Wednesday 28 October 2009

We And Me Sket..











Banyak jugak dalam simpanan aku. Tak penah upload.

Monday 26 October 2009

The Beatles


This is the band who changed the world.
Beatles sangatlah menarik bagi aku.
Aku dengaq beatles since darjah empat lagi.
Harmoni and Rock and Simple and Hebat .

Bila beatles berpecah in 1969, depa tak penah pon reunion.
Cadang nak buat reunion in 80's than mr. John lennon kena tembak.
So jadilah band tak bereunion

Lagunya menarik, creative dan evergreen.
Tapi sayang , since encik john lennon kena tembak di new york maka hancurlah harapan
untuk tengok mereka beralbum baru.

Lagu Yang Aku Suka
1.Strawberry Fields Forever
2.Let It Be.
3. Obladi Oblada
4. Hey Jude.
5. In My life

Ini Lirik In My Life
There are places i'll remember
All my life though some have changed
Some forever not for better
Some have gone and some remain
All these places have their moments
With lovers and friends i still can recall
Some are dead and some are living
In my life i've loved them all

But of all these friends and lovers
There is no one compares with you
And these memories lose their meaning
When i think of love as something new
Though i know i'll never lose affection
For people and things that went before
I know i'll often stop and think about them
In my life i love you more

Though i know i'll never lose affection
For people and things that went before
I know i'll often stop and think about them
In my life i love you more
In my life i love you more

Banyak lagi lagu best. donlod-donlod la kalau rajin

Saturday 24 October 2009

Saya Search Google : Rezeki

Aku search dalam google. Saja tengok pasal mencari rezeki.
Then jumpa ini. Its good.

"Rezeki hak Allah. Apa sahaja yang kita miliki juga hak
Allah diberi pinjam bagi satu tempoh yang tertentu.
Aset yang paling mahal dan berharga ialah nyawa dan
kesihatan.
Jika kita sehat afiat itulah rezeki

namanya, padahal sahabat2 kita yang kurang bernasib
baik membelanjakan ribuan ringgit untuk berubat tapi
kita demam sekadar telan 2 biji panadol.
Kereta

sahabat kita kena langgar melibatkan kos tapi buruk2
kereta kita masih berfungsi tak meragam, itu juga
rezeki namanya. Rezeki tidak terbatas kepada wang
ringgit sahaja. Wallaahu wa'alam."

authornya : Syehcool Adram

Friday 23 October 2009

SCHOLAR BULAN NOVEMBER 09


Scholar insya-Allah masuk pada 28/10 /2009.
Kata Encik Sumber , finance cakap dia. It will be on 28.

Tapi macam biasa , janganlah joli katak dengan duit yang tinggal.
Ingat!!!
Pengalaman adalah guru yang sangat garang.
Aku takmau dengaq cerita kawan-kawan berpuasa tanpa berbuka.
Hahaha.


Apa kata masuk RM 50 dalam ASB. Tahun ini insyaAllah pulanganya tinggi.
Dengaq-dengaq lebih dari 7%.Tapi Tak fix la.. Haraaamm fix fix nih.

Thursday 22 October 2009

Jangan La Ikot Flow Chart Nih



Most of us ikot flow chart nih.
Hahaha.
Why i dont get 4Flat? Because I spend 0.75 for my life :)
Ngarot.

A.C Milan



Lupa nak cakap, aku sebenaqnya suka tengok epl .Tapi takdak satu kelab pun aku minat sebab aku minat A.C Milan.

So, A.C Milan prestasinya sangat terumbang ambing sem nih. Maka tak berapa bising sangatlah penyokong-penyokong Milan sebab kena kutuk aja sepanjang masa.

Tapi semalam A.C Milan 3 - 2 Real Madrid. Makanya happy jugaklah kami ni penyokong-penyokong Milan. Yeah! We can live without KAKA.

Pato pon ok , Inzaghi pon ok(umuq ja macam dah askar pencen) , dida pon ok laa..

