Thursday 30 July 2009

SCHOLAR BULAN OGOS 09

Hampa tau kan lambang nih maksudnya scholar lewat atau cepat kan? hahaha



MEMANDANGKAN AKU DAH TAK KAT KLCC LAGI,
AKU TELAH MELANTIK(pandai-pandai j aku lantik) USTAD SEBAGAI ORANG TENGAH ANTARA AKU DENGAN ENCIK SUMBER.

SCHOLAR BULAN JULY TERSANGATLAH LAMBAT.
SECOND WEEK OF AUGUST KATANYA.
12 Ogos mungkin

Tapi seperti biasa.. jangan percaya 100% la.
sebab masalah cepat atau lambat selalunya depends on masalah along the way duit nak masuk.

Sebab masuk lambat?Hmm.. Tekalah Sendiri, Sapa teka betol, scholarnya akan masuk awal 3 saat dari kawan-kawan yang lain.Hampa mesti tau pnya..

Selamat Berjimat,Selamat Meneka.

(nak teka dalam comment aku pon bleh hehehe)
Takpa Takda Tol Perlu Dibayar,Takdak Rumah Sewa,Takdak Pass LRT, Takdak Hora-Hora kecuali Ipoh.

Tuesday 28 July 2009

Thanks To All


Petang tadi saja bukak2 blog aku... Nak tengok shoutbox.. Then aku telah realized yang blog aku telah mencapai 3000 hits.

First time aku bukak blog nih aku expect nak tulis time boring-boring ja. Tak Bajet pon orang nak baca sangat, lagipun blog aku bukan akademik or full of cerita-cerita menarik. Blog aku neh aku tulis ikot mood ngan spontan ja hahaha..

Aku rasa tak salah usha2 hits tuh sebab aku bukan letak iklan pon dalam blog aku neh. So kepada sesapa yang selalu baca blog aku , idea-idea merapu aku benda-benda baik,infomation, nasihat ka, pa-pa ka aku nak ucap
terima kasih.

At least aku tau ad gak orang baca blog aku ,siap ada pembaca misteri lagi haha.Benda-benda yang baik tuh amek la buat panduan, benda-benda yang buruk tuh amek la jugak mana tau ada baik dalam buruk tuh

So

meh aku tulis serangkap pantun

Tiada Kelas Di Hari Rabu,
Lecturer Aku Demam 2 hari,
Terima Kasih Baca Blog Aku,
Senang-Senang Bacalah Lagi

BANG!!!Kena Tembak

THANKS!!!

Pantun Melayu Zaman Moden

Merapu Daa hahaha...

Buah Cempedak Di Luar Pagar,
Ambil Galah Tolong Jolokan,
Saya Budak Baru Belajar,
Nah ngkau..Jolok Jolok sangat, Kurang ajar.

Pisang Emas Di Bawa Belayar,
Masak Sebiji Di Atas Peti,
Hutang Emas Boleh Di Bayar,
Apasal engkau suka berhutang tak bayar-bayar?,

Kelip Kelip Kusangka Api,
Kalau Api Mana Putungnya,
Kalau Putung Menyala tadi,
Mai La Sebatang ...rokok pon berkira,

Gunung Daik Bercabang Tiga,
Pulau Pandan Jauh Ke Tengah,
Apasal lidah engkau bercabang dua,
Ke dalam longkang ku campak jua,

Kalau ada sumur di ladang,
Boleh saya menumpang mandi,
Kalau air paip sudah dipasang,
Susah la saya nak mandi free,

Sorong Papan Tarik Papan,
Buah Keranji Dalam Perahu,
Apasal engkau sorong papan tarik papan dengan tinggal buah keranji dalam perahu,
Banyak kerja lain lagi nak dibuat ni..ngko tahu?



Sunday 26 July 2009

Lagu Lagu Hot Sepanjang Zaman

Saja ja nak letak gambaq laci meja aku.Bukan ada apa pn.Ikot suka aku daaaa.

Everytime aku dengaq lagu-lagu dalam list nih ,otak aku akan simulate balik feeling ketika zaman-zaman lagu ni tengah hot . Sentimental Value la pulak.

