Monday 13 July 2009

Soalan Soalan Yang Critical Di Masa Critical.(Update)

Soalan-soalan pengerat silaturrahim... Soalan-soalan nih selalu ditanya untuk mengeratkan silaturrahim disamping membuang masa. Aku selalu ditanya soalan-soalan ni. Kadang-kadang aku pun tanya orang jugak..Antaranya.

1.Barang aku hilang lepas tu aku cari lepas tu ada orang datang tanya 'hang letak mana?' kalaulah ku tahu, tentu aku dapat kembali barang yang hilang... mungkin ak boleh jawab macam ni.. 'erm barang saya hilang di tengah padang,tapi saya cari dibawah lampu sebab terang sikit manakala di tengah padang keadaannya gelap ,amacam?'

2. Aku main bola, aku tengah bawak bola dan gelecek sesuka hati, tiba-tiba ada defender pihak lawan tackle kaki aku macam masked rider rx buat tendangan maut dia dekat buku lali aku. lepas tuh dia tanya'sakit x ?,mintak maaf ek' aku mungkin boleh jawab 'tak sakit,tahukah anda buku lali saya diperbuat dari keluli tahan karat berkandungan karbon sebanyak 3 %'

3. Ditahan polis sebab tak bubuh side mirror waktu naik moto,polis tanya 'anda tahu kesalahan anda?' aku macam nak jawab 'saya tahu, kesalahan saya adalah kerana saya dah hensem dan tak perlukan side mirror untuk membelek rambut saya selepas membuka helmet selepas sampai di tempat yang ditujui '

4.Yang ni lagi terang dan nyata, aku tengah breakfast lempeng McD yang besaq-besaq ada tulis McDonald pada pukol 8.30 pagi... officemate aku tanya 'eh nuar ngkau breakfast ek?makan lempeng k? , beli mana?' aku rasa macam nak jawab 'aku tengah makan nasi beriyani ayam goreng sebagai qadha makan malam aku tiga tahun lepas'

5. Soalan nih aku tanya dekat makcik aku semasa aku umoq lebih kurang darjah satu 'suami maklong orang panggey paklong ke?' makcik aku gelak sambil cakap 'kalau suami maklong orang panggey pak ngah,masalah besaq tuh bobo'.

7. Aku dalam lif nak ke office, aku tekan nombor 15, ada sorang manusia dalam lif tanya kenapa tak naik tingkat 14... aku konfius gila time tuh..

8.Soalan dalam filem yusof haslam time makwe tanye pakwe dia 'you sayang i tak?' patutnya pakwe dia cakap camni 'mana ada i sayang you, separuh gaji i abes kat you tu bukan tanda sayang, i naik moto besa i dari johor sampai kl nak jumpe you pon saje2 je, i suap you time makan-makan tadi pon saje je nak buat amal kebajikan .. saje je... saje..........'

9.Dalam gerak khas polis bertanya kepada pembunuh 'adakah awak telah bunuh lelaki tersebut?' dan penbunuh jawab 'tidak saya tidak membunuh lelaki tersebut kerana saya seorang yang baik,lagipun semasa saya di universiti saya selalu dapat pointer 3.4 ke atas' walhal ketika pembunuh ditangkap beliau sedang pegang pisau rambo yang tiga suku terbenam dalam dada mangsa yang dibunuh.

10. Hehehe bapak jangan marah bo ek haha, time aku kecik aku slalu buat hal .. lepas tu bapak aku tanya 'kenapa buat bla.. bla..bla..' lepas tuh aku senyap, lepas tuh bapak aku cakap 'jawab la, kan pandai jawab' lepas tu aku jawab, lepas tuh bapak aku cakap 'tengok kecik-kecik dah pandai menjawab' aku konfius jugak hahaha... pak jangan mara ekk.. DusH DusH ,pak aku stunner aku hehe..

11.Tambahan dari Saf (Sila call remi untuk mengenali saf)
'Ada orang kol no rumah hampa,lepas tu dia tanya ni dekat mana nih? dekat rumah k?'

balik dari kelas or nak pg kelas sambil mengepit 3kilo buku then orang tnya
'nak pegi class ke?baru balik kelas k?' hampa patut jawab 'taklah ini trend zaman sekarang,membawa buku seberat 3kilo di sambil berjalan-jalan membeli biskut tiger or shopping beg tangan or makan tepanyaki di jalanan'

12. Tengah makan nasi sepinggan ,air segelas di meja yang sangat kecik yang boleh muat 2 orang.then orang tanya 'makan sorang j k?' bolehla kita jawab
'taklah ,ramai yang makan bersama tambah2 lagi kalau kita tak baca bismillah,cik nak jadi salah sorang yang join kalau saya makan tak baca bismillah tuh? haha'

13.aku tanya pisang 'aku nampak gemok x?' pisang patot jawab 'dah terang-terang ang makin gemok la ni' tapi pisang seorang yang baik hati dia jawab 'takla, hang memang dah besaq ' hahaha

*aku gurau2 aja, aku diantara makhluk yang kerap juga tanya soalan bodoh ni kat orang.. haha...

'Bobo είναι τόσο όμορφος'
*bobo is so handsome in greek


2 comments: