Tuesday 27 July 2010

Its Coming Back


Dah lama saya tak pernah deal dengan this situation.
AiyooO. Banyak Pening WooO.
Ada Benda Kecik Besaq Kecik Besaq.
Tapi at least nih benda baru laa.

Tuesday 20 July 2010

Hehe

Apa nak letak dalam blog nih hah?
Sepanjang cuti nih memang kerja relaks ja. xtvt pon takdak.
AAAaaaaaa......

Saya bercadang nak beli LC135 baru. Apa pendapat anda?

Thursday 1 July 2010

Selalunya


Selalunya.
Bangun dari tidur terus check email.
Check jugak gtalk.
Then bukak DC.

Selalunya. 
Bila rasa boring dan tak keruan.
Turun dari tingkat lima block c naik tingkat tiga block f.
then rasa senang hati.


Selalunya.
Bila lapar dan dahaga.
Tembak semua Gtalk kawan-kawan.
Makan ramai-ramai , benda sikit rasa berguni-guni.

Selalunya.
Bila semayang jumaat.
Sebijik wira (pedot)
Tujuh orang dia isi.

Selalunya.
Pukoi satu pagi
Dengaq Siren Mapley.
Semua jumpa dekat ameeth.

Selalunya.
Kalau rasa boring.
Bukak DC
Download series dengan muvie.

Selalunya.
Kalau rasa takmau beli.
kirim kawan nasik.
Macam ada delivery.

Selalunya.
Kalau hari esok cuti.
Malam nih  shabu-shabu lagi.

Selalunya,
petang rabu jangan kacau.
Jangan dok plan sana sini.
Pasar Malam wajib pergi.

Selalunya.
Bangun tidoq rasa happy.
Tapi 
Kiri kanan sudah sunyi.


Tuesday 22 June 2010

Sabar


Sabarlah , Ini semua dugaan.
 :)

Sikit-sikit roboh.

Dulu , nak roboh stadium merdeka. Tapi tak jadi sebab public marah kan.
Makanya tak jadi roboh.

So lepas tuh depa dok cari benda nak diroboh , depa pon ambik keputusan nak roboh penjara pudu.
Ok then penjara dah diroboh.
Lepas tuh nak roboh pulak tembok penjara pudu.
Dekat tembok tuh ada mural terpanjang di dunia.

Alasan roboh? permbangunan. lagipun depa tak anggap penjara pudu tu tapak warisan. Lagipun pembangunan lebih penting.

Tambahan pula , Penjara ja pon. Depa kata usianya cuma 100 tahun.

Pak menteri cakap , ianya bukannya sesuatu yang boleh membanggakan Malaysia.
Ok. Tapi sayang la kan. Ehh lupa plak Berjaya times square dekat sebelah tuh , lepas nih hampa cuba teka agak2 depa nak buat apa kat tapak penjara pudu tuh? hehe.

Ini la tapak penjara yang kena roboh. Bye bye. Ye la kan , lagipun benda nih British yang buat .kan kan.

Eh Eh.Yang nih bila lagi? Nih lagi terok, nih lambang penindasan portugis keatas orang melayu. Tamau roboh? hehe.

Lepas nih apa plak nak kena roboh? Cuba teka?

Bergambar Poyo

 
 Gambar ini diambil ketika kami nak keluaq UTP .Sedikit poyo tapi bermakna.
Cool!

Monday 21 June 2010

Owh World Cup.

Aku rasa argentina jadi champion world cup kali nih.
Aku tengok setakat la depa la paling best. 
  
Brazil???
Huh apa tu Brazil? Dulu memang aku sokong kaw2. Tapi sejak Dunga dok buat kepala dungga dalam Brazil aku dah tak minat Brazil. Gila k apa Brazil main counter attack?
Ibarat hang suro ronaldo main jadi keeper.

Kalau world cup nih jadi world cup yang upset , dimana kebanyakkan underdog menang , 
maka peminat pasukan malaysia bolehla la berangan nak tengok malaysia menang world cup.
Malaysia kan underdog. Ya ka underdog? Hahaha

Underdog? haha malaysia underdog?? haha...
 Merapu betoi aku nak tengok Malaysia menang world cup.
Orang paling optimis atas muka bumi pon cakap benda tuh merapu..

adeh~ 


Cuba cari singa tengah tunggu nak terkam geng2 nih tengah berlatih. tapi still leh masok worldcup. relax ja main atas  padang apa pon aku taktau.
wow abang. kasot cantik la, baju cantik la,seluaq pon cantik. grafik bukan main kaw2 cantik.world cup dah masok berapa kali bang?

Friday 18 June 2010

Hilangkan Vuvuzela di TV anda!

Mahu menikmati world cup tanpa vuvuzela? Go to sound setting tv hampa. Cari 300mhz punya frequency dalam equalizer. Turunkan sampai habes. Dengaq sikit ja vuvuzuela. Enjoy!!! Baru jumpa nih. Excited!

Thursday 17 June 2010

Ubah Sikit.


Hari ini aku baru tengok design baru.
Sekarang makin senang la nk ubah template.
Maybe we can say bye bye to coding? Ntah.

Apa nak buat untuk cari duit cuti nih? Ada yang cadangkan macam-macam benda.
Tapi entahlaaa..
Macam nak rehat dulu. :)

Wednesday 9 June 2010

Cerita Saya

Cerita Mengenai Saya Dinukil Oleh Ex...
Bukan ExGirl, tapi Ex-Rumate

http://kedaikopikami.blogspot.com/

Saturday 29 May 2010

Ha Ha Ha

Aku jumpa benda nih time tengah cari soalan interview. Saja la tengok-tengok soalan-soalan apa yang orang tanya time interview. Kata nak start cari kerja. Hahaha. Tapi merapu kaw-kaw cert betoi la soalan nih. Tapi its quite tricky jugak :P

Story One

Employer: Do you have a boyfriend?
Candidate: I have.
Employer: Is he working locally?
Candidate: No. He is working Overseas.
Employer: Sorry, my company cannot employ you!
Candidate: Why?
Employer: You will not be able to settle down here permanently. And my company doesn?t want to pay extra expenses on the overseas calls just because of you.

Story II

Employer: Any girl friends?
Candidate: No.
Employer: So far chased any before?
Candidate: Have, but not successful.
Employer: Ever think of getting a job first then start looking for a girlfriend?
Candidate: Career is first priority. Currently didn't want to consider this personal issue.
Employer: Sorry, my company cannot employ you.
Candidate: Why?
Employer: You are lacking of public relation skills and confidence!!

Story III

Employer: Any girlfriends?
Candidate: Yes.
Employer: Is she pretty?
Candidate: Not quite.
Employer: Sorry, my company cannot employ you.
Candidate: Why? Will this affect your company's reputation?
Employer: No, it does not affect the company's reputation but because my company is dealing with arts, our company requested an artist.

Story IV

Employer: Any girlfriends?
Candidate: Yes.
Employer: Is she pretty?
Candidate: yes
Employer: Is she your first lover?
Candidate: Yes.
Employer: Sorry, we can't employ you because you lack of fighting spirit.

Story V

Employer: Any girlfriends?
Candidate: Yes.
Employer: Is she your first lover?
Candidate: No. Have a few already.
Employer: Sorry, my company cannot employ you because you are a "grasshopper"! (Job hoper!)

