Saturday 11 July 2009

So Long Kuala Lumpur !


Minggu ke-32 telah abes. Aku tengah bertungkus lumus membuat report final yang amat important untuk mendapat markah intern yang kaw-kaw.
Actually dah lama aku tak dak post baru dalam blog sebab aku super bz tahap dewa.

Jadi sempena meraikan keblahan aku dari offis, staff2 membuat jamuan rasmi dan kenduri kesyukuran atas keblahan aku hahaha...

Takla , depa suma baik2 telah buat kenduri time breakfast dengan nasik lemak kg baru. Tengahari kenduri dengan geng-geng bilik merokok a.k.a bilik lepak depa bawak makan madam kwan.
Petang dengan kawan2 seintern sehidup semakan,dekat wangsa maju makan stimboat yang stim dan lain2.
Malam dengan geng-geng Project Review and Extended Database.(Projek aku la tuh..) ngan joe ,apis,weena dan k.aida.

Aku tatau la lepas ni aku akan inform hampa info pasai scholar k x dah sebab aku pon dah abes practical so, nak ke ESU tu susah sikit la. Mungkin info scholar july tuh last kot.
Mungkin la sebab aku pon tatau lagi camna.

Time bos aku buat speech aku tak rasa apa-apa, maksud aku takdak la nak rasa sedih-sedih ka apa-apa sebab aku seorang lelaki metropolitan kosmopolitan kesempitan hahaha..

tapi..
time last2 about 5.35pm tu lampu office dah tutup.. ada abang joe,wina ngan kak sarah.
then aku shutdown komputer aku dekat office for the last time.Meja aku pon dah bersih sangat berbanding dulu yang macam kapai selam jepun yang dilanda garuda...

Bila computer aku dah shutdown... suasana hening.. sunyi jaa.. gelap2... langit pun gelap.. guruh dentum berdentum , hanya kedengaran suara kak sarah tengah cari handphone yang dia dah letak dalam handbag tapi dia lupa..
bergenang jugak sikit mata aku dengan air ais krim soda ..
entah bila aku boleh kerja lagi dekat botol kicap terbesar di dunia nih..
I mean bukan la nak emo sangat kan, tapi sebab peluang tak tau bila sampai kan...
kita pun taktau apa nak jadi in future kan...

Unfortunately, goodbyes are part of life. But I reckon for every farewell there's another hello that awaits.


No comments:

Post a Comment