1. Its My Life by Bon Jovi - Dengaq lagu ini aku teringat zaman-zaman aku darjah 6 ngan tingkatan satu.Time itu masalah terbesar dalam hidup adalah kerja sekolah seperti karangan dan kira-kira sahaja.

2. I want It That Way by Backstreetboy - Ada budak pempoan zaman sekolah rendah bagi adiah birthday siap tulis lirik lagu nih lagi .hahaha... Aku gelak sakan ja time tu..Langsung tiada perasaan. Sekarang dia dah cun kawkaw (rugi den) hahaha.

3. Last Kiss by Pearl Jam - Lagu first yang aku main sendiri guna gitar.Time tuh baru belajaq, semangat dia lain macam sket. Aku main lagu nih dekat dua minggu jugak la , mak aku siap boleh tau part chorus dia haha.

4. Girl Friday By Butterfingers - Bila dengaq lagu nih tiba-tiba ja aku rasa confius haha.. Penah sekali tuh tengah dengaq lagu ni time kat traffic light hijau aku jadi blur nk buat pa haha.. Bahaya btoi.

5. Jika Kau Bercinta Lagi By Alleycats (tapi aku dengaq version Flop Poppy) - First time aku main gitar depan orang ramai dalam dewan.Ada hari ko-q kot kalau tak silap . Cuak Bangat, aku siap boleh silap chord lagi time chorus haha.Naseb baik kawan aku cover. Tapi time solo buat sendiri tuh rasa cam cool ja. Cuak gila aku time tuh.

6. Sampai Syurga By Faizal Tahir - Ini lagu kalau dengaq aaa, rasa macam nak tergelak pon ada, nak senyum pon ada, nak sedeh pon ada. Lagu ini 'Rojaking' my feelings la. Part yang 'aku tahu aku bukan yang terbaik untuk dirimu' batang hidung aku rasa macam kena karate aja.. Haha kena betoi batang idung.. Toink Toink Toink.

7. Symphony No.5 By Beethoven - Lagu ini bunyi macam canggih kan?macam aku seorang yang bijak mendengar lagu-lagu klasik kan..haha kalau ampa naktau lagu ni.. Cuba ingat balik iklan sabun Trojan. Yang intro tuh guna lagu nih la..

8.Mirae by Siti Amira Mohd Salleh (haha aku main tibai ja nama penyanyi dia, aku tatau langsung nama penyanyi dia erm kiroro k? correct me if aku salah) - Lagu ini bercakap bahasa jepun sepenuhnya , aku tatau lirik dia pasai pa.Kalau dia cakap 'aku bodo,aku bodo' dalam bahasa jepun pon aku tatau laa . Aku men nyanyi ja.Time part aku tatau tuh aku bubuh la barang-barang jenama jepun macam shokubutsu ka, idemitsu ka or apa-apa. Perkataan yang aku cam dalam lagi ni hanya hora(sama cam hora-hora k?),anatano ,hashimoto, korega .Itu ja aku cam. Tapi time dengaq lagu neh dengaq melody dia plak confirm aku rasa sedeh. Aku macam dah takleh dengaq lagu nih daa huhu... Teringat zaman dolu-dolu yang bahagia... Ades Sob Sob Sob... Isk Isk Isk.. PANG! ok ok back on the track.

9. Langit Ke Tujuh By Sharifah Zarina - Ini lagu saya suka nyanyi.Tiap Tiap ari mau nyanyi , masuk kereta nyanyi , jumpat trafic light nyanyi, kayuh basikal pon nyanyi, bawak moto pon nyanyi, makan pon mau nyanyi ini lagu. Last last ini lagu saya sendri nyanyi sama sendri punya hati. 'Kata-katamu hanya mimpi' itu slalu nyanyi, itu pasai suma jadi mimpi juga.mimpi ada juga ada nyanyi.

10.Kesemua Lagu-lagu ACAB - Zaman Form 1 Form 2 dulu dengaq lagu nih rasa semangat ntahapapantah . Semangat gila, aku rasa lagu-lagu ini mendorong jugak aku dapat 8a time PMR hahaha. Jiwa muda time tuh , nak rebel ja kerja. Hahaha.. Jamming pon lagu nih ja banyak.. Kalau dengaq balik la nih lagu ni aku rasa cam nak naik mesin perentas masa doraemon kembali ke zaman sekolah menengah yang best. Memang Gerek Syial! bak kata figo yang kini jadi orang town dan bandar yang suka chill and slalu cakap lets go we hanging and outing like dudez man!