Story VI

Employer: Any boyfriends?
Candidate: Yes.
Employer: Is he rich?
Candidate: No.
Employer: Then sorry, my company cannot employ you because our Company is dealing with money and you will seduce.

Story VII

Employer: Any boyfriends?
Candidate: Yes.
Employer: Is he rich?
Candidate: Yes, very rich. He owns a company.
Employer: Sorry, we cannot employ you because your boyfriend don't even want to employ you, neither do we!
Candidate: But, there is no position in his company.
Employer: Then, what is your qualification?
Candidate: Secretary!
Employer: Sorry, we still cannot employ you because your prettiness will affect your managers' working spirits.
Candidate: But, I am not pretty at all.
Employer: It is even worse because my managers will not be interested in you!!


Monday 24 May 2010

Kepada warga UTP.



Assalamualaikum dan Selamat sejahtera,

Secara tak rasminya , aku dah habis belajar di UTP. Paper last aku 21 may haritu. Maka secara tak rasminya aku dah boleh dikatakan tamat pengajian di sini. Banyak tujuan aku menulis kali ini. Dan aku rasa aku patut menulis benda nih. Walaupun agak formal dan aku baca balik muka aku jadi merah.

Eloklah kalau aku mulakan dengan ucapan terima kasih kepada semua rakan-rakan yang pernah menolong aku secara langsung dan tak langsung sepanjang kehidupan aku di sini.
Insya Allah , aku ingat semua jasa baik dan budi kawan-kawan tak kira lah lelaki atau perempuan. Kepada budak-budak IT/IS yang selalu tolong aku masa buat programming dan semua benda-benda yang aku tak mampu buat , aku ucapkan terima kasih sangat-sangat.

Keduanya aku nak minta maaf kepada sesiapa yang aku pernah sakitkan hati dia dengan ucapan-ucapan ,maki-makian , perli-perlian , ayam-ayaman dan bermacam-macam method lagi. Aku minta maaf. Yang pernah terasa atau masih terasa aku , aku minta maaf. Kalau ada aku main futsal kasar , tertackle , dan macam-macam lagi pon harap dapat dimaafkan.

Aku pun maafkan segala benda yang tak best pernah jadi dekat aku sepanjang aku stadi kat sini.

Segala makan minum termasuk aktiviti , rasa sikit , pow sikit ,cubit sikit , tengok sikit , test , ujian kesedapan dan ujian keracunan yang pernah aku buat semasa kita makan harap dapat dihalalkan.Kalaulah ada aku pinjam duit tapi tak settle lagi boleh lah bagitau aku. (yang takdak jangan dok mereka-mereka haha). Harap segala yang dimakan dan diminum itu diredhakan oleh kawan-kawan yang baik lagi berperkerti mulia.heheh.

Diharap boleh berjumpa lagi masa hadapan dengan keadaan yang lebih elok dari sekarang.
Boleh la add facebook (alamat gtalk tambah at gmail.com) aku atau gtalk (anwar.bobo) kalau nak add la.

Semoga semua berjaya dan dirahmati Allah.

Assalamualaikum. Jumpa lagi nanti!

Thursday 13 May 2010

Bobo Test Drive Satria Neo CPS abang.



Dah lama tak tulis entri berbaur permotoran dan pengkeretaan ini . Sebabnya aku takdak kereta yang berpeluang aku nak test. Kalau aku tulis pasal kereta yang dah di testdrive , sudah pasti aku dah test drive kereta tuh sendiri.

So , Encik Abang saya membeli NEO CPS setelah 2 purnama berkira-kira dan memujuk isteri beliau . Ini kerana , persepsi masyarakat terhadap kereta coupe susah sangat nk diubah. Orang tua-tua dengaq kereta dua pintu , terus depa ban. Sempit katanya.

Asalnya , Encik Abang sudah tak tahan membawa Savvy beliau. Ini kerana Savvy tersebut suka membuat masalah-masalah yang disebut dalam entri yang lalu. Oleh kerna itu , beliau mempunyai alasan yang kuat untuk membeli sebuah kereta baru.

Ok. Finished about how Encik Abang membeli kereta tersebut. Lets ride.

Haritu , kami berlima naik kereta tersebut untuk ditest.
Aku , encik abang , roy ,ustad ,dan anak menakan aku berusia setahun.

Ustad dan Roy duduk belakang . Mereka agak terkejut , depa ingat sempit. Ustad terus berkata "aku sanggup naik dari Teluk Intan pi Johor dok belakang" dan Roy "Aku sanggup balik Jitra dok belakang". Makanya aku assume yang tempat duduk belakang memang nampak sempit tapi bila dah duduk , tak sempit pon. Waktu tu , seat aku dah kebelakang sikit. Jadi ok aku rasa.
Sempit factor tidaklah begitu ketara.

Then kami tengok Dashboard kereta. Takdak apa yang menarik. Stereng nampak main-main sikit. Nampak macam guna ja apa yang ada untuk buat stereng. Spoil sket. Tempat letak barang di balik penumpang depan kecik kaw-kaw. Ruang nya sebesar air mineral 1.5liter yang dibaringkan X 2. Abang aku kata , kereta nih bukan nak bawak barang.Ya la tapi kalau kecik sangat baik naik unta aku rasa.

Dashboard nampak okay susunanya. Cantek. Tapi material dia tak best. Ada lebihan-lebihan plastik yang tak siap dibuang dari acuan dia.Meter dia pon warna biasa-biasa ja. Dekat button aircond takdak lampu. So meraba jugak la kalau malam-malam nak cari suis. Jangan raba benda lain sudah laaa.Tapi semua itu aku rasa okay. Nak expect lebeh2 pon tak boleh , nak perfect bayaq la mahai sket kan??

Then seating. Seating agak sporty sikit. Steering punya position memang fit dengan posture badan orang melayu kita nih laaa.Takla jenuh mencari time nk pijak paddle minyak ngan klac.
Untuk long distance driving pon ok. Kalau lenguh agak-agak , bawak ja bantai kabu letak belakang time drive settle. Takyah terok-terok recaro la sparco la ss cus la.

Gear dia tak keras macam Gen 2. tak lembut macam kelisa. Kiranya kalau orang pempoan bawak rasa cam janggal sikit laa. tapi orang laki should be no problem melainkan hang penuh dengan sifat lemah lembut.

Aku try gear 1 sampai 4500 RPM. Waktu dekat 3800RPM dia macam ada tenaga datang tiba-tiba ,ntah-ntah jin x? rasa macam ada benda menolak kereta tu secara tiba-tiba. Maybe karekter kereta tuh.Tekan sikit lagi abang aku dah muka belain. Terus aku masok gear 2.

Gear 2 pon takdak masalah sampai 5. Tapi dekat gear 4 tuh macam ada skali lagi dia tersedak-sedak. Ntah , memang style tuh kot. Tapi kami naik 5 orang and still got the power. So aku rasa kereta nih memang extraordinary sket power dia. Rasanya macam hang naik kelisa auto dengan kelisa manual. Macam tuh la rasa beza power kereta nih dengan kereta seanteronya.