Tapi aku tak harap sangat Milan nk menang champions league.
Haha.

Tuesday 20 October 2009

Peliknya Kipas Itu

Selalunya bila ada kipas siling dalam bilik, bilik anda jadi sejuk dan nyaman serta dingin.
Tapi di bilik matpie kejadian yang lain telah berlaku. Setiap kali aku masuk bilik matpie dan akim aku merasa panas.

Aku ingat panas sebab amalan-amalan yang mungkin dilakukan oleh mereka. Sebab orang tua-tua cakap kalau buat banyak dosa , bilik jadi panas. Tapi depa dua nih orang baik-baik dan beriman, maka tuduhan aku tidaklah berasas.

Atas sebab curiosity kill the cat aku pon berasa pelek. Speed sudah bukak 5. Tapi langsung tiada angin. Adakah bilik mereka ini ada sebahagian dalam wilayah segitiga bermuda dimana banyak benda-benda pelik berlaku?

Maka aku mengambil sebatang rokok pall mall menthol (akim punya). Dengan muka saintis yang macam baru jumpa formula untuk antivirus H1N1 aku menyalakan rokok tersebut. Lalu diletakkan di dekat muka kipas. Ajaib!!! Asap rokok terus terbang ke arah kipas dan menghempas syiling...

Oleh itu sedikit kajian telah dilakukan mengapa fenomena ini terjadi.


Rupanya kipas tersebut tidak lagi berfungsi menghembus angin ,malah kipas tersebut berfungsi menyedut angin. Dalam erti kata lain, kipas sudah jadi ala-ala vakum.

Setelah dibelek-belek rupanya bilah kipas itu telah dipasang terbalik oleh kontraktor yang mungkin tengah berangan semasa proses pemasangan kipas tersebut.

Kesimpulanya disini , kipas memainkan peranan penting di dalam hidup berkawan. Jikalau kipas di bilik tidak berfungsi , maka kuranglah kawan-kawan menyinggah untuk melepak.

Tapi kalau bilik anda ada kad poker dan banyak benda best , jadilah seperti bilik matpie, tetap dikunjungi untuk berhibur dan untuk mendapatkan ilmu serta benda-benda hiburan hehehe :P

* Remy bercadang untuk beli kipas matpie dengan harga RM2.4 juta sebab dia memang suka kipas-kipas eksotik macam nih.

Lighter tak terpadam walaupun kipas speed nya 5!!!

Asap Naik ke atas menghempas siling. Credit rokok to akim


Akim(baju putih) dan matpi (baju biru) sedang berbincang mengenai pelajaran mereka pada masa lapang.

Saturday 17 October 2009

Wanita Yang Terbaik

First of all , jangan risau, jangan terkejut , jangan panik , jangan buat muka macam takleh accept, jangan ingat aku buat-buat insaf or apa-apa. Aku bukan jadi ustad pon.Jangan pikiaq bukan-bukan.
Jangan-jangan.

Tadi aku tengok tv , ada sekumpulan wanita-wanita professional sedang mengEKZOSkan mulut mereka berbincang tentang wanita-wanita yang patut dijadikan contoh dan idola dari segi keperibadian.

Depa sembang PUMPANG-PUMPANG sampai bergegaq syiling studio. Berdebat, Princ
eess Dianakah? Mother Teresakah? Presiden Arroyokah? Margaret Tacher kah? dan ramai-ramai lagi wanita-wanita yang hebat di pandangan mata merka.

Aku ada jawapan terbaik punya untuk soalan siapakah yang patut jadi contoh, idola, benchmark,KPI,atau role model.

Beliau adalah Siti Khadijah , Isteri Rasullullah.


read this:


"Demi Allah,tidak ada ganti yang lebih baik dari dia, yang beriman kepadaku saat semua orang ingar , yang percaya kepadaku ketika semua mendustakan, yang mengorbankan semua hartanya saat semua mempertahankanya dan dari darinyalah aku mendapat keturunan"

*Bayangkan rasullullah puji beliau.Tidak ada ganti yang lebih baik. Kalau rasullullah sendiri puji , hampa semua fahamkan martabat beliau..Hampa semua bijak-bijak belaka.


Sebagaimana yang diriwayatkan dalam Shahih Bukhari,
Jibril mendatangi nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam seraya berkata,
“Wahai Rasulullah, inilah Khadijah yang datang sambil membawa bejana yang di dalamnya ada lauk atau makanan atau minuman. Jika dia datang,sampaikan salam kepadanya dari Rabb-nya, dan sampaikan kabar kepadanya tentang sebuah rumah di syurga, yang di dalamnya tidak ada suara hiruk pikuk dan keletihan.”

*
Pahamkan maksud ini "Jika dia datang,sampaikan salam kepadanya dari Rabb-nya" . Allah sampaikah salam kepadanya.
Fikirkan lah Siti Khadijah sebelum ambik orang lain untuk jadi contoh or role model.

Bukti kesayangan nabi kepada Khadijah ialah riwayat ‘Aisyah yang mengatakan setiap kali keluar dari rumah nabi Muhammad s.a.w. akan memuji Khadijah sehinggalah pada suatu hari ‘Aisyah merasai cemburu lalu meluncur dari mulutnya: Tidak adakah yang lain dapat mengganti si tua itu?

Rasulullah menjawab dengan marahnya: Demi Allah!Tidak ada yang dapat menggantikan dari segi kebaikan selain darinya.Dia beriman ketika manusia kufur,dia membenarkan aku ketika orang lain membohongi ku,dia bersimpati dengan hananya ketika orang lain mengalangi ku.Allah menganugerahkan kepadaku darinya anak dan tidak perempuan lain.

*Seperti mana kita tau ,'Aisyah juga seorang yang disayangi Rasullullah, tapi bila dia sentuh bab-bab khadijah , Rasullulah mempertahankan Khadijah sungguh-sungguh.

So, untuk orang laki juga beliau adalah contoh isteri yang mampu menyokong suaminya.Semua orang tau kan cerita Rasullullah balik dari Gua Hira kn? Bila Rasullullah balik dalam keadaan gelisah, Siti Khadijah tolong untuk tenangkan Rasullullah kan. Selalunya kalau orang biasa, suami balik rumah gelisah, dia lagi gelisah kaw-kaw.

Rasanya contoh dah ada terang-terang.Makcik-makcik yang sedang berdebat dalam tv tuh patut baca blog aku ataupun patut pk balik apa yang depa debatkan sebab kalau depa debat dari segi kerjaya, or professionalism. Siti Khadijah tuh peniaga yang berjaya juga. Kalau nak debat dari segi peribadi, takyah laa dok banggakan-banggakan Princess Diana or sambadi-sambadi else.

*Aku tulih atas sebab aku rasa tanggungjawab untuk membukak mata orang-orang yang selalu dok ambik contoh orang len untuk dijadikan benchmark.



Tuesday 13 October 2009

Al-Kisah Rumput-Rumput Cinta

Sembang punya sembang punya sembang time kelas PCS tadi , Donat suruh aku cari cerita rumput-rumput cinta.So inilah Kisahnya


Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am. Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini:

Pelajar: Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang? Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?

Cikgu: Oh, awak nak tahu ke? Emmm…baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut je ye…mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.

Pelajar: Baiklah…apa yang saya harus buat?

Cikgu: Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang PALING cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.

Pelajar: Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh.

Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.

Cikgu: Mana rumput yang cikgu suruh petik?

Pelajar: Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang , saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.

Cikgu: Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada mulanya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi.Kecualilah jika perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi, maka barulah kita mulakan sekali lagi. Maka sayangilah orang yang menyayangi kita dengan tulus dan ikhlas...



