


Masa-masa yang best dimana stress semua hilang ibarat ditiup angin. Time nih apa pon tak pikiaq. Semua Masalah hilang. Masa-masanya ialah

1. Minum sprite dalam gelas one shot konon2 di tangga tingkat 5 ketika tengah malam sambil
menghadap hutan hujan tropika tronoh.

2.Bawak kereta di cameron atau genting tengah-tengah malam time kabus sejuk.Bukak
tingkap tutup aircond. Biaq angin masok. Nyaman sekali.

3.Bawak moto tanpa tujuan di petang hari (ronda-ronda ala azroy).

4.Waktu maghrib lepas semayang maghrib sebelom pukoi 830. Lepas gosok gigi dengan ubat
gigi yang mint kaw-kaw. Lepas tuh minum ais kosong. Rasa segar sekali. Nyaman!

5. Sewaktu merapu dengan kawan-kawan dimana topik percakapan hanyalah mengenai teh o
ais sapa bancuh paling sedap.

6. Memandu di dalam hujan sambil bukak aircond menuju ke restoran steamboat. Lepas
sejuk2 makan makanan panas-panas.Masyuk.

7. Minum air sejuk (bukan ais) selepas bangun tidoq.

8. Lepas menang main PES dengan kawan2 dengan beza mata 4-0.

9. Tidur pukoi 8 malam bangun pukoi 12. Time tuh baca buku pon nyaman jugak. Tengok
muvie pon nyaman.

10.Dalam toilet haha.

Itulah masa-masa yang best yang senang didapati dalam satu hari. Kawan-kawan pon bolehlah mencuba. Renung-renungkan dan.. Selamat Beramal. haha

Wednesday 24 March 2010

Good Car And Good Morning

Cuba buat karangan dengan menggunakan tiga gambar ini.


Kelisa Di Tepi Pantai Paka


Sesi menumpang orang bermain tenis.

Otak Manusia Sewaktu Programming

Sunday 21 March 2010

1085KM in 24hours. UTP-Kerteh-UTP

Me on pantai aku tak ingat nama.


Geng spek mata itam.

Kelisa di pantai

melingkupkan perniagaan orang buat kopok

The members


Satu malam saya sedang buat fyp. Duih datang dan mengajak saya ke kerteh. Mahu makan kenduri katanya.Saya rasa sangat dilema dengan permintaan tersebut.Sebab saya memang pantang orang ajak jalan.

Saya terus pack baju. Jaf dan Anip ada juga katanya.Hahaha.Jam sudah pukul 10 mlm ketika itu. Kami maybe jalan pukol 12. Hmm.. Kelisa GT-R (Guna Tanpa Ragu) saya telah diservis. Jadi no doubt. Kereta in the best condition.



Jadi Pergi jalan dan pulang dengan selamat.

*aku nak makan akok tapi tak dapat sampai kesudah. Aku akan kembali ke sana. Akok tetap akok.

Monday 15 March 2010

Ekjas Gambaq Free




Sesapa yang nak edit2 gambaq tapi kurang cerdik pasal photoshop boleh la masuk web nih. Hasilnya boleh tahan laaa.. Free pon Free . Yang dah power photoshop jangan la gelak kat aku eh.Aku kurang seni nak adjust sendiri . Calo. FYP plak.


Saturday 13 March 2010

Tabloid Ntahapahapantah.

Sekarang nih dah menyampah tengok tabloid2 yang ada di pasaran. Kalau kecik2 dulu orang tua2 cakap jgn baca komik banyak2 sebab tak ada faedah. Tapi bila pk2 balik baik baca komik yang kononya tak berfaedah dari baca tabloid yang merogol pemikiran kita ni.

Bayangkan , bangun pagi2 dengan mood yang baik. Lepas mandi nak p breakfast.Lalu tepi kedai buku tengok ada tajuk 'Bomoh Gila Seks' , 'Suami Buas', 'Pak Man Kaki Judi' ,'Bomoh Ekor Negara','Paksa isteri jadi pelacur','Isteri Binatang' , dan macam-macam lagi. Pagi hang yang agak ceria dan best dah macam jumpa benda negative pertama. Tak kisah kalau nak cerita benda2 betol yang terjadi. Itu hakikat. Tapi pemilihan ayat dengan perkataan tuh melampau dan unsur provoke.

Memang depa nak cari duit tulis macam tuh. Nak naikkan sales. tapi consider la. Kalau budak budak kecik umur 4 tahun baru belajar membaca lalu sebelah tu. Pastu mengeja kuat-kuat 'B O bo(nama aku gak naik) M O H Moh G I Gi LA La SEKS seks' lepas tu dia tnya hang apa makna tuh. Apa nak jadi? Maybe depa nak cari jualan. Tapi ntahlah aku rasa macam tak betoi.