Cornering??? Sembang mambang tune by lotus memang ada buktinya. Kereta nih rasa menjilat jalan. Nasib ada anak sedara aku ja dalam tuh, kalau dak memang aku lipat kaw kaw set (roy).

Standard Speed Orang Malaysia 120km/j. Kereta nih tak bergegaq , tak dengaq bunyi angin. Radio bukak volume 10 dengaq masih jelas. Siap dengaq hi-hat drum cing cing lagi. Cuma aku tak bekenan tiang bumbung depan belah driver. besaq sket. kadang-kadang juling mata aku tengok

Value for money? RM57,000 memang berbaloi. Macam kita beli kasut beli baju yang murah tapi branded. Ntah betoi ka dak aku cakap macam tuh. Tapi belakang kereta nih tonggek sket. Sapa jenih suka benda tonggek2 nih memang suka la. Tpi aku tak bekenan. Rupa kereta nih elok sangat. Elok beno. Elok kaw set.

Proton nih boleh lawan kia dan hyundai dah tapi cuma kena perelok bahagian benda2 kecik macam interior , quality plastik ,yang simple2 ja. Tapi tu la kan , dok cerita benda sama dari dulu pon jadi jugak la.

Conclupulannya , memang kereta nih berbaloi dengan duit. Orang bujang, aku rasa cukup elok. Aku pon dah terpikiaq compare benda nih dengan myvi dari segi harga. Maybe nanti leh aku try compare dengan swift sport.

BELI JANGAN TAK BELI!

Rupanya elok ,rupanya elok cantik sekali.


Seat boleh la , dashboard ngan stereng agak mengecewakan sikit.Material kena up sikit la. Proton oi , kalau penaik harga takat seribu ringgit aku rasa material dalam tuh dah bleh jadi elok sikit. Dengaq laaa dengaq laaa rakyat marhaen dok komen nih.


Powernya melimpah sekitar 5500 RPM to 6500 RPM . Tapi kan , kalau takat nak p kerja takkan sampai 7000RPM. Ordinary driver takkan rasa apa-apa kesan. Makcik kiah yang pinjam kereta anak p market memang confirm tak rasa apa-apa. Pak Man yang beli untuk p kerja juga takkan rasa apa-apa.


Enjin CPS. Banyak juga bezanya banding ngan campro. Bunyi engine sedap. Solid. Ibarat derapan tapak kaki askar masa kawad merdeka. Macam tu kot?haha


p.s : Sapa ada kereta nak dimasukkan dalam test drive leh leh la bagi aku test. Korean Car? em... tamau.Japanese ok.

Saturday 8 May 2010

Menongkah Arus

Semua orang ada benda yang teringin nak dibuat atau dicuba. Telahlah kita buang benda-benda yang tak baik dari list benda-benda yang kita ingin cuba. Benda yang ingin dicuba disini maksudnya benda-benda yang secara generalnya baik.

Contoh benda yang tak baik macam "saya mahu cuba ganja" and off courselah ia tak baik. Manakala benda yang generalnya baik tapi mungkin tak diterima ialah "saya mahu buat BASE jumping dari KL tower" . Benda tak salah tapi mungkin masyarakat takleh nak terima kan?

Banyak kali dalam hidup kita , benda-benda macam nih mengganggu kehidupan kita. Kadang-kadang kita nak buat satu benda tapi ramai sangat cakap jangan buat sebab tak baik. Contoh macam kita nak beli kereta.

Say that you wanted to buy proton , then akan ada orang cakap "janganlah beli proton, cepat rosak and so on so on" . Yes kita appreciate opinion orang tapi kadang-kadang yang bercakap jangan beli and semua2 benda tuh , diorang cakap base on dengaq-dengaq cerita orang. Bukan pengalaman sendiri .

Kena lah pulak dengan budaya kita ,"Kalau tiada angin masakan pokok bergoyang." . Benda nih dah jadi budaya ,bukan sekadar kata-kata. Macam lesen untuk bersangka buruk. Habeh kita pon percaya laa dengaq cerita orang tanpa siasat betoi ka dak.

Kalau pikir-pikir balik , dalam hidup nih berapa banyak keputusan yang kita buat sebab dengaq cakap orang? Kena pulak orang yang jenis cakap membuat fakta sendiri. Jadi keputusan hang base on fakta yang dibuat sendiri oleh orang lain. Kan rugi tu?

Admit it yang kita kadang-kadang pakai baju warna apa and style apa pon sebab kita ingat orang anggap itu cantik. Aku pon kadang-kadang beli baju sebab orang cakap cantik ,padahal aku rasa biasa jaaa.

Macam juga awek yang bagi kita cun , tapi kawan-kawan cakap tak cun. Then its your taste lah , hold on to it. Jangan lah ubah apa yang kita rasa sebab orang. Hitam di mata orang mungkin kelabu di mata kita.

Samalah dengan cita-cita atau impian hang. Janganlah buat impian mengarot-mengarot seperti ingin CEO pada umoq 23tahun , atau pakai BMW 7 series base on gaji seorang exec , Mendaki gunung everest padahal nak naik tingkat lima pon susah dan macam-macam lagi (ini pun munkin tak mengarot tpi susah sikit).

Tak salah kalau ada impian yang realistik atau S.M.A.R.T bak kata lecturer kelas2 management. Contohnya , nak bukak Stesyen Minyak , Bukak Cafe , Jadi Kontraktor kontrak juta-juta , bukak ladang kambing ,kerbau ,lembu dan sebagainya , menjadi pekerja terbaik atau lain-lain lagi. Dan on the way kita menuju impian-impian tersebot mesti kita akan dengaq
"eh aku rasa baik jangan buat sebab tak terjamin" or "susah la nak jadi macam di plan" dan macam-macam lagi. Aku rasa la kan , takdak benda yang terjamin berjaya atau gagal. Tengok rezeki la kann.. Zaman skrang apa-apa pon mungkin.

Aku sembang dengan Qasim Nasi Beriyani v4 tuh dia cakap , dia tak pernah bayang pon ada bisness macam nih , dulu dok pakistan dari pagi sampai petang kerja uli tepung buat nan jaa. Lepas tu dia cakap aku dengan confidentnya ,kalau dia dapat kebenaran buat nasik campoq dengan nasik beriyani "saya berani cakap , utp semua makan saya" . Baguihnya dekat situ sebab dia confident kan? dengan dia pon dulu dengaq juga cakap-cakap yang Malaysia nih tak baguih. Tapi dia rasa dia betoi dia buat kan?

So banyaklah impian-impian kita tergantung sebab terbanyak dengaq cakap orang. Nak p melancong tak boleh sebab orang cakap tempat tu bahaya , nak beli rumah tak boleh sebab orang cakap tempat tu berhantu , nak beli moto besaq tak bleh sebab orang cakap rugi (macam aku ja tu hehe) , nak kawin pon takleh sebab orang cakap muda sngat (kalau diorang buat maksiat korang marah plak),dan banyaaaaakkkk lagi.

TAPI

Janganlah tak dengaq cakap orang langsung . Kadang-kadang orang bercakap sebab diorang ada pengalaman .Diorang bercakap sebab sayangkan kita. Diorang bercakap sebab taknak kita buat salah yang macam diorang buat. KALAU MAK BAPAK CAKAP lagi la kena consider , kalau dah agak memang kuat sangat kita tuh betoi, try nego untuk mintak restu depa. Kadang-kadang depa rasa tak betoi tapi kalau depa merestui insya Allah hang berjaya. Tapi bukan senang arr nak nego haha..

