Monday 31 August 2009

I want to Sing a Song

Aku mahu menyanyi lagi... Sedikit Motivasi.. Maybe

Ferhad - Higher Deeper

Hey you, what to do
What the world you know comes down on you
You'll feel vile, you hate you
You're loosing your youth
You're loosing your chi

Hey you, keep it cool
Life isn't what you plan but choose
So take time to know you
And just a little of life comes shining through

With just a little hope
The pain you'll cope
Lay truth to your lies
And life woll explode... mmm
Fill you up with bliss

Be... higher than mountains
Feel... deeper than seas
Open your eyes and see all the love that you'll feel
Be... higher than mountains
Feel... deeper than seas
Be all that you want
Don't be all that you need

Hey you, life could be
Whatever you want
Wherever it leads
To something someone somewhere
That makes you see
How life should be
Shine your light on those a little low in life and may be
You'll get a little more of love back in your life
More than your heart could give or feel

So take a piece of advice
That I've given to you
Change over your lives
Let it come right thru
Hey now change now right now baby somehow

Whatever you want
Wherever it leads

There's always something I've wanting to say
I hope it's not too late
Just lead your life in
Ways that lets you live free
I know you'll agree

Friday 28 August 2009

Muzik Made In Malaysia Rescue

Hari ini aku nak tulis pasai satu benda yang dah lama aku nak cakap, tapi tak tercakap-cakap. Benda ini mungkin tak best , dan maybe orang tak minat.Tapi aku tak kesah. Kali ini pasai muzik.Credibility aku untuk cakap benda nih (16tahun ++ melalak dalam toilet , main guitar kapok tepi tembok dan dengaq radio secara istiqamah.) Ini bendanya.

Selalu bising-bising dalam radio & tv pasai kebanjiran band-band indon dalam industri (industrilah sangat) muzik malaysia. First kita akan tengok (sebahagian )artis malaysia ramai-ramai cakap 'jangan beli yang cetak rompak' then esok kita akan tengok sebuah band indon berjaya juai album sebanyak 30,ooo ribu unit di Malaysia. Lepas tu sebahagian artis kita marahkan indon sebab album terjual laku macam topeng H1N1.

Sebab apa rock kapak , 60an, ngan lagu-lagu P.ramlee still relevant banding dengan lagu-lagu
baru yang artis dia cuma terkenal dengan satu lagu ja.. Jom Fikir-fikir

Sebab apa jadi camtu? aku rasa semuanya sebab lagu lah.. Kalau lagunya sedap ,cachy, melodic dan lirik yang relevant aku rasa tak akan timbul masalah-masalah itu semua. Ok apa ada pada muzik indon??

Jom banding sket. First dari segi instrument. Violin adalah satu kemestian dalam arrangement muzik depa. Sebab apa violin? sebab semua orang tau violin kalau main guna chord progression yang sehappy mana pun dia tetap sedeh bunyinya. Macam orang yang tengah menangis buat pengumuman esok akan raya.itulah violin.So bila depa buat lagu sedeh memang masuk.

Tapi artis kita (sesetangah) buat lagu sedeh tapi mood nya macam orang main kompang nak kawin... bercanggah sungguh deria aku time dengaq lagunya.... Lagi satu aku perasan indon neh dia punya instrument (untuk recording la bukan live) memang kalah satu team bola. Macam-macam bunyi ada.

ok Lets compare depa punya instrument.

Kebanyakkan Band/Solo Indon
  1. Vokalis
  2. Bassist
  3. Rhytm guitar
  4. Drummer
  5. Lead Guitar (macam-macam jenis sound effect distortion,chorus,flanger,delay dan serba-satu macam orang kawin)
  6. Piano (Walaupun lagu rock, piano tetap ada..Walaupun tajuk lagu 'Makan Orang Tengah Malam')
  7. Keyboard(Dewa Suka gila pakai menatang nih, its create a mood.)
  8. Violin yang macam dengaq bunyi dimain oleh 30 orang..
  9. Backing Vocal (Ini yang band malaysia jarang sangat ada, penting kot)
Kebanyakkan Band/Solo Malaysia

