Monday 29 March 2010

Betol , Its Still BOBOBUATBLOG , bukan majalah hiburan picisan.



Adapun aku bubuh gambaq kat depan nih bukanlah niat aku untuk menjadikan blog ni seperti website 'mempelamonline' or what so ever. Tapi aku teruja selepas tengok betapa ironinya gambaq nih aku rasa aku nak tulis jugak. Sesapa yang rasa aku cuba mengGlemerkan blog aku dengan gambaq2 neh, secara hormatnya dipersilakan.

Cumanya aku rasa , apa maksud semua ini? Tajuk tolak Gossip tapi gambaq memang kearah mencipta gosip. How u interpret gambaq nih takjadi masalah , sebab pemikiran orang sesapa pon takleh kawal tapi itula.. At least kalau dia letak tajuk macam 'Nak Kawin Lagi Empat' , 'Main futsal untuk kekal ramping' atau 'Kami suka warna ungu' adala benda yang aku faham.

Ooo.. Nak naikkan sales? Macam biasa? Maybe kesian subjek sebab terpaksa ikot photoshoot or memang diorang redha kn? Lagi satu , kalau setengah tuh cakap 'Pengalaman Ke Mekah Menginsafkan saya' tapi sambil pakai baju nampak pusat.Hang rasa apa tu? Tak rasa macam menghina k?

Itu cerita artis tak best. Ok next part , aku rasa kita patut hargai dan respect kepada allahyarham ismail din. Tak kenai? memang laa, dia bukan hero muda2. tapi dia belakon kerana passion. Banyak kali belakon , anugerah? ada la satu dua. Berjaya tak dia? aku rasa berjaya. Tanpa perlu gambaq2 macam 'tolak gossip'di atas dia dah melekat dalam otak peminat dia. Sorang lagi , allahyarham sudiro , kalau born in late 80 aku rasa hampa memang penah tengok. Memang dia tak glamor.. nak search dalam google pon sampai list ke 4 baru keluaq muka dia. Tapi seingat aku , time kecik-kecik dulu kalau tengok dia belakon mesti aku rasa macam gelak2 dan menarik macam tu.. Diorang ada photoshoot macam dia atas? hmm...
Fikir-fikirkan.
Al-Fatihah Untuk Dua Orang Di bawah nih yang berseni kerana minat.


Allahyarham meninggal di Mekah.

Waktu musim cuti sekolah dulu-dulu mesti ada drama dia berlakon. tahun 90-an camtuh..

2 comments:

  1. join All Entertainment Reporters In Malaysia Sucks in FB!

    ReplyDelete
  2. tp gambar itu sgt menarik...slrrpp

    (benda bese dalam sokaba malaysia) =_='

    ReplyDelete