Soalan Pemahaman

1. Siapakah yang mengajar anak muridnya menjadi perosak alam sekitar?

2. Adakah tukang kebun sekolah telah menjalankan tugas memotong rumput di padang sekolah?Jelaskan.

3. Jika analogi rumput adalah jodoh , apakah akan terjadi dengan rumput-rumput yang telah dipotong, diracun dan dipijak-pijak oleh pelajar?

4. Jika rumput di padang bola di sekolah tersebut dibandingkan dengan rumput di padang bola Stadium Old Trafford, rumput manakah yang lebih berkualiti?

5. Setujukah anda dengan pemikiran guru tersebut?

Guru tersebut lupa bahawa rumput yang dicabut pun kadang-kadang disambar burung untuk dibuat sarang.Hahahaha.

Monday 12 October 2009

Heh..



Rasa bosan menulis blog sudah tiba.
Sudah Bosan membebel seorang diri.
Bosan Juga Ya!

Sunday 11 October 2009

Adeh



Penyakit lama datang kembali di saat-saat genting.
Bertahan.. Wargh!!

Friday 9 October 2009

Ubat Gigi Yang Pelik

Aku bangun pagi dengan malasnya menuju toilet.
Aku cari berus gigi aku yang warna biru itu.
Di hujung sudut berus itu terletak.

Tiba-tiba aku nampak housemate aku masuk toilet.
Dia tanya aku ada kelas ke tidak.
Aku cakap takdak kelas sambil meletakkan ubat gigi di atas berus gigi.

Kami berbual seketika tentang masalah-masalah internet dan pengharaman khutub khanah terbesar UTP. (DC++)
Aku masukkan berus gigi didalam mulut.
Perlahan-lahan aku gosok gigi aku.

Gosokkan pertama memang selalunya sedap dan lazat.
Selalunya rasa pudina dan kalsium memang adalah rasa duet yang paling nikmat di pagi hari.

Tetapi hari ini rasa pudina dan kalsium tidak aku rasakan.
Sebaliknya aku rasa macam tengah kunyah bahan kimia yang tidak diketahui asal-usulnya.
Bila aku check-check balik rupa aku dah letak
Loreal Man Facial Wash
dekat berus gigi aku.

Patutlah rasa macam pelik.

*Last 2 month aku letak gel mandian dettol dekat kepala sebab ingat syampoo.

Thursday 8 October 2009

They Told Me




.Now They Know.
.Yes,people can change.
.Ramai kawan-kawan kat rumah aku cakap.
.Now depa tau apa yang aku rasa.
.Dulu depa gelak-gelakkan.
.Tapi aku cakap its ok.
.Its all pengalaman.


.Depa baru tau.
.Rasa tak boleh tidoq malam.
.Rasa macam ada yang tak kena.
.Rasa risau yang tak logic.
.Rasa yang dulu lawak dimata depa.
.Positively take it as pengalaman.
.Again , its All pengalaman.

.Tapi apa-apa pun.
.Tak guna aku rasa dulu kalau aku tak tolong depa.
.Bleh la bagi nasehat sepatah dua.













Wednesday 7 October 2009

Koleksi Gambar Melayu Handsome

Mai-mai , sejam Rm 30 saja..Mai Mai
*jangan pikir negative , sejam RM30 ialah upah bermain gitar di kenduri kenduri kawin


Skandal dengan AZPA di melaka time intern.

Dialog
Aku: YuhuU!!
Makcik Background: Mu Gilo Ko Apo nih.


Hahaha gambar di dalam KLCC, time intern yang sangat excited telebih.. See See that tall building ...See See...Muka aku baru bangun tidoq lepas lunch haha


Lisa Surihani. Ex-Girlfriend... hmm.. HAHAHA


Relax-relax di tepi tasik sambil bermain gitar
*kelihatan di belakang dua remaja tengah bincang masalah masa depan mengejar cinta dan cita-cita hahaha

Posing Ala-ala 60-an , tidak dapat dikesan encik jurugambar kerana banyak sangat jurugambar-jurugambar murahan di malam tersebut.