1. Vokalis
2. Rhytm guitar (effect macam-macam jugak, wah-wah pun ada. lebey kurang indon)
3. Lead Guitar (Terer sama ja dengan indon , banyak jugak yang lagi sedap dari indon example:sham kamikaze tuh, hujan punya lead tuh(tatau nama) ,joe wings , man keedal dan ramai2 lagi )
4.Drummer pon bagus-bagus
5. Bassist - Jari sotong, lembut gila dia main macam bassist flop poppy yang sebelum nih (aku tabik dia)

*Banyak band-band indie yang baru nih takdak violin, backing vocal,keyboard and violin. Btoi tak?Dengaq dan compare. Instrumen nih macam bahan-bahan dalam resepi memasak la. Banyak bahan lagi sedap serupa jugak macam insturemen, lagi banyak lagi lagi rasa mcam satu kampung tengah perform. Tapi kalau banyak sangat pon pening gak kan?

And last skali bahasa. Depa Bahasa Indonesia Kita Bahasa Malaysia. Tapi dua-dua lebey kurang sama ja. Tapi kalau hampa semua perasan, indie banyak sangat pakai perkataan bulan,bintang,pelangi,berlari, awan,malam,esok,kayangan,suria,bidadari and so-on so on. Banyak lagi perkataan smart-smart dalam kamus dewan bahasa tu.

cuba banding ayat ni

lagu Stings kot kalau tak silap
(aku dengaq dekat sinar tadi terus aku search lirik dia, cam lawak)
Ku timang-timang kasih
Ku timan-timang sayang
ingin ku belai rambutmu itu
Ku tidak berdaya
Berat kaw-kaw ke rambut minat tuh bang? bapa ploh kilo? bleh buat dumbell ka abang oit?

lagu nidji( Bahasa Indonesia ngko dapat A1 k? ke cilok lirik orang?)
Yakinkan aku Tuhan
Dia bukan milikku
Biarkan waktu waktu
Hapus aku
Cuba la pk-pk apa bezanya

kadang-kadang muka ganas kaw-kaw tapi nyanyi lagu bunyi macam lagu merry go around dekat fun fair. in addition banyak sangat perkataan-perkataan inggeris yang convert kepada malay, contoh macam revolusi,situasi(mampuih geng-geng bunkface maki aku hehe),
konklusi (jangan marah ek peminat hujan) diskusi,dedikasi dan ntah apa-apa lagi.. Macam asing la bahasa inggeris dalam lagu melayu.
Seolah-oleh kita makan nasik lemak yang ada kuah sotong masak blueberry .
Mungkin sedap, tapi totally tak kena..

Bukan aku tak open minded tapi aku rasa macam tak kena.
So,Mari lah mengimprovekan muzik malaysia macam pop shuvit ka, meet uncle hussein ka(bab-bab berpecah jangan ikot) ,
hujan (tak sangka guna chord 7th ngan 9th bleh buat lagu bunyi macam-macam pop),
Juanna And Co ,
Wings(Kalau dewa ajak 1 by 1 ngan band malaysia aku letak depa laa) ,
Butterfingers (mengapa hangpa bersara oit.... abeh la aku.. sob sob sob) ,
Raihan (guna suara saja dengan kompang sket tapi melody cam koir 15 bijik sekolah bunyinya)

Hehe penat-penat. Remy konfem marah aku neh hahaha, dia anti muzik indon, hahaha... abes la aku p semayang jumaat jalan kaki hehe.

'Mari menikmati muzik tanpa menghiraukan batas bahasa'

Terluah Sudah. Aku tak kesah pon, bukan M.nasir baca pon blog aku hahaha.

Wednesday 26 August 2009

Buka Puasa

4 hari sudah berlalu dalam bulan ramadan tahun ini.
Aktiviti-aktiviti kelas macam biasa, tiada perubahan. Kelas Sana Kelas Sini, Tutorial Sana Tutorial Sini, Lab Sana dan Lab Sini.