Untuk mencapai kejayaan yang"kaw-kaw set"(Mr.Waffiudin Ab.Aziz , 2010 , "Journal Of Playing Chat" ) kita mesti consider all factor. Setiap input yang diberi mesti kita analyse dalam buat keputusan. Jangan tinggai satu pon. Then amek yang sesuai dan lepas tuh.
Selamat Mengejar Impian hang!!

P.s: Aku nk bukak big apple kat perlis .Hahaha . Realistik dak???


Friday 7 May 2010

Surat Break Up..

Saudara ,
PEMBERITAHUAN NOTIS TAMAT PENAJAAN/PENGAJIAN

Merujuk kepada perkara di atas , sila maklum bahawa tempoh perjanjian anda dengan PETRONAS akan tamat pada 30.06.2010.

Start pada hari itu scholar bulan-bulan RM500 saudara tak ada lagi. Saudara juga akan say bye-bye to duit buku , duit alat tulis dan macam-macam duit lagi yang kami dah tanggung saudara.

Sehubungan dengan itu , saudara pandai-pandai la cari duit sendiri.
P.s: Jangan lupa ek lapor diri kat KLCC , kalau tak kena bayer..bayer...

Sekian,
Ex-Sponsormu

Thursday 6 May 2010

Tahun-Tahunku Di Tronoh

Aku rasa Dewan Chancellor paling canggih skali. Dewan dewan lain nampak out kalau dibandingkan. Tak caya? mai mai tengok

This picture membuatkan aku rasa UTP is good.haha.terus teruja.(zaman muda2 la)


Salam , suddenly rasa mahu menulis.Got the idea maybe..

I'm going to write bout my feelings to lived here in Tronoh during my tertiary studies. Aku dan kawan-kawan ramai datang Tronoh pada tahun 2006. First time dapat masuk UTP , langsung takdak idea nak bayangkan UTP tuh macam mana. Mula-mula ingatkan UTP macam UM dimana suasananya bising ada LRT dan lain2. Lepas tuhA ku pon tengok laa brochure UTP. Dia tunjuk gambaq pocket D(refer gambaq). Sapa tak impress kan?

Then waktu pendaftaran educamp , datang lah ke UTP nih. Susah hati aku tengok pintu pagaq UTP. Time tuh tak cantik macam sekarang. Time tuh pintu pagaq utama tepi tangki ayaq. Dah susah hati. Aku masuk dalam tengok Village 1 and Village 2.. Aku cakap sudah....... Abes Aku....Then satu hari aku dibawa ke academic complex ngan irc. Suddenly aku cakap inilah tempat aku nak study... Sapa tengok academic complex ngan irc for the first time tau la perasaan tuh.

Then tahun-tahun pun berlalu , tempat2 makan kami pun tak banyak. JE, toronto ,deli dan ada la dua-tiga kedai lagi. Bandar terdekat yang ada cuma Ipoh. Situlah wayang ,situlah dating, situlah besday,situlah mcd,situlah beli kasut bola. bak kata orang semua benda ipoh laa..

Then ada aku dengaq orang merungut Tronoh boring, hmm aku besa ja sebab aku pon bukan dari bandaq besaq kangaq ja pon.

Tapi aku ingat satu benda ja la, panas ka , boring ka , tak maju ka , hutan ka , lombong ka , banyak rimau ka , atau macam-macam lagi. Aku dah hidup dekat Tronoh nih.Takdak benda pon boleh ubah semua tuh. Nak tak nak memang nih la tempat aku blajaq.
Kalau aku hidup kat tempat lain belum tentu aku boleh jadi apa yang aku jadi la nih.
So even takbes ka apa ka. Saya tetap sayang Tronoh nih Seri Iskandar juga dan maybe dua-tiga kerat awek cun UiTM hehe.

Nanti ada lagi pasai UTP neh.
Chao~

Saturday 24 April 2010

Setahun Sudah Blogku Ini


Sedar tidak sedar , hari ini cukup setahun blog ini dilahirkan.

Aku ingat lagi aku start tulis blog ini sewaktu aku sedang intern.
Waktu itu , aku terasa mahu menulis. Mahu bercerita.

Counter Blog aku Menunjukkan 14705 pengunjung. Maybe patut ditolak saja 705 itu untuk access aku sendiri. So 14000 lah.
Bolehlah dikatakan lebih seribu yang baca sebulan. I'm happy with that.

Tetapi aku sekarang sungguh sedang kekeringan idea.
Mungkin ia benda biasa.Maybe idea akan datang. Hehe.

Thanks Kepada sesiapa yang sudi baca blog aku. Thanks for the comment also.

Kepada yang nak start blogging, startlah. Aku dah nampak faedahnya :)

Monday 19 April 2010

Pause



Saya mahu berehat sekejap dari tulis blog.
Penat dan Bosan.
Semenjak dua-menjak nih idea dah berkurangan.
Terima Kasih Kerana Membaca.
Till then :)

Saturday 17 April 2010

Butterfingers



Those who are listening to the music during 90's mesti penah dengaq nama band ni. Butterfingers bukan la nama asing dalam muzik melayu nih. Aku dah bergelumang dengan lagu-lagu depa sejak aku form 1 lagi.

Muzik depa lain , eksperimen depa komersial , tak jadi buruk. Yeah , orang yang tak penah dengaq akan cakap "band melayu biasa ja" . Waktu band-band mainstream tengah meleleh dengan lagu-lagu cinta depa pon berlagu cinta jugak(lyrics cant lie). Tapi arrangement dengan muzik depa memang rasa lain. Waktu susah nak jumpa local band yang guna sliding technique untuk main gitar , noise dari amp dibuat jadi bunyi background , rakaman yang gross dan macam-macam lagi identiti depa.

Form 1 . Aku pegang gitar. Habeh lagu depa aku main. Aku cari sendiri pon ada internet pon ada. Band aku masa tu , "Treble" memang mazhab Butterfingers la katakan. ACAB pon ada jugak tapi ACAB time tuh macam slalu sangat main.

Waktu keluaq album kembali aku kat UTP. Ingat lagi , hujung bulan takdak duit sangat. Straight g ipoh beli satu. Mintak poster lagi kat amoi tuh. Yang dah terkoyak pon takpa. Dalam album tuh ada piano intro dari Kassim Masdor. Tau sapa Kassim Masdor? Dia la yang main piano dan memang orang rapat dalam arrangement muzik P.Ramlee.

See???? Mana depa dapat idea p cari Kassim Masdor time tuh, dia dah tua jugaklaaa. Tapi sebab depa appreciate jugak ,last2 keluaq juga intro piano dia.. Kalau hampa dengaq lagu 'Mati Hidup Kembali' memang ada bau bau lagu P.Ramlee.

Lepas aku beli album kembali , time tuh intern kat KLCC.Ada konsert kat Istana Budaya. Gagah la jugak p. Nasib baik staff blanja.