Banyak lagi lagu yang best2, otak aku pon ada satu masalah juga, lagu-lagu best selalunya dirakam dalam bentuk kenangan yang sedeh, so kesian komposer lagu tu.. penat ja pikiaq chord proggresion ngan solo-solo pecah kepala,last-last aku buat feeling ja hahaha.

Thursday 23 July 2009

Saya Masuk Dark Side Ikut Darth Vader, Aumm


Blur..

The other side sedang bergembira lompat-lompat , Aku tengok saja sambil buat muka blur..
Dah Naseb..
What Can I do Kan?..

Hidup Ibarat Roda, Sekejap Di Atas Sekejap Di Bawah..
Roda Aku Pancit Waktu Di Bawah ...
Damn..

Is it my mistake sebab tak sediakan tayar spare?haha

Mungkin Boleh Mintak Tips Mat Anip cara-cara menukar Roda baru..


Tuesday 21 July 2009

Minud Si Ex-Rumate Episode One

Foundation Wal-Jahiliyyah

Bulan 12 2005, aku masok educamp di UTP. Sumpah aku tak kenai sapa-sapa selain daripada budak-budak sekolah aku yang mai educamp jugak. Selepas interview yang sesak-sesak aku p minum-minum dekat kafe v2 kedai mama tadak duit kecik. Aku nampak kawan sekolah aku jad, tengah sembang dengan mamat skema pakai spek. Ngeteh kata mamat skema itu.

Aku salam dia, dia cakap 'Aminudin , panggei minud'.. Aku cakap-cakap kosong dengan dia. Sambil belajaq dua tiga kerat perkataan Johor.Dia kerja dok pemain aku sebab cakap Perlis pekat.

Lepas tuh aku cakap dia 'kalau kita dapat masuk jom jadi roomate' kawan aku gelak kaw-kaw.. dia kata kalau dapat la, nampak gaya macam tak dapat..hahaha.. aku pon gelak.. aku ambek nombor mamat skema tersebut...

Aku dapat offer masok utp. aku masok ja. Waktu hari pendaftaran aku kol mamat skema itu.. Dari jauh aku nampak dia dengan sebelah tangan beranduh warna putih aku cakap 'jom jadi roomate aku' dia cakap 'aku ok ja'.. aku pon main ajak ja..kalau dia perogol bersiri ka apa ka abes aku.. tapi naseb baik la dia baik dan alim (ketika itu).

bersambung..


Sunday 19 July 2009

Hahaha

Crush!
Lama dah tak crush neh..
hahaha..
it is a nice feeling! hahaha

Wednesday 15 July 2009

Pesanan Lan.

Lan adalah kawan aku di office , Lan selalu nasihat aku dalam bermacam-macam benda.

Lan umurnya 32 tahun. Lan selalu suruh aku study rajin-rajin.
Lan selalu cakap aku kalau tak ada kelulusan nanti susah nak hidup.
Lan cakap kalau bujang-bujang hidup susah tak apa.
Because takdak orang yang susah kecuali diri sendiri.
Lan cakap kalau dah berkeluarga nanti susah hidup kalau tak ada kelulusan.
Lan cakap hidup banyak cabaran.
Lan cakap ada masa engkau rasa macam penat lalui semua benda.

Lan cakap kita orang laki kena jadi ketua keluarga dan banyak tanggungjawab, anak sakit kita pening, wife sakit kita pening, anak nak masuk sekolah kita pening, anak nak beli mainan kita pening. Bukan la aku cakap aku tak sabar-sabar nak buat semua tuh tapi Lan cakap kat aku bagus, at least Lan bagi idea dekat aku macam mana mencabarnya hidup.

Lan pesan 'Nuar,ngkau dah stadi elok-elok jangan main-main, kitaorang suma nih takdak peluang nak stadi, bila abes sekolah kita orang dah kena cari kerja nak jaga adik-adik, lan slalu cakap kalaulah dia boleh sambung stadi balik it will change a lot .'