Tahun ini aku berazam untuk semayang tarawikh penuh (tadi aku ada kelas IPM) maka (akan) terpaksalah aku semayang tarawikh dekat bilik sahaja(Insya Allah). InsyaAllah tahun ini dengan ketiadaan figo di sini aku tak akan main PES sewaktu orang tarawikh(dulu figo selalu ajak aku. ini adalah fitnah).
Aku kol figo , beliau makan makanan laut setiap hari (aku rasa dia makan ikan masin saja,ikan masin juga makanan laut).
Aku gtalk dengan duih katanya nk bukak puasa dengan geng ofis (konfem makan sedap-sedap).
tiba-tiba...

Mak aku kol tadi (video call) sambil tunjuk kain baju melayu raya taun nih. Kaler macam kaler tak best ja.
Tapi ok la. Ada jugak baju raya. Syukur-syukurer-Syukerest aku rasa.

Bukak puasa makan apa? Kami serumah bekerjasama tong-tong duit .Sorang spuluh ringgit.
Dengan kawan-kawan lain?
Ada satu hari tu kami p makan steamboat.Kempunan kata rakan-rakan selaparan dengan aku.
Makanan? Takpa.
Gambaq is worth than thousand word

Cubaan memberi aku makan aiskrim secara romantik oleh Remi.


Stimboat yang menyengkakkan perut .Pemilik tangan adalah dirahsiakan.Sila tanya bido.

Tak percaya? ini memang pedot. Ya my rumate pedot. Ya dia sedang masak. Ya dia memang tengah masak.Bukan olok2.

dialog 'Ya,puan-puan , masukkan 5 bijik cabai melaka, tumis sehingga warna kekuning-kuningan, kalau nak pedas tambah cili, kalau nak manis tambah gula, bersama chef dot dalam rancangan mari mengeksperimen makanan terhadap kawan-kawan'


Ini bukan dinner.Ini bukan bukak puasa. Ini sahur secara jamaah dan beramai-ramai. Menu sahur adalah ayam masak kunyit, sotong kangkung, kangkung belacan, ayam paprik, daging masa merah, koewtiaw kungfu ,koewtiaw hailam,koewtiaw goreng dan tak lupa sotong goreng tepung. Kami berharap mendapat keberkatan sahur dengan makanan yang tak seberapa ini.



.Bukak puasa hari second.Kelihatan makanan-makanan cliche pasar ramadhan.
Ada yang masak sendirik.Ada yang beli. Turut kelihatan tangan-tangan lapar.Housemate ku semuanya pemurah.

Minuman paling nikmat ketika berbuka puasa. Sirap Bandung Yang Berais Dimana Wap-Wap Ais Kelihatan Berlegar-Legar Di Sekeliling Gelas.





Sunday 23 August 2009

Komenan Terbaik hehehe

Baru usha-usha komen , dah dapat komenan yang terbaik hehe..
Sumbangan Mat Pie dan Matzam.

to Mat Pie : Nak buat gena , kawan-kawan dah ada komitmen lain hehe :P
to Mat Zam : Tamau ajak hang main futsal dah muahaha

Assalamualaikum



Aku telah menukar lay-out blog aku.
Saja la test-test nak tengok elok ka tak.

Harap Suka
(Muahahahahah)

ps: segala komen-komenan sangatlah dialu-alukan.

Friday 21 August 2009

Selamat Datang Ramadhan

Ramadhan a.k.a bulan puasa telah tiba. Banyak benda-benda baik di bulan ramadhan nih. So optimize it accordingly. Bercakap mengenai bulan puasa ini , dah masok 4 taun aku berpuasa di utp nih. Rasa sama macam berpuasa kat rumah cuma time tengah hari panas sikit ja.

Kawan-kawan aku yang ada kat UTP la nih dah banyak buat persediaan menghadapi ramadhan seperti memborong roti di kedai v4, beli kurma berkotak-kotak , beli jam loceng , bukak balik al-quran yang lama tak dibukak, beli barang dapur, dan delete file-file dalam komputer yang tak perlu.

