Saturday 8 May 2010

Menongkah Arus

Semua orang ada benda yang teringin nak dibuat atau dicuba. Telahlah kita buang benda-benda yang tak baik dari list benda-benda yang kita ingin cuba. Benda yang ingin dicuba disini maksudnya benda-benda yang secara generalnya baik.

Contoh benda yang tak baik macam "saya mahu cuba ganja" and off courselah ia tak baik. Manakala benda yang generalnya baik tapi mungkin tak diterima ialah "saya mahu buat BASE jumping dari KL tower" . Benda tak salah tapi mungkin masyarakat takleh nak terima kan?

Banyak kali dalam hidup kita , benda-benda macam nih mengganggu kehidupan kita. Kadang-kadang kita nak buat satu benda tapi ramai sangat cakap jangan buat sebab tak baik. Contoh macam kita nak beli kereta.

Say that you wanted to buy proton , then akan ada orang cakap "janganlah beli proton, cepat rosak and so on so on" . Yes kita appreciate opinion orang tapi kadang-kadang yang bercakap jangan beli and semua2 benda tuh , diorang cakap base on dengaq-dengaq cerita orang. Bukan pengalaman sendiri .

Kena lah pulak dengan budaya kita ,"Kalau tiada angin masakan pokok bergoyang." . Benda nih dah jadi budaya ,bukan sekadar kata-kata. Macam lesen untuk bersangka buruk. Habeh kita pon percaya laa dengaq cerita orang tanpa siasat betoi ka dak.

Kalau pikir-pikir balik , dalam hidup nih berapa banyak keputusan yang kita buat sebab dengaq cakap orang? Kena pulak orang yang jenis cakap membuat fakta sendiri. Jadi keputusan hang base on fakta yang dibuat sendiri oleh orang lain. Kan rugi tu?

Admit it yang kita kadang-kadang pakai baju warna apa and style apa pon sebab kita ingat orang anggap itu cantik. Aku pon kadang-kadang beli baju sebab orang cakap cantik ,padahal aku rasa biasa jaaa.

Macam juga awek yang bagi kita cun , tapi kawan-kawan cakap tak cun. Then its your taste lah , hold on to it. Jangan lah ubah apa yang kita rasa sebab orang. Hitam di mata orang mungkin kelabu di mata kita.

Samalah dengan cita-cita atau impian hang. Janganlah buat impian mengarot-mengarot seperti ingin CEO pada umoq 23tahun , atau pakai BMW 7 series base on gaji seorang exec , Mendaki gunung everest padahal nak naik tingkat lima pon susah dan macam-macam lagi (ini pun munkin tak mengarot tpi susah sikit).

Tak salah kalau ada impian yang realistik atau S.M.A.R.T bak kata lecturer kelas2 management. Contohnya , nak bukak Stesyen Minyak , Bukak Cafe , Jadi Kontraktor kontrak juta-juta , bukak ladang kambing ,kerbau ,lembu dan sebagainya , menjadi pekerja terbaik atau lain-lain lagi. Dan on the way kita menuju impian-impian tersebot mesti kita akan dengaq
"eh aku rasa baik jangan buat sebab tak terjamin" or "susah la nak jadi macam di plan" dan macam-macam lagi. Aku rasa la kan , takdak benda yang terjamin berjaya atau gagal. Tengok rezeki la kann.. Zaman skrang apa-apa pon mungkin.

Aku sembang dengan Qasim Nasi Beriyani v4 tuh dia cakap , dia tak pernah bayang pon ada bisness macam nih , dulu dok pakistan dari pagi sampai petang kerja uli tepung buat nan jaa. Lepas tu dia cakap aku dengan confidentnya ,kalau dia dapat kebenaran buat nasik campoq dengan nasik beriyani "saya berani cakap , utp semua makan saya" . Baguihnya dekat situ sebab dia confident kan? dengan dia pon dulu dengaq juga cakap-cakap yang Malaysia nih tak baguih. Tapi dia rasa dia betoi dia buat kan?

So banyaklah impian-impian kita tergantung sebab terbanyak dengaq cakap orang. Nak p melancong tak boleh sebab orang cakap tempat tu bahaya , nak beli rumah tak boleh sebab orang cakap tempat tu berhantu , nak beli moto besaq tak bleh sebab orang cakap rugi (macam aku ja tu hehe) , nak kawin pon takleh sebab orang cakap muda sngat (kalau diorang buat maksiat korang marah plak),dan banyaaaaakkkk lagi.

TAPI

Janganlah tak dengaq cakap orang langsung . Kadang-kadang orang bercakap sebab diorang ada pengalaman .Diorang bercakap sebab sayangkan kita. Diorang bercakap sebab taknak kita buat salah yang macam diorang buat. KALAU MAK BAPAK CAKAP lagi la kena consider , kalau dah agak memang kuat sangat kita tuh betoi, try nego untuk mintak restu depa. Kadang-kadang depa rasa tak betoi tapi kalau depa merestui insya Allah hang berjaya. Tapi bukan senang arr nak nego haha..

Untuk mencapai kejayaan yang"kaw-kaw set"(Mr.Waffiudin Ab.Aziz , 2010 , "Journal Of Playing Chat" ) kita mesti consider all factor. Setiap input yang diberi mesti kita analyse dalam buat keputusan. Jangan tinggai satu pon. Then amek yang sesuai dan lepas tuh.
Selamat Mengejar Impian hang!!

P.s: Aku nk bukak big apple kat perlis .Hahaha . Realistik dak???


4 comments:

  1. bley2... kt perlis tuh byk opportunity utk bukak menda baru.. yg slalu ada kt alor staq..

    ReplyDelete
  2. buka r satu, nanti ble ak mkn donut free =P

    ReplyDelete
  3. yey!!aku nak!!Klu ada McD kat Perlis pun lagi baguih, tak rela lagi di perli: 'Perlis?ape ade?McD pun takder!!'huuuu.Aku anak perlis yang mahu Big Apple. Klu Jco Donut pun takpa jugak.heee

    ReplyDelete