Bila aku bersembang dengan Lan, aku dapat tengok perspective hidup dari sudut orang yang sudah berkeluarga dan bekerja.Memang banyak cabaran.

Lan jugak pesan banyak benda berkenaan kehidupan, macam mana nak handle relationship , macam mana nak tackle awek,macam mana nak macam-macam lagi.

Lan pesan 'stadi rajin-rajin , susah selama 3 4 tahun berbaloi sebab insyallah kita akan senang 40-50 tahun. '

InsyaAllah . Aku tak lupa

Sebulan lepas Lan berhenti kerja dekat office aku. Dia nak Focus dia punya business
Lan bagus sebab disamping kerja as contract staff dia ada bisness sendiri.Lan ada kedai dekat downtown Cheras , kedai jual pakaian and towel.

Aku tau Lan insyaallah berjaya, hati dia baik, takdak busuk punya. Lagipun taklama lagi aku rasa dia lagi kaya dari kawan-kawan dia yang lain. Amin :)

Trip Trip Trip


S.Alam--------->Kangar------->Tronoh

or

S.Alam------>Tronoh-------->Kangar

or

S.Alam-------> Tronoh

or

S.Alam--------->Kangar.

Driving my Perodua Kelisa 130 km/h max, kalau lebey takot terbang macam cerita hollywood plak haha.

Apesal la UTP bagi cuti between intern dengan sem baru seminggu ja.
Hahaha.

Monday 13 July 2009

Soalan Soalan Yang Critical Di Masa Critical.(Update)

Soalan-soalan pengerat silaturrahim... Soalan-soalan nih selalu ditanya untuk mengeratkan silaturrahim disamping membuang masa. Aku selalu ditanya soalan-soalan ni. Kadang-kadang aku pun tanya orang jugak..Antaranya.

1.Barang aku hilang lepas tu aku cari lepas tu ada orang datang tanya 'hang letak mana?' kalaulah ku tahu, tentu aku dapat kembali barang yang hilang... mungkin ak boleh jawab macam ni.. 'erm barang saya hilang di tengah padang,tapi saya cari dibawah lampu sebab terang sikit manakala di tengah padang keadaannya gelap ,amacam?'

2. Aku main bola, aku tengah bawak bola dan gelecek sesuka hati, tiba-tiba ada defender pihak lawan tackle kaki aku macam masked rider rx buat tendangan maut dia dekat buku lali aku. lepas tuh dia tanya'sakit x ?,mintak maaf ek' aku mungkin boleh jawab 'tak sakit,tahukah anda buku lali saya diperbuat dari keluli tahan karat berkandungan karbon sebanyak 3 %'

3. Ditahan polis sebab tak bubuh side mirror waktu naik moto,polis tanya 'anda tahu kesalahan anda?' aku macam nak jawab 'saya tahu, kesalahan saya adalah kerana saya dah hensem dan tak perlukan side mirror untuk membelek rambut saya selepas membuka helmet selepas sampai di tempat yang ditujui '

4.Yang ni lagi terang dan nyata, aku tengah breakfast lempeng McD yang besaq-besaq ada tulis McDonald pada pukol 8.30 pagi... officemate aku tanya 'eh nuar ngkau breakfast ek?makan lempeng k? , beli mana?' aku rasa macam nak jawab 'aku tengah makan nasi beriyani ayam goreng sebagai qadha makan malam aku tiga tahun lepas'

5. Soalan nih aku tanya dekat makcik aku semasa aku umoq lebih kurang darjah satu 'suami maklong orang panggey paklong ke?' makcik aku gelak sambil cakap 'kalau suami maklong orang panggey pak ngah,masalah besaq tuh bobo'.

7. Aku dalam lif nak ke office, aku tekan nombor 15, ada sorang manusia dalam lif tanya kenapa tak naik tingkat 14... aku konfius gila time tuh..

8.Soalan dalam filem yusof haslam time makwe tanye pakwe dia 'you sayang i tak?' patutnya pakwe dia cakap camni 'mana ada i sayang you, separuh gaji i abes kat you tu bukan tanda sayang, i naik moto besa i dari johor sampai kl nak jumpe you pon saje2 je, i suap you time makan-makan tadi pon saje je nak buat amal kebajikan .. saje je... saje..........'