Album kembali aku rasa syok dah sebab aku tau butterfingers dah nak buat comeback. Abes la indie-indie yang main 3 chord suma. Last2 aku dengaq itulah album last depa.. Sebab emmett pindah p kanada dan loque sambung study music di U.S . Terkedu jugak aku. Patutlah tajuk album 'Kembali'.

Try la download lagu-lagu depa:
weird
kembali
girl friday
faculty of mind

itu antara yang best la. :)

Friday 16 April 2010

LifeTunes


And I tried a little weird
Feelin' lost inside myself
No one knows how better it gets
Sometimes one day

Wednesday 14 April 2010

Jalan Engkau , Jalan Aku .

Salam , Lama tak tulis blog nih. Kesnya aku takdak benda nak dicerita. So takdaklah apa2 nk dicerita. So lepas lama2 dok buat taktau ja dekat blog aku nih aku rasa ad benda kot nak ditulis.

Kring!! Kring!! (actually ringtone aku lagu James Bond , tapi susah nak tulih) , aku jawab telefon. Owh kawan aku kol , dia nih kawan jamming aku.Kami mengsia-siakan usia muda bersama-sama hahaha taklah sia-sia, banyak kenangan kot .

Umoq sama , time aku masuk UTP dia jaga kedai runcit cawangan bapak dia. Time kita study dia buat sijil ka diploma tah , itupun part time. Sebab jaga cawangan kedai runcit bapak dia yang dah ke berapa ntah aku tatau.


kawan bobo:Assalamualaikom bo.

Aku: W'salam. Awat tah? lama tak kol tiba2 kol.

kawan bobo: Owh ada la benda nak bagitau sikit.

Aku: Benda apa? lama tak dengaq cerita nih.

kawan bobo: haha sebab lama tak bercerita la aku kol.

Aku: oooO. I see i see.

kawan bobo: Neh nak panggey hang makan kenduri. Kad nanti aku send
kad p rumah hang.

Aku: oooOo. ok ok. Abang hang mana satu kawen nih? 2 2 orang tuh tak kawin lagi kan?

kawan bobo: abang aku 2 2 memang tak kawin lagi.. aku yang nak kawin.

aku : opocot your mother!! mak oih dengan sapa? dimana? bila? setau aku hang gepren pon takdak lagi.

kawan bobo : Haha , nak buat camna sampai seru. Budak taman ang la , nama bla3.

aku : Ooo dia tu. mana hang kenai? aku pon tau gitu2 jaa

kawan bobo : masuk kursus(aptaah aku tak ingat) sekali.Sekali jatuh cinta aku. Mak Pak dia pon kenai mak pak aku. Sembang punya sembang depa suroh kawen.

aku: Berapa lama kenai?

Kawan bobo : 7 bulan dah.

Aku : uit , baru 7 bulan dah nak kawen ka?

Kawan bobo : Dia suka aku suka. Mak bapak suka. Tunggu apa lagi. Lama-lama satgi bulih ke orang lain pulak.

aku : ooO. Jangan tunggu lama-lama. Hang ok laa kedai runcit bersepah-sepah . Duit macam ayaq terjun. Ok laaa kawen laa.

kawan bobo: aku mengaji tak berapa nak bulih lagu hang.. jaga kedai runcit jaa.. hang mengaji bulih.biaq la aku kawen dulu .baru fair.

aku: bulih la sangat , kerja pon dak lagi hang takpa la rumah kereta suma ada dah. (dia pakai kereta vios 2 bijik. satu nak bagi bakal bini) . Untung la hang no.

kawan bobo: Nak buat lagu mana, cerita aku macam ni , cerita hang macam tu. Lain-lain laa. hang untung kok ni , aku untung kok nu. (sapa tak faham, panggey kawan2 utara translate).
Sebab aku kol nih nak panggey geng2 lama mainlagu selagu dua time kenduri aku.

aku: sapa hang contact dah?

kawna bobo :hang orang second last aku contact. barang semua dah ada. main lagu nih pon malam2 ja.

aku: aik..malam2? kenduri apa malam? kita balik perlis mana buat kenuri malam2?

kawan bobo : buat kat hotel sikit.

aku: tu diaaaa.. bantai hotel teruih.. tak beragak haha


then aku sembang mambang dengan dia dekat sejam.takleh la cerita semua haha.
Cair abeh lubang telinga aku. Tapi dia sendiri kata la macam awai sangat kawen. Tapi aku kata dia 22 bini dia 24 ... ok la tuh.. Tapi aku rasa dari segi kewangan dengan kematangan takdak masalah kot. Dia macam ok ja dua benda tuh.

Aku habaq dia nk tulih dalam blog, dia kata jangan boh nama sudah laa ..malu kunun. Tapi smart ah. Nanti dapat anak boh nama aku haha. Dia pesan aku , hang ikot la jalan hang, jalan aku pusing kok ni dulu. Banyak la hang punya jalan.. Ap2pon aku doa dia punya majlis lancar aman damai. :)





Aku juga buat formspring

Lepas tengok-tengok formspring orang aku pun try ja buat. Macam best ja jadi professor serba tahu . Tapi aku agak akan ada maki-makian membina dalam soalan yang akan ditujukan. Hehe. You ask bobo jawab. In bobo style :)

http://www.formspring.me/bobo1988

Friday 9 April 2010

Grapes


Grape atau dalam bahasa melayunya anggur adalah sejenis buah-buahan yang sangat berguna kepada manusia. Selain sedap dimakan begitu sahaja macam roti gardenia , anggur juga banyak kegunaan lain. Cuma bila anggur ditambah perkataan peng , kesedapan itu hilang. Ibarat kapas-kapas ditiup angin lintang.

Ada apa dengan peng? kerana peng anggur hilang serinya. Peng juga menambahkan ketakutan kepada bakal-bakal graduan kerana dengan tambahan peng pada anggur , masalah juga semakin bertambah.

Dalam keadaan ekonomi yang sedang pulih dari recession (pulihlah sangat , propa ja) unsur-unsur peng semakin bertambah. Interview memang ada. Interview sana, interview sini tapi jumlah peng nisbah jumlah interview sangatlah sedikit. Tetapi , hakikatnya kerja itu banyak. Sesuai atau tidak dengan jiwa dan kelulusanlah yang menjadikan ianya relevant atau tidak.

Aku juga dilanda ketakutan terhadap unsur-unsur peng dalam industri anggur ni. Cakaplah aku bakal graduan UTP atau apa2 saja institusi. Kita ibarat anak ikan yang baru menetas dalam kolam yang penuh jerung. Untuk survive dan jadi jerung maka terpaksalah kita menambahkan skil-skil dapatlah kita hidup aman dikalangan jerung.

Maka terpaksalah dibukakan pemikiran kita untuk menerima bahawa tak lama lagi , kita akan bercampur dengan jerung. Sama ada kita akan jadi ikan bilis yang kecil tapi sedap , ikan kering yang matinya sadis tak bernisan , ikan belacak yang sikit tapi digilai atau ikan jerung juga.

Jadi kepada kawan-kawan , kita akan menikmati alam pertanian maya iaitu alam pengangguran. berapa lama tempohnya bergantung kepada rezeki dan usaha kita.

Aku doakan supaya kawan-kawan dapat kerja yang baik dan sesuai dengan jiwa mereka.
Amin Ya rabbal Alamin.Insya Allah

Wednesday 7 April 2010

EshkerefemMMm

Date:April 6, 2010

Anwar Bin Mahmod
No.7 , Lorong Ciku Satu,
Kangar ,Perlis,

Malaysia.