Adapun bulan ini kebanyakkan orang kurang bersukan , ramai jugak makhluk-makhluk tuhan yang main futsal dimalam hari termasuk aku. Lepas tarawih teruih main futsal. So takdak alasan bulan nih tak boleh bersukan. Target mesti diteruskan!

Aku nak buat ucapan kepada kawan-kawan yang sedang meng'intern'diri di luar UTP.Ok aku ada list:

1. Waffiudin Roy Gurunian- Sila berpuasa mengikut waktu Malaysia, jangan terbawa-bawa waktu berpuasa Amerika Syarikat. Baja di kilang janganlah dijadikan santapan berbuka puasa.

2. Figo The Sabahan Boy - Walaupun hang bukak puasa sejam lebih awai dari kami, hang jangan cuba call aku time hang tengah bukak puasa. Walaupun hang dok pedalaman sabah , harap hang berbuka puasa dengan makanan-makanan ruji. Takmau la dengaq hang bukak puasa makan daun kayu or anything equal.Lagi satu jangan main dan ajak orang main PES waktu tarawih
(aku penah jadi mangsa haha)

3. Minud The Overtimer - Selamat berpuasa tanpa aku disampingmu hahaha... Taun nih aku tak dapat lagi belanja hang makanan sedap di waktu bukak puasa. Hang pon dah kaya la nih. Overtime kaw-kaw dengaq cerita.

4. Duih Si Penapis Minyak - Taun nih aku pi tarawikh dengan din la, takleh la nak tumpang hang naik moto dah. Hang kalau bukak posa lauk sedap-sedap kirim mai laa. Dengaq cerita dok sana banyak sangat sana jadi hot tak mau-mau nih. haha

5. Dobi Penapis Minyak Melaka - Make sure hang masak sedap-sedap time bukak puasa sbab hang masak slalu sedap.(Figo yang kata). Dengan hang aku nak mintak maap kalau ada silap salah(list yang kat atas depa lagi banyak buat salah dekat aku.Depa p cameron highland tak ajak aku, haha)

6. Ustad Si Penggali Minyak - Puasa kat KLCC tuh elok-elok la, jangah dok turun concourse time tengah hari cuci-cuci mata. Nanti boleh cuci pahala sekali baru hang tau. Hang masak memang sedap, hang bancuh horlick pon sedap, bukan macam pak roy. langsung tatau apa-apa. Sempena bulan posa hang akan menjadi lebih tough aku tau sebab hang memang tough dan handsome.

7. Pak Syed Amin Tukang Gali Minyak - Sila jaga ustad dan nanti aku nak p KL bukak posa sana haha

6. To Matdin, Jaf, Paid , cipol,Sasha, Abal, matyie , aslam,sesopian, seni,wan serat, dan lain-lain selamat berpuasa jugak

'Selamat Berpuasa'

Cacat-cacat di UTP mengucap selamat berpuasa.
Makan-makan dulu-dulu
antara Dosa aku dekat minud .haha
Tunggu Azan nak bukak puasa.Zaman muda-muda dulu

Tuesday 18 August 2009

Gitar Dan Saya



Is started when i'm in form two, ok dah habeh part english.Haha. Aku selalu tengok abang aku main gitar. Mula-mula aku anggap instrumen sangatlah bengap kerana berbunyi seperti radio rosak. Selepas beberapa ketika aku dengaq bunyinya makin sedap.. Rupa-rupanya abang aku telah improve main gitar. Dari radio buruk bunyi gitar tersebut menjadi semakin mantap dan menarik.

Aku tak penah dengaq lagu lain selain dari lagu nirvana yang abang aku main setiap hari. Lepas tu abang aku masuk universiti.. Dia tinggai gitar kapok dia dalam bilik. Di sudut bilik. Aku langsung tak heran sebab aku tak reti main.

Setaun lepas tuh aku download lagu Pearl Jam , Last kiss kot kalau tak silap. Aku dengaq macam senang ja nak main lagu tu guna gitar. Aku ambek gitar abang aku yang dah lama tak tukaq tali. Aku p kedai depan rumah aku. Aku beli buku yang tajuknya 'Bermain Gitar Dalam Masa 30 hari' harga dia RM 3.50. Kenapa aku ingat harga dia? sebab aku bawak RM 3 ja. So aku mintak diskaun dari mamak tersebut.Dia dengan terpaksa. Bagi jugak diskaun tersebut. Buku tu kaler koko.

