Tuesday 18 August 2009

Gitar Dan Saya



Is started when i'm in form two, ok dah habeh part english.Haha. Aku selalu tengok abang aku main gitar. Mula-mula aku anggap instrumen sangatlah bengap kerana berbunyi seperti radio rosak. Selepas beberapa ketika aku dengaq bunyinya makin sedap.. Rupa-rupanya abang aku telah improve main gitar. Dari radio buruk bunyi gitar tersebut menjadi semakin mantap dan menarik.

Aku tak penah dengaq lagu lain selain dari lagu nirvana yang abang aku main setiap hari. Lepas tu abang aku masuk universiti.. Dia tinggai gitar kapok dia dalam bilik. Di sudut bilik. Aku langsung tak heran sebab aku tak reti main.

Setaun lepas tuh aku download lagu Pearl Jam , Last kiss kot kalau tak silap. Aku dengaq macam senang ja nak main lagu tu guna gitar. Aku ambek gitar abang aku yang dah lama tak tukaq tali. Aku p kedai depan rumah aku. Aku beli buku yang tajuknya 'Bermain Gitar Dalam Masa 30 hari' harga dia RM 3.50. Kenapa aku ingat harga dia? sebab aku bawak RM 3 ja. So aku mintak diskaun dari mamak tersebut.Dia dengan terpaksa. Bagi jugak diskaun tersebut. Buku tu kaler koko.

Lagu last kiss tuh sangat senang. Chord Lagu tuh Cuma G Em C D. Hari pertama aku belajaq tekan chord G. Aku main chord G sepanjang hari sambil bangga kaw-kaw kerana aku telah bergelar guitarist. Selepas main lagu tu banyak ar lagi lagu-lagu lain yang aku main. A.C.A.B of course.

So PMR dapat 8A. Mak tanya nak handphone ka guitar. Abang aku hasut aku suruh beli Bass. So aku beli bass warna hitam. rupa-rupanya abang aku nak menggoreng gitar dan suruh aku main bass. hahaha..


Lepas tu abang aku beli Guitar Epiphone dan Yamaha Pacifica. Aku lawan balik. Aku dapat hadiah dari pakcik aku. Guitar Gibson Les Paul straight dari U.S.A bersama amp marshall. ABang aku kalah kaw-kaw. Gitar dia harga murah. Tiap2 hari aku gelak kat dia.

Time foundation aku beli guitar kapok sebijik untuk practise. Lama aku guna guitar tu.
Dengan gitar tu jugak aku telah mengajar anak-anak murid aku seramai empat orang hahahaha.. bangga-bangga. nama-nama anak murid takleh disiarkan takut kena saman dengan pedot , remy ,pisang dan azfa.

Bila dah zaman second year, untuk mengubat hati yang hancur kerana putus cinta(ayat tak tahan hahaha) aku beli guitar Squier Stratocaster 51. Langsung tak dak kena mengena kan? haha.. Sebenaqnya memang aku nak beli pon guitar tuh dengan amp roland.. rm1500 jugak la kan..

Aku dalam perancangan nak ajak abang aku beli dram digital roland.Tapi abang aku dah ada anak so dia terpaksa tangguh dulu plant tersebut.

Aku cakap kat abang aku 'gua akan ajar anak lu jadi guitaris paling hebat zaman ini' Erm.. pagi tadi aku bangun-bangun tidoq aku teringat macam nak beli keyboard. Main piano sikit-sikit tau dah

Ok la tu. Duit mungkin aku boleh mintak mat anip dulu. Sebab time aku main gitar pon dia selalu dengaq persembahan aku secara free. Haram tak pnah bayaq.
GrenggGGgg!


Diatas stage dan gemuruh kaw-kaw

Baru beli sket haha.. Pengubat hati muahaha

Zaman dapat 8A dpat bass

2 comments:

  1. nak masok team ko jd vokalis leh?haha

    ReplyDelete
  2. bo,aku tak mintak pampasan ganti rugi hilang selera makan,kemurungan melampau,sakit uri2,tekanan perasaan dan lain lain lagi lepas dgr hg main gitar pon dah cukup bagus..

    ReplyDelete