Dear Mr Anwar:

I am very pleased to inform you of your acceptance to USA University as a freshman for Fall 2011. You have been admitted to the Academic Center for Entering Students (ACES) at the USA University Main Campus.

The ACES program is designed for students who are not yet established in the academic major (see enclosed description). As an ACES student, you will be encouraged to explore a wide range of academic majors available at the University. Through individual advising and collaboration with all of the USA University Schools, ACES advisors will work to connect you with majors that fit well with your academic strengths and future goals.

We are confident that you will continue your high level of academic performance throughout the remainder of this year. This offer of admission is contingent upon your continued success. The Undergraduate Admissions Office requires that an official copy of your final transcript be forwarded upon completion of your high school course work. Please review carefully the enclosed materials that pertain to required deposits, deadlines, and other critical information.

Best wishes and congratulations!

Sincerely;

Alexander Kulnames

Director of Admissions


PAPPPPP!!!!!

Berangan sikit, haha. Takleh p, berangan pon jadi laaaa.. jangan mara ek. Kita joke sket petang-petang kasik ceria hahaha :P

Monday 5 April 2010

Duwh

OK.

I've decided to stop something for ever.
I'm totally sure its not about my blogging activities.
For sure also not my studies.
Because its keep scrumbling and twisting like scrumble eggs and twisties? haha

Do hope good things with that.

Monday 29 March 2010

Betol , Its Still BOBOBUATBLOG , bukan majalah hiburan picisan.



Adapun aku bubuh gambaq kat depan nih bukanlah niat aku untuk menjadikan blog ni seperti website 'mempelamonline' or what so ever. Tapi aku teruja selepas tengok betapa ironinya gambaq nih aku rasa aku nak tulis jugak. Sesapa yang rasa aku cuba mengGlemerkan blog aku dengan gambaq2 neh, secara hormatnya dipersilakan.

Cumanya aku rasa , apa maksud semua ini? Tajuk tolak Gossip tapi gambaq memang kearah mencipta gosip. How u interpret gambaq nih takjadi masalah , sebab pemikiran orang sesapa pon takleh kawal tapi itula.. At least kalau dia letak tajuk macam 'Nak Kawin Lagi Empat' , 'Main futsal untuk kekal ramping' atau 'Kami suka warna ungu' adala benda yang aku faham.

Ooo.. Nak naikkan sales? Macam biasa? Maybe kesian subjek sebab terpaksa ikot photoshoot or memang diorang redha kn? Lagi satu , kalau setengah tuh cakap 'Pengalaman Ke Mekah Menginsafkan saya' tapi sambil pakai baju nampak pusat.Hang rasa apa tu? Tak rasa macam menghina k?

Itu cerita artis tak best. Ok next part , aku rasa kita patut hargai dan respect kepada allahyarham ismail din. Tak kenai? memang laa, dia bukan hero muda2. tapi dia belakon kerana passion. Banyak kali belakon , anugerah? ada la satu dua. Berjaya tak dia? aku rasa berjaya. Tanpa perlu gambaq2 macam 'tolak gossip'di atas dia dah melekat dalam otak peminat dia. Sorang lagi , allahyarham sudiro , kalau born in late 80 aku rasa hampa memang penah tengok. Memang dia tak glamor.. nak search dalam google pon sampai list ke 4 baru keluaq muka dia. Tapi seingat aku , time kecik-kecik dulu kalau tengok dia belakon mesti aku rasa macam gelak2 dan menarik macam tu.. Diorang ada photoshoot macam dia atas? hmm...
Fikir-fikirkan.
Al-Fatihah Untuk Dua Orang Di bawah nih yang berseni kerana minat.


Allahyarham meninggal di Mekah.

Waktu musim cuti sekolah dulu-dulu mesti ada drama dia berlakon. tahun 90-an camtuh..

Thursday 25 March 2010

My Quality Time


Masa-masa yang best dimana stress semua hilang ibarat ditiup angin. Time nih apa pon tak pikiaq. Semua Masalah hilang. Masa-masanya ialah

1. Minum sprite dalam gelas one shot konon2 di tangga tingkat 5 ketika tengah malam sambil
menghadap hutan hujan tropika tronoh.

2.Bawak kereta di cameron atau genting tengah-tengah malam time kabus sejuk.Bukak
tingkap tutup aircond. Biaq angin masok. Nyaman sekali.

3.Bawak moto tanpa tujuan di petang hari (ronda-ronda ala azroy).

4.Waktu maghrib lepas semayang maghrib sebelom pukoi 830. Lepas gosok gigi dengan ubat
gigi yang mint kaw-kaw. Lepas tuh minum ais kosong. Rasa segar sekali. Nyaman!

5. Sewaktu merapu dengan kawan-kawan dimana topik percakapan hanyalah mengenai teh o
ais sapa bancuh paling sedap.

6. Memandu di dalam hujan sambil bukak aircond menuju ke restoran steamboat. Lepas
sejuk2 makan makanan panas-panas.Masyuk.

7. Minum air sejuk (bukan ais) selepas bangun tidoq.

8. Lepas menang main PES dengan kawan2 dengan beza mata 4-0.

9. Tidur pukoi 8 malam bangun pukoi 12. Time tuh baca buku pon nyaman jugak. Tengok
muvie pon nyaman.

10.Dalam toilet haha.

Itulah masa-masa yang best yang senang didapati dalam satu hari. Kawan-kawan pon bolehlah mencuba. Renung-renungkan dan.. Selamat Beramal. haha

Wednesday 24 March 2010

Good Car And Good Morning

Cuba buat karangan dengan menggunakan tiga gambar ini.


Kelisa Di Tepi Pantai Paka


Sesi menumpang orang bermain tenis.

Otak Manusia Sewaktu Programming

Sunday 21 March 2010

1085KM in 24hours. UTP-Kerteh-UTP

Me on pantai aku tak ingat nama.


Geng spek mata itam.

Kelisa di pantai

melingkupkan perniagaan orang buat kopok

The members


Satu malam saya sedang buat fyp. Duih datang dan mengajak saya ke kerteh. Mahu makan kenduri katanya.Saya rasa sangat dilema dengan permintaan tersebut.Sebab saya memang pantang orang ajak jalan.

Saya terus pack baju. Jaf dan Anip ada juga katanya.Hahaha.Jam sudah pukul 10 mlm ketika itu. Kami maybe jalan pukol 12. Hmm.. Kelisa GT-R (Guna Tanpa Ragu) saya telah diservis. Jadi no doubt. Kereta in the best condition.



Jadi Pergi jalan dan pulang dengan selamat.

*aku nak makan akok tapi tak dapat sampai kesudah. Aku akan kembali ke sana. Akok tetap akok.

Monday 15 March 2010

Ekjas Gambaq Free




Sesapa yang nak edit2 gambaq tapi kurang cerdik pasal photoshop boleh la masuk web nih. Hasilnya boleh tahan laaa.. Free pon Free . Yang dah power photoshop jangan la gelak kat aku eh.Aku kurang seni nak adjust sendiri . Calo. FYP plak.