Lagu last kiss tuh sangat senang. Chord Lagu tuh Cuma G Em C D. Hari pertama aku belajaq tekan chord G. Aku main chord G sepanjang hari sambil bangga kaw-kaw kerana aku telah bergelar guitarist. Selepas main lagu tu banyak ar lagi lagu-lagu lain yang aku main. A.C.A.B of course.

So PMR dapat 8A. Mak tanya nak handphone ka guitar. Abang aku hasut aku suruh beli Bass. So aku beli bass warna hitam. rupa-rupanya abang aku nak menggoreng gitar dan suruh aku main bass. hahaha..


Lepas tu abang aku beli Guitar Epiphone dan Yamaha Pacifica. Aku lawan balik. Aku dapat hadiah dari pakcik aku. Guitar Gibson Les Paul straight dari U.S.A bersama amp marshall. ABang aku kalah kaw-kaw. Gitar dia harga murah. Tiap2 hari aku gelak kat dia.

Time foundation aku beli guitar kapok sebijik untuk practise. Lama aku guna guitar tu.
Dengan gitar tu jugak aku telah mengajar anak-anak murid aku seramai empat orang hahahaha.. bangga-bangga. nama-nama anak murid takleh disiarkan takut kena saman dengan pedot , remy ,pisang dan azfa.

Bila dah zaman second year, untuk mengubat hati yang hancur kerana putus cinta(ayat tak tahan hahaha) aku beli guitar Squier Stratocaster 51. Langsung tak dak kena mengena kan? haha.. Sebenaqnya memang aku nak beli pon guitar tuh dengan amp roland.. rm1500 jugak la kan..

Aku dalam perancangan nak ajak abang aku beli dram digital roland.Tapi abang aku dah ada anak so dia terpaksa tangguh dulu plant tersebut.

Aku cakap kat abang aku 'gua akan ajar anak lu jadi guitaris paling hebat zaman ini' Erm.. pagi tadi aku bangun-bangun tidoq aku teringat macam nak beli keyboard. Main piano sikit-sikit tau dah

Ok la tu. Duit mungkin aku boleh mintak mat anip dulu. Sebab time aku main gitar pon dia selalu dengaq persembahan aku secara free. Haram tak pnah bayaq.
GrenggGGgg!


Diatas stage dan gemuruh kaw-kaw

Baru beli sket haha.. Pengubat hati muahaha

Zaman dapat 8A dpat bass

Wednesday 12 August 2009

Sebelum Dan Selepas (1)

Banyak perubahan berlaku sebelum dan selepas internship .
Ada yang baik dan ada yang buruk.
Tetapi mujurlah dalam semua kawan-kawan aku takdak seorang pon yang melakukan pembedahan transgender.

Kebanyakan perubahan berlaku seiring dengan tempat intern mereka. Yang intern dekat rumah telahlah menjadi gemok kerana setiap hari emak mereka akan masak lauk sedap-sedap untuk memuaskan nafsu mereka.

Yang jauh dari rumah gemok jugak. So tiada beza lah duduk dekat rumah k duduk jauh dari rumah. Semua kuat makan.Aku pon jadi gemok.

Mereka semua telah dewasa dan menjadi besar-besar belaka. Mereka telah mula memberi duit kepada ibubapa sebanyak rm100 sebulan dan memintak balik rm 150.



Zaman dulu-dulu kala.

Ini zaman foundation wal jahiliyah

Ini sudah besar sikit. Dah tahu selok belok hidup.Kurus sekejap sebelum gemok balik.

Setelah intern .Suma jadi cacat sekoq-sekoq.


Setelah intern semua malas belajaq kerana sudah dulu penah jadi general manager dan manager2 yang bergaji lapan angka. sekarang suma gaji rm500 balik. itupun masok tak tentu masa. Gambar ni baru amek tadi dalam kelas.. Semua muka blur.