9.Dalam gerak khas polis bertanya kepada pembunuh 'adakah awak telah bunuh lelaki tersebut?' dan penbunuh jawab 'tidak saya tidak membunuh lelaki tersebut kerana saya seorang yang baik,lagipun semasa saya di universiti saya selalu dapat pointer 3.4 ke atas' walhal ketika pembunuh ditangkap beliau sedang pegang pisau rambo yang tiga suku terbenam dalam dada mangsa yang dibunuh.

10. Hehehe bapak jangan marah bo ek haha, time aku kecik aku slalu buat hal .. lepas tu bapak aku tanya 'kenapa buat bla.. bla..bla..' lepas tuh aku senyap, lepas tuh bapak aku cakap 'jawab la, kan pandai jawab' lepas tu aku jawab, lepas tuh bapak aku cakap 'tengok kecik-kecik dah pandai menjawab' aku konfius jugak hahaha... pak jangan mara ekk.. DusH DusH ,pak aku stunner aku hehe..

11.Tambahan dari Saf (Sila call remi untuk mengenali saf)
'Ada orang kol no rumah hampa,lepas tu dia tanya ni dekat mana nih? dekat rumah k?'

balik dari kelas or nak pg kelas sambil mengepit 3kilo buku then orang tnya
'nak pegi class ke?baru balik kelas k?' hampa patut jawab 'taklah ini trend zaman sekarang,membawa buku seberat 3kilo di sambil berjalan-jalan membeli biskut tiger or shopping beg tangan or makan tepanyaki di jalanan'

12. Tengah makan nasi sepinggan ,air segelas di meja yang sangat kecik yang boleh muat 2 orang.then orang tanya 'makan sorang j k?' bolehla kita jawab
'taklah ,ramai yang makan bersama tambah2 lagi kalau kita tak baca bismillah,cik nak jadi salah sorang yang join kalau saya makan tak baca bismillah tuh? haha'

13.aku tanya pisang 'aku nampak gemok x?' pisang patot jawab 'dah terang-terang ang makin gemok la ni' tapi pisang seorang yang baik hati dia jawab 'takla, hang memang dah besaq ' hahaha

*aku gurau2 aja, aku diantara makhluk yang kerap juga tanya soalan bodoh ni kat orang.. haha...

'Bobo είναι τόσο όμορφος'
*bobo is so handsome in greek


Hari Tanpa Ke Office

Pagi tadi aku bangun tidur, about 6 a.m terus aku ke toilet mandi.
Aku masuk bilik, alamak!! Baju lupa hantar ke dobi dan aku tak iron baju lagi.

Ooo... Hari ini aku dah x kerja..
So apa nak buat?Final Report?erm.. tengah hari sikitla..

P shopping la beli kasut lagi hahaha..
Harap-Harap ada size..

Jom-Jom

Saturday 11 July 2009

So Long Kuala Lumpur !


Minggu ke-32 telah abes. Aku tengah bertungkus lumus membuat report final yang amat important untuk mendapat markah intern yang kaw-kaw.
Actually dah lama aku tak dak post baru dalam blog sebab aku super bz tahap dewa.

Jadi sempena meraikan keblahan aku dari offis, staff2 membuat jamuan rasmi dan kenduri kesyukuran atas keblahan aku hahaha...

Takla , depa suma baik2 telah buat kenduri time breakfast dengan nasik lemak kg baru. Tengahari kenduri dengan geng-geng bilik merokok a.k.a bilik lepak depa bawak makan madam kwan.
Petang dengan kawan2 seintern sehidup semakan,dekat wangsa maju makan stimboat yang stim dan lain2.
Malam dengan geng-geng Project Review and Extended Database.(Projek aku la tuh..) ngan joe ,apis,weena dan k.aida.

Aku tatau la lepas ni aku akan inform hampa info pasai scholar k x dah sebab aku pon dah abes practical so, nak ke ESU tu susah sikit la. Mungkin info scholar july tuh last kot.
Mungkin la sebab aku pon tatau lagi camna.