Saturday 13 March 2010

Tabloid Ntahapahapantah.

Sekarang nih dah menyampah tengok tabloid2 yang ada di pasaran. Kalau kecik2 dulu orang tua2 cakap jgn baca komik banyak2 sebab tak ada faedah. Tapi bila pk2 balik baik baca komik yang kononya tak berfaedah dari baca tabloid yang merogol pemikiran kita ni.

Bayangkan , bangun pagi2 dengan mood yang baik. Lepas mandi nak p breakfast.Lalu tepi kedai buku tengok ada tajuk 'Bomoh Gila Seks' , 'Suami Buas', 'Pak Man Kaki Judi' ,'Bomoh Ekor Negara','Paksa isteri jadi pelacur','Isteri Binatang' , dan macam-macam lagi. Pagi hang yang agak ceria dan best dah macam jumpa benda negative pertama. Tak kisah kalau nak cerita benda2 betol yang terjadi. Itu hakikat. Tapi pemilihan ayat dengan perkataan tuh melampau dan unsur provoke.

Memang depa nak cari duit tulis macam tuh. Nak naikkan sales. tapi consider la. Kalau budak budak kecik umur 4 tahun baru belajar membaca lalu sebelah tu. Pastu mengeja kuat-kuat 'B O bo(nama aku gak naik) M O H Moh G I Gi LA La SEKS seks' lepas tu dia tnya hang apa makna tuh. Apa nak jadi? Maybe depa nak cari jualan. Tapi ntahlah aku rasa macam tak betoi.

Kalau tiap-tiap hari kita terdengaq benda2 macam tuh , rasa2 otak kita boleh jadi suci lagi? Orang yang baik pon bila ayat2 camtuh flash dalam otak dia ,dia akan ingat. Memang best baca tapi bila pk2 balik. Benda nih tak baik untuk long term.

Yang rasa lawak pulak tuh , bila dia g interview tok bomoh nombor ekoq. siap dia bgtau lokasi pulak. Hang rasa kaki2 ekoq tuh semua nak duduk diam? dah jadi macam promotion. Serupa la dengan kedai2 merapu , semua dia bagitau alamat. Website2 merapu pon dia bgtau address. Memang lawak ahh.. Kadang2 orang taktau pon boleh jadi tau benda2 merapu ni.

Tabloid ni penting jugak. Sebab dia kadang2 merangsang kita berpk tapi itula. depa kena la consider orang2 yang baca.

Hang salah baca hang salah cerita.
Hang salah cerita hang dapat dosa.

Mekap Sikit



Aku usha-usha ramai dah tukar theme. Aku ambek masa blogwalking sket tengok theme2 baru orang lain. Then decided to use this theme. Sila komenlah ya. Boleh la saya adjust2 yang mana patot. Makihamun pon diterima juga.

ps: Thanks for birthday wish ke 22. Ana sudah tua da~

Sunday 7 March 2010

Sepak Sepak Gelak Gelak

Pada hari sabtu dan hari ni, Kami telah main futsal untuk kejohanan International Sports Carnival. Aktiviti ini dijalankan setelah banyak aktiviti lain dijalankan.Kami taktau dah nak buat apa lalu kami main la futsal. Lagipun main futsal ni untuk suka-suka. Bak kata orang ,
Menang pon Gelak , Kalah lagila kami gelak. No pressure at all. Saja ja main.

Nama team ni De'Rumah Sukan. Aku taktau sebab apa nama dia macam nih. Tapi kami tak dapat pon sponsor ayaq De'Jernih. Tapi takpa. Kami main lawan geng2 yang dua kali ganda lagi besaq, dua kali ganda lagi banyak makan dari kami.

Result Perlawanan adalah seperti berikut. Dan tukang2 boh goal turut disertakan.

Menang
3-0 dengan Yaman
ustad 2 minud 1

Menang
2-0 dengan Uzbezkistan
minud 1 pidot 1

Seri
South Africa 1-1
Bobo 1

Menang
3-2 dengan Mesir
Bobo penalti tak masuk. Sepak tiang.


Tak Menang
Arab 0-3


Makanya kami sampai cuma di separuh akhir. Layak dipanggil separuh akhir tau! Spa kata main futsal relax2 takleh menang?


Atas dari kiri: Alip Claude, BOriello, SeniPowerMampoih,DuihKakiLaju,FigoPerenang
Bawah dari kiri : Pak Din Minud , Ustad Gattuso, RoyGuson.


Melayu Melawan Afrika.Macam kena ayam ja aku.

Lawan Pak Egypt , Bajet free kick kuat. Tapi geng baca buku ja pon. Tengok gambar, saiz no23 2kali ganda kami semua.Kami menang game ni walaupun kami kecik haha. Minud tengah tolak pak arab tuh, pak arab tuh cuak kaw2 ngan minud(haha). aku tengah bagi signal. Kami menang kot hahaha..

Penyokong dan peminat serta pemain. Apih the legend tengah pegang tuala merah. Beliau juga team ini. tpi ada match pingpong hari ahad.
Berehat sepam di bawah pohon.


Kesimpullanya hari itu best. Ref pon cakap kalau hampa menang hang tuah hidup balik.AKu pon tak paham maksud rep.. haha..

Thursday 4 March 2010

MLM watsoever



Benci aku makhluk MLM nih yang kol pukoi 11 12 mlam ajak p minum. Lepas sembang 2 ayat start closing. Sorrylah aku terhamun. Termaki tapi memang aku nak maki pon.

Menyalahgunakan SILATURRAHIM untuk buat duit. Nak hidup senang lenang dengan pikiaq macam mana nak peras duit kawan-kawan. Sorry kawan-kawan anda lebey bijak dan berotak dari anda.

Baru pakai kereta , sewa sehari dua mengaku dia punya. Belagak macam aku tak penah naik supercar.

Nak kaya lebih baik berniaga ayaq kotak (respect cik dobi) dari menipu orang sana sini.

Orang lain ang nak tipu senang-senang boley laaaa. Silap orang la nak tipu aku.

Monday 22 February 2010

Ada Orang Cakap Aku Cerewet

Ya aku cerewet, tapi bukan semua benda aku cerewet.Hahaha.
Aku cerewet pasai kereta dengan baju ja pon hahaha.
Cerewet baik untuk masa depan anda :)

Wednesday 17 February 2010

Bobo Clarkson : Savvy vs Saga BLM vs Viva


Harini nak cakap pandai pasai kereta lagi. Semua nih base on aku pnya experience bawak juga naik. Ok la. Peringatan. Ini dari experience aku, tak menggambarkan semua tentang kereta tuh terutamanya pasai savvy. Rasanya nasib kami tak baik time beli savvy.




Proton Savvy
Abang aku pakai savvy, abang ipaq aku pakai savvy, makcik aku pakai savvy amt , remy pon pakai amt. Jadi memang dah puas aku bawak savvy.Tapi savvy abang aku problem kaw-kaw. orang lain macam kurang sket. nasib la kan.

Bentuk
: Cantik , cun . Ada orang cakap belakang macam ekoq kura-kura tapi depend kepada mata yang memandang la.Overall aku cakap dia nampak lagi sporty daripada Myvi. Solid, badan macam nampak tegap. Line2 dia bnyak lurus tak banyak curve.

