Wednesday 26 August 2009

Buka Puasa

4 hari sudah berlalu dalam bulan ramadan tahun ini.
Aktiviti-aktiviti kelas macam biasa, tiada perubahan. Kelas Sana Kelas Sini, Tutorial Sana Tutorial Sini, Lab Sana dan Lab Sini.

Tahun ini aku berazam untuk semayang tarawikh penuh (tadi aku ada kelas IPM) maka (akan) terpaksalah aku semayang tarawikh dekat bilik sahaja(Insya Allah). InsyaAllah tahun ini dengan ketiadaan figo di sini aku tak akan main PES sewaktu orang tarawikh(dulu figo selalu ajak aku. ini adalah fitnah).
Aku kol figo , beliau makan makanan laut setiap hari (aku rasa dia makan ikan masin saja,ikan masin juga makanan laut).
Aku gtalk dengan duih katanya nk bukak puasa dengan geng ofis (konfem makan sedap-sedap).
tiba-tiba...

Mak aku kol tadi (video call) sambil tunjuk kain baju melayu raya taun nih. Kaler macam kaler tak best ja.
Tapi ok la. Ada jugak baju raya. Syukur-syukurer-Syukerest aku rasa.

Bukak puasa makan apa? Kami serumah bekerjasama tong-tong duit .Sorang spuluh ringgit.
Dengan kawan-kawan lain?
Ada satu hari tu kami p makan steamboat.Kempunan kata rakan-rakan selaparan dengan aku.
Makanan? Takpa.
Gambaq is worth than thousand word

Cubaan memberi aku makan aiskrim secara romantik oleh Remi.


Stimboat yang menyengkakkan perut .Pemilik tangan adalah dirahsiakan.Sila tanya bido.

Tak percaya? ini memang pedot. Ya my rumate pedot. Ya dia sedang masak. Ya dia memang tengah masak.Bukan olok2.

dialog 'Ya,puan-puan , masukkan 5 bijik cabai melaka, tumis sehingga warna kekuning-kuningan, kalau nak pedas tambah cili, kalau nak manis tambah gula, bersama chef dot dalam rancangan mari mengeksperimen makanan terhadap kawan-kawan'


Ini bukan dinner.Ini bukan bukak puasa. Ini sahur secara jamaah dan beramai-ramai. Menu sahur adalah ayam masak kunyit, sotong kangkung, kangkung belacan, ayam paprik, daging masa merah, koewtiaw kungfu ,koewtiaw hailam,koewtiaw goreng dan tak lupa sotong goreng tepung. Kami berharap mendapat keberkatan sahur dengan makanan yang tak seberapa ini.



.Bukak puasa hari second.Kelihatan makanan-makanan cliche pasar ramadhan.
Ada yang masak sendirik.Ada yang beli. Turut kelihatan tangan-tangan lapar.Housemate ku semuanya pemurah.

Minuman paling nikmat ketika berbuka puasa. Sirap Bandung Yang Berais Dimana Wap-Wap Ais Kelihatan Berlegar-Legar Di Sekeliling Gelas.





No comments:

Post a Comment