Monday 10 August 2009

Nitrus -Sisa-


Apa makna rasa itu padamu
Apa maksudmu
Segalanya ada pada diriku
Apa cerita
Tiada satu kau teramat perlu
Apa yang kau lihat itu seadanya aku

Benar satu itu ada padanya
Benarkah kau terfikir itu tiada padaku
Benarkan aku
Buktikannya itu pada dirimu
Benarkan
Dirimu fikir kemungkinan itu

Mungkin kau kan tersiksa jika bersamaku
Mungkin jua kau kan sesalinya seumur hidupmu
Mungkin jua suratannya begitu
Mungkin aku bukan yang kau kenali dulu

Benar segalanya ada padaku
Benarkah kau terfikir itu tiada padamu
Benarkan aku
Buktikannya itu pada dirimu
Benarkan
Dirimu fikir kemungkinan itu
Mungkin kau kan tersiksa jika bersamaku
Mungkin jua kau kan sesalinya seumur hidupmu
Mungkin jua suratannya begitu
Mungkin aku bukan yang kau kenali dulu

Mungkin kau kan tersiksa jika bersamaku
Mungkin jua kau kan sesalinya seumur hidupmu
Mungkin jua suratannya begitu
Mungkin aku bukan yang kau kenali dulu
Mungkin ku yang tersiksa jika bersamamu
Mungkin jua ku kan sesalinya seumur hidupku
Mungkin jua suratannya begitu
Mungkin kamu bukan yang ku kenali dulu


Sunday 9 August 2009

Balik Lepak Rumah


Hari Jumaat yang lepas aku balik rumah, sampai-sampai di stesen bus aku menjerit 'aku pulang, tanpa dendam, kuterima...' haha nampak sangat aku menipu. Mana ada orang balik rumah nyanyi lagu 'aku tak percaya lagi' sheila on seven tuh..

Aku balik rumah tiap-tiap hari aku keluaq dengan Mat Anip. Aku p minum-minum dengan makan-makan sementara awek dia tadak lagi. Lepas awek dia dah balik aku clash ah ngan dia haha.. Mat Anip hanya mahu makan thosai setiap pagi sedangkan aku perlu nasi kandaq,so tak matching ...dets why we break up... Tapi mat anip tetiap ari dok keluaq ngan aku pon p buat aktiviti tak berfaedah seperti round kangaq, cari road block , kemas kereta mat anip yang ala-ala ntah.. Nak ajak dia main futsal memang dia tak main futsal... Nak ajak berenang dia demam, ajak makan dia on.. k jom p makan tetiap ari..

Paan pon cuti selsema babi jugak, nasib baik dia tak jadi babi ja katanya. Topik perbincangan aku mat anip ngan paan hanyalah mijan.mijan.mijan. Ap bes sangat dengan budak tu aku pon tatau..
Paan tak lama lagi akan jadi cam mat anip, akan keluaq kelab orang bujang.. insyaallah hahaha..

Balik kali nih ada la kontroversi , scandal dan dot dot dot..
aku keluaq p aloq staq jumpa roy... roy tanya mai dengan sapa..
hahaha... dengan sapa aku p tanya la roy (hang bising2 aku luku hahaha)
Roy kerja keluaq dengan awek dia .. jmpa awek laa sebab awek dah nak balik U.S ,roy cuma balik Texas (gurun) saja...

Lepas tuh p usha anak sedara aku sat. anak abang aku. nama dobi eh silap... nama dia imran...
cam dobi la pulak...hahaha... muka sket pon tak macam aku..hahaha


Paan dan Makanan Paru-Paru


Sekarang banyak kes buang bayi, mat anip tengah buang ap?
Rumahku Sergaku

Anak Abang Aku, Anak Sedara Aku, Hensem Cam AkuAnak Kak aku ..Hahaha.. badan macam aku haha..
.



Sunday 2 August 2009

Oink Oink Oink

H1N1 menyerang UTP.
Hahahahaha..
Cuti Sampai Khamis...

Menghabiskan Beras di Rumah


.Scandal Sana Sini.