Kalau tiap-tiap hari kita terdengaq benda2 macam tuh , rasa2 otak kita boleh jadi suci lagi? Orang yang baik pon bila ayat2 camtuh flash dalam otak dia ,dia akan ingat. Memang best baca tapi bila pk2 balik. Benda nih tak baik untuk long term.

Yang rasa lawak pulak tuh , bila dia g interview tok bomoh nombor ekoq. siap dia bgtau lokasi pulak. Hang rasa kaki2 ekoq tuh semua nak duduk diam? dah jadi macam promotion. Serupa la dengan kedai2 merapu , semua dia bagitau alamat. Website2 merapu pon dia bgtau address. Memang lawak ahh.. Kadang2 orang taktau pon boleh jadi tau benda2 merapu ni.

Tabloid ni penting jugak. Sebab dia kadang2 merangsang kita berpk tapi itula. depa kena la consider orang2 yang baca.

Hang salah baca hang salah cerita.
Hang salah cerita hang dapat dosa.

Mekap Sikit



Aku usha-usha ramai dah tukar theme. Aku ambek masa blogwalking sket tengok theme2 baru orang lain. Then decided to use this theme. Sila komenlah ya. Boleh la saya adjust2 yang mana patot. Makihamun pon diterima juga.

ps: Thanks for birthday wish ke 22. Ana sudah tua da~

Sunday 7 March 2010

Sepak Sepak Gelak Gelak

Pada hari sabtu dan hari ni, Kami telah main futsal untuk kejohanan International Sports Carnival. Aktiviti ini dijalankan setelah banyak aktiviti lain dijalankan.Kami taktau dah nak buat apa lalu kami main la futsal. Lagipun main futsal ni untuk suka-suka. Bak kata orang ,
Menang pon Gelak , Kalah lagila kami gelak. No pressure at all. Saja ja main.

Nama team ni De'Rumah Sukan. Aku taktau sebab apa nama dia macam nih. Tapi kami tak dapat pon sponsor ayaq De'Jernih. Tapi takpa. Kami main lawan geng2 yang dua kali ganda lagi besaq, dua kali ganda lagi banyak makan dari kami.

Result Perlawanan adalah seperti berikut. Dan tukang2 boh goal turut disertakan.

Menang
3-0 dengan Yaman
ustad 2 minud 1

Menang
2-0 dengan Uzbezkistan
minud 1 pidot 1

Seri
South Africa 1-1
Bobo 1

Menang
3-2 dengan Mesir
Bobo penalti tak masuk. Sepak tiang.


Tak Menang
Arab 0-3


Makanya kami sampai cuma di separuh akhir. Layak dipanggil separuh akhir tau! Spa kata main futsal relax2 takleh menang?


Atas dari kiri: Alip Claude, BOriello, SeniPowerMampoih,DuihKakiLaju,FigoPerenang
Bawah dari kiri : Pak Din Minud , Ustad Gattuso, RoyGuson.


Melayu Melawan Afrika.Macam kena ayam ja aku.

Lawan Pak Egypt , Bajet free kick kuat. Tapi geng baca buku ja pon. Tengok gambar, saiz no23 2kali ganda kami semua.Kami menang game ni walaupun kami kecik haha. Minud tengah tolak pak arab tuh, pak arab tuh cuak kaw2 ngan minud(haha). aku tengah bagi signal. Kami menang kot hahaha..

Penyokong dan peminat serta pemain. Apih the legend tengah pegang tuala merah. Beliau juga team ini. tpi ada match pingpong hari ahad.
Berehat sepam di bawah pohon.


Kesimpullanya hari itu best. Ref pon cakap kalau hampa menang hang tuah hidup balik.AKu pon tak paham maksud rep.. haha..

Thursday 4 March 2010

MLM watsoever



Benci aku makhluk MLM nih yang kol pukoi 11 12 mlam ajak p minum. Lepas sembang 2 ayat start closing. Sorrylah aku terhamun. Termaki tapi memang aku nak maki pon.

Menyalahgunakan SILATURRAHIM untuk buat duit. Nak hidup senang lenang dengan pikiaq macam mana nak peras duit kawan-kawan. Sorry kawan-kawan anda lebey bijak dan berotak dari anda.

Baru pakai kereta , sewa sehari dua mengaku dia punya. Belagak macam aku tak penah naik supercar.

Nak kaya lebih baik berniaga ayaq kotak (respect cik dobi) dari menipu orang sana sini.

Orang lain ang nak tipu senang-senang boley laaaa. Silap orang la nak tipu aku.