Time bos aku buat speech aku tak rasa apa-apa, maksud aku takdak la nak rasa sedih-sedih ka apa-apa sebab aku seorang lelaki metropolitan kosmopolitan kesempitan hahaha..

tapi..
time last2 about 5.35pm tu lampu office dah tutup.. ada abang joe,wina ngan kak sarah.
then aku shutdown komputer aku dekat office for the last time.Meja aku pon dah bersih sangat berbanding dulu yang macam kapai selam jepun yang dilanda garuda...

Bila computer aku dah shutdown... suasana hening.. sunyi jaa.. gelap2... langit pun gelap.. guruh dentum berdentum , hanya kedengaran suara kak sarah tengah cari handphone yang dia dah letak dalam handbag tapi dia lupa..
bergenang jugak sikit mata aku dengan air ais krim soda ..
entah bila aku boleh kerja lagi dekat botol kicap terbesar di dunia nih..
I mean bukan la nak emo sangat kan, tapi sebab peluang tak tau bila sampai kan...
kita pun taktau apa nak jadi in future kan...

Unfortunately, goodbyes are part of life. But I reckon for every farewell there's another hello that awaits.


Saturday 4 July 2009

TuuuT

Anak TuuuT betoi ar!
TuuuT Ar.
TuuuT Nak TuuuT betoi.
Macam TuuuT.

Sory, Aku mencarut di pagi hari, Hari Marah Sedunia kot hari ni.Haha

Friday 3 July 2009

Megasale Mengecewakan Tahap Tenuk Di Isetan.


Aku keluar rumah pukul 12tgh hari.
Bawak moto aku pg KLCC.
Tujuan aku nak beli kasut kickers sebab aku tengok dalam Newsletter Isetan ada diskaun 70%

Jadi kickers asai yang ori RM 298.00 jadi lebey kurang RM 90plus minus.
Bila sampai dekat Isetan aku terus pegi tempat jual kasut kickers tuh.
Ada model yang aku cari, aku mintak akak salesgirl dia cakap stock dah abes. Ok.
Kekecewaan Yang Pertama.

Then, aku tanya dia Isetan Sogo dengan Gardens ada Kickers x? dia cakap Takdak. Ok Fine.
Maybe rezeki aku bukan Kickers.Redha.

Aku jalan-jalan dekat Puma punya space dalam Isetan tuh, nampak Puma Pele Model NY76. Cun gila.Mengalahkan Lisa Surihani.

Tanya abang salesman, size tujuh setengah ad? Dia cakap ada size lapan ja. Aku try size lapan,Kawan aku (ustad) try letak jari dia belakang tumit aku dan boleh masok satu jari dia. Dia cakap besaq sangat, aku cakap nak jugak beli ok x? dia cakap cari la stokin yang sama tebai dengan size jari telunjuk dia.. Hampeh
.Kecewa Kedua.

Sebagai seorang yang tak mudah mengalah, aku pegi Isetan Sogo, salesgirl cakap model tuh tinggai size lapan.

Aku naik moto p Isetan The Garden, Salesman cakap model tuh tinggai size lapan.
Sebab apa size tujuh dah abeh? Average kaki manusia kat Malaysia size tujuh kah?

Aku balik tangan kosong. Dem betol. Abes duit kat parking ja. Dem. Dem.
.Setan punya Isetann.

Thursday 2 July 2009

Zaman Dulu Yang Old School

Dulu-dulu sudah habes, but worth to remember.

Hahaha, aku tengok gambaq nih pon aku tergelak sorang-sorang,sila cari din bakaq haha..

Apa aku ngan Pak Syed Amin buat time foundation? Berdiri tengah jalan sebelah V1?

BOBO@CITYSQUARE JB dengan musang ngan kord, lagik zaman foundation jahiliyah.

Aku dengan Band zaman sekolah,mantap gila time nih.. Perot pon takdak lagi dulu haha

Tengah merapu dengan peterpan tengah kelas tambahan SPM

Jamming jahiliyah zaman foundation, tengok rambut remi,lebat kaw2,macammana zapio ad?haha..Badan pon dah naik haha,time bahagia dolu-dolu yang sekejap hahaha

Dekat sekolah,time-time SPM, starting to grow my stomach, sampin x senonoh ja aku pakai haha..