Engine : 120km/j at 4000rpm. Ok la tuh, tapi bunyi agak kuat sikit.rasa macam tak cukup gear pon ada. Top speed 170 kmj(kereta abang ipaq) Engine renault. bubuh cap proton. Terkenal dengan masalah-masalah sensor dan masalah2 yang tak dapat dikesan oleh mechanic.

Praktikal: Pintu besaq, radius cornering kecik. Naik 4 orang memang cun. 5 orang dah jadi haram kalau bukan muhrim.6 orang memang ada yang kena duduk tanggung bontot kawan. But belakang luas. Cukup untuk student bawak balik semua barang time cuti sem.


Maintenance : PENING PENING PENING PENING PENING PENING PENING PENING. Punca abang aku tak kaya2 sampai sekarang. Sensitif, kalah orang tengah PMS , kejap2 merajuk. Kejap merajuk. Aiyo

Second Hand Price: RM 20k too 18K sahaja. harga asai near 40. 3 tahun deppreciate dekat half. amacam?

Make-Up: cantik gila, lawa sangat-sangat. Kadang-kadang susah nak buat decision dengan kecantikkan too kebuathalan kereta nih. cantik memang cantik, tapi problem kadang2 banyak. Memang hang dilema kaw-kaw samaada nak beli kereta nih k dak. Kalau tukaq ekzos yang empat segi tuh bunyi macam BMW. memang cantik.

Performance:Cornering , tayar depan macam menjilat jalan. Macam ada orang bubuh gam dekat tayar. Lekat. Cornering AAA. Bontot keta nih henggot la jugak, tapi sikit sangat. 120kmj dah ad dengaq bunyi angin (tapi bukan semua savvy macam tuh) .Acceleration pon A jugak.

Gegaran: 120kmj gegaq kuat sikit ja dari myvi. Tpi kalau pasang radio dah tak dengaq ngan rasa sangat.




Proton Saga BLM

Aku naik saga blm ex aku. auto. Kadang-kadang aku bawak jugak. Jadi ada jugak merasa kereta pnya perangai dan karenah karenah.

Bentuk
: Aku rasa bentuk dia cantek aja, tapi kurang lebar la.Banding ngan myvi aku rasa myvi lagi lebar.tapi tak kesah la lebaq2 nih. lebaq sangat pon bukan baguih.nanti susah nak tutup pintu belakang yang tak rapat sambil bawak kereta (skill aku tuh.) .Design pon lawa. Depa belakang pon cun-cun ja. Tayar dia cam kecik sket laa. cam orang badan besaq kaki kecik. kurang cun sket.

Engine : 1.3 liter , enjin ada power la jugak. Nak potong sedap jugak tapi kereta nih macam orang yang keliru. (Auto Transmission )Tekan sikit dia drop gear. tekan kuat sikit engine dia meraung (time potong). Tapi bila dah maintain speed ok ja.Benda nih akan jadi annoying kalau hang seorang driver yang sensitif dengan engine, tapi kalau hang driver yang jenih tak kesah dengan kereta hang it should be no problem lahh.. Minyak sep kaw-kaw kot. Or sebab aku tak kena bubuh?muahaha

Praktikal: Luas. Jimat Minyak. Kusyen Sedap. But besar , Naik 4 orang memang cun. 5 orang dah jadi haram kalau bukan muhrim.6 orang tin sardin.

Maintenance : Standard proton la , problem sikit-sikit ja. Tapi tak dengaq benda yang terok2 lagi pasai BLM nih. Stakat tingkap ngan bunyi2 yang datang ntah dari mana tuh biasa la


Second Hand Price: Baru lagi, harga second pon macam tinggi sket. tapi kereta proton takkan tinggi harga second dia.

Make-Up: Tukaq taya, tambah spoiler memang jadi cun gila. Kereta proton kan? proton memang syok buat mekap-mekap nih(cuba tengok gambaq blm first). Aku penah tengok bodykit subaru impreza pon dia pasang. hebat hebat.

Performance: 120 km/j sedap. Bunyi engine pon tak dengaq . Tambah2 lagi mau tengah dengaq radio. Kiranya engine bleh tahan senyap. Cornering? AAA proton punya kereta paham2 la.. sedap ja corner.Top speed? tak brani cuba, jalan bnyak speed trap. tapi aku agak dalam 160 kmj confirm bleh dapat.

Gegaran: 120 km/j tak bergegaq ok la.. Lagipun hang bukan nak bawak 180kmj slama tiga to empat jam kn??




Perodua Viva
Aku naik kereta Hakim , time tuh kami di kedai hardcover di ipoh dan perlu balik UTP dalam masa setengah jam. So bayangkanlah bagaimana bestnya aku lenjan kereta nih sbab akim dah kata biar lenjan asai sampai.

Bentuk : Biasa saja, sekali tengok macam takdak feeling lagi. Macam tengok awek2 baru balik dari lecture beramai2. Tak nampak apa best. Lama-lama tengok rasa cam cantik tapi kadang-kadang rasa cam biasa ja... Ahh susahla nak describe kereta nih. Tapi belakang dia cantik , macam volvo pon ada sikit.

Engine : 660? 850?1000? Kalau nak beli baik beli yang 1000cc rasanya baru ada power sikit. tapi memandang kan kereta nih untuk transportation memang ok la engine dia. Acceleration ala-ala kancil , tak cukup power naik main dengan kelisa (ini bukan bias haha). Tapi engine perodua (daihatsu untuk model viva) memang orang tau tahan lasak. Hang bawak kancil 660 dari perlis sampai jb naik 5 orang pon rasanya takdak masalah. Steady aja. Reliable.

Praktikal: Minyak jimat nak mampus ,sampai bila naik kereta hakim , tak rasa nak bagi duit minyak kat dia sebab jimat sangat hehehe(lawak j akim no.) Naik 4 orang dah hampir2 haram kalau bukan muhrim. 5 orang sesuai untuk g klas or taman maju. 6 orang boleh lagi sebab kereta perodua memang boleh aja nak sumbat.(refer kord naik kancil remy dalam duduk dalam boot)

Maintenance : Tukaq minyak itam , oil filter dengan seal kat kedai biasa RM50-60. Kedai2 kereta memang banyak boleh buat maintenance kereta nih sebab simple and senang.

Second Hand Price: Tinggi. Susah nak turun kalau kereta2 perodua nih

Make-Up: Ikhlasnya kalau tukaq sportrim pon nampak macam biasa ja... tak nampak perubahan sangat.

Performance: 120 kmj gegaq skit2 . Tapi nak sampai 120kmj pon lambat jugak laa.. time corner pon aku cuak dah sbb aku corner kereta akim 100kmj aritu pon bontot dia dah gedik2 sket. Tapi untuk transportation memang ok. 60kmj to 100kmj memang sedap dan masyuk.

Gegaran: Gegar sikit aja, tapi suspension system macam bergegaq kuat sikit bila masuk lopak. tapi compare to size kira ok la kn.


OK , so kalau aku nak kena pilih, aku pilih mana? Aku pilih viva kot sebab aku nak cari kereta yang asai boleh jalan ngan jimat duit. Tapi kalau duit bnyak sket aku amek BLM la.. savvy? mungkin mak bapak pakcik abang akan bantah hahaha