Lagu Tema:Sila dengar sambil feeling haha
Boo Hoo clapping song by Carburetor Dung

I walk alone, I'm lonely
Why should we hear your problems?
I sit at home, I'm crying
Don't wanna know, we don't care
My baby's gone, she left me
Suits you right boy, you now it
My world gone wrong, please help me
We have no time, no beat it!

And everyday, we share our dreams
And everynight, we laugh at things
Now you don't care, now you don't feel
So many friends, now where they'll be?
Now you tell me...

Wednesday 1 July 2009

Berminggu-Minggu Berperasaan Rojak

Asyik-asyik tengok tag orang buat, aku teringin buat tag jugak.


1.Berapa berat badan anda naik?
2.5 Benda yang anda beli sepanjang intern?
3.Kata-kata Pedas Paling Diingati?
4.Kata-kata Manis Paling Diingati?
5.Berapa kali anda potong Rambut Sepanjang Intern?
6.Kerja paling penat yang pernah anda lakukan?
7.Kenderaan yang kerap dinaiki sepanjang intern?
8.Berapa kerap anda pulang ke rumah sepanjang intern?
9.Ada tempat paling menenangkan fikiran selepas balik kerja?
10.Apakah tabiat terbaru anda semasa intern?
11.Bos Yang Pemurah atau Bos Yang Sporting?
12.Letak nama orang yang korang menyampah sepanjang intern?hahaha
13. Minggu ke berapa yang paling anda ingati?
14.Apa yang rosak sepanjang tempoh intern?Akhlak dikecualikan.
15.Dunia ini (Penuh Tipu Daya/Harmoni Aman Damai) sila pilih satu dan komen.
16.Kerugian terbesar yang anda hadiahkan kepada syarikat?
17.Adakah SV anda sayangkan anda?
18.Kawan yang banyak membantu semasa intern?
19.Gambarkan tempoh internship dalam satu perkataan..
20.Gambarkan diri anda selepas internship dalam satu perkataan..

aku tag siapa? aku tag semua intern yang akan abes intern Jumaat minggu depan.

Just For Fun :)

31 Minggu Berperasaan Rojak


1.Berat semakin berat.(Dare you to comment!)


2.Menghafal Jalan-Jalan di KL berserta short-cut short-cut yang hot


3.Makan di cafe-cafe yang chill termasuk BSN ,Central serta Briyani Tikus hahaha.


4.Pengalaman menghandle accident di Federal Highway bersama remy, masok balai polis,masok
bengkel di KL dan Mengclaim insurans.


5.Ride my EX5 from Shah Alam to Ampang then Bangi then to Ampang then to Damansara then to Shah Alam in One day.


6.Pengalaman menghandle event-event yang dibuat oleh Department, Tukang Cari Hotel, Tukang Survey,Tukang Gambar,Tukang Cakap(MC) dan berbagai-bagai tukang lagi.


7.Boleh bercakap English tanpa bunyi aaa..uuu...aaa....uuu... selama 5 ayat.


8.Memahami dunia penuh dengan penipu-penipu yang menunggu masa untuk ambik kesempatan.


9.Mendapat ramai kawan-kawan yang selalunya tua 10tahun dari aku, anyway they helped me a lot dan banyak ilmu-ilmu dewasa yang dibincangkan tanpa sempadan
(hampeh btol,mentang-mentang da kawen hahaha).


10.Berjumpa kawan lama yang lain benor jadinya mungkin lebih bagus atau buruk ..ntah...


11.Jumpa orang-orang yang selalu masok paper, A.Said,Anwar Ibrahim,Pak Lah,Tan Sri Hasan Marican(aku semayang jumaat sebelah dia OoOo,ilang khusyuk),Ziana Zain,Noh(Hujan),
Lisa Surihani (haha, aku buat tatau ja..control haha,lagipun takot dia marah aku pasal suruh ngorat roy hahaha)


12.Berpengalaman makan roti RM 1.50 yang dikerat dua sambil makan di tepi tiang dimasa scholar dan gaji tak masok sewaktu hujan lebat di KLCC.


hahaha... Aku Nak suruh depa ni tulis gak pasai benda nih dalam blog depa

1.Matpi
2.Suraya.
3.Atirah.
4.Zeti.
5.Ojan.