E.T , Akim kali pertama berjumpa dengan lampu eletrik kerana di kampungnya
(somewhere in pahang masih tiada eletrik)

Asalnya nak buat orang lidi, tapi macam ntahapa-apa aja aku tengok..Macam mayat bergelimpangan ada la jugak.. Tengok bido posing ala-ala dewa hehe

Ini bukan kelab gay semenanjung laaaaaaa... Tengah release tension akibat otak kena kuman FYP.

Cencewah PewiTt PewitT . Usha tempat lain sket..



dari kiri (azpa,pedot,pisang dan hakim)

dialog
azpa: aku rasa aku hensem
pedot:aku lagi hensem dari ngko
Pisang:Korang dua tak hensem, aku yang hensem.
Hakim: Mane ade, aku yang hensem.Aku Paling gebu dalam kita semua.



Owh,ini di stesen batu gajah. Baru balik KL.

Excited aku naik keretapi shuttle yang harganya cuma RM12 dari Batu Gajah k KL Sentral.
Kenapa la zaman aku kerap2 pg KL dulu takdak tren nih. Takdak la susah-susah g ipoh naik bus turun pudu naik tren g s.alam . Huh!


Sampai S.alam aku p sambut besday anak menakan aku. Yang kecik tuh.. Umuq setaun..

OOoo OOoo Balik kampung OOOo OOo balik kampung...Cuih, raya dah lepas baru dapat naik tren haha.


Malam-Malam pon cantek dekat stesen huhu..Tapi cam seram pon ada gak sekeping dua

Model-model sentiasa ada dimana-mana dengan gaya tersendiri. Daripada 750 keping gambaq dalam koleksi handset aku 500 keping ada gambaq model-model nih.. HuH

Sunday 4 October 2009

On.On.On.On

Hehehe.. Time nak isi minyak nih berat sket.hahahaha..


Malas nak tulih post baru, hahaha...

Openhouse sangat banyak weekend ini.. Hahaha..

Life must go on ek hahaha..

Erm nak buat apa ek??

Beli motolah ..

Boleh buat p masjid dan pasar tani kan haha..

Boleh buat jalan-jalan..

Bolehla bawak anak menakan jalan petang-petang.

Skali skala beli benda-benda baik untuk diri sendiri apa salahnya kan? kan?kan?

Bgn pagi-pagi dah hilang, rupanya bapak aku dah g lap jalan kuala perlis.

Adeh~

Harap-harap boleh la bapak ke masjid selesa sket dari naik lagenda aku yang sudah 'dikebunkan'

huhuhu



Friday 2 October 2009

Kawan Jauh.

Saya ada kawan.
Sudah lama saya kenal dia.
Dari kecil hinggai dia dewasa.
Dari awal dan mula-mula.

Selalunya dia gembira bila jumpa saya.
Tetapi kadang-kadang mukanya agak masam juga.
Masalah juga mungkin bertimpa-timpa
Mungkin dia sudah dewasa.

Ramai yang gemarkanya.
Muka comel sentiasa.
OHh Gardenia Sungguh Enak Dimakan Begitu Saja..Ehh tersasul.

Tapi selama mana kita kawan.
Itupun jadi tanda tanya juga.
Sampai esokkah?sampai lusakah?sampai syurga ku tunggu mu ehh silap ternyanyi pulak

Tapi sekarang dia tengah buat apa pon saya tak tahu.
Tengah sehatkah, saketkah,gemokah, kuruskah.
Saya tak tahu tambahan pula dia pun tak pernah nak beritahu.

Mungkin dia ada kawan baru.
Yang baru-baru selalunya best dari yang dahulu-dahulu.
Tapi saya macam biasa saja.
Selalu saja ada tak kira waktu.

Saya terpikir sesuatu dalam bahasa inggeris

If the distance determine everything , there will be no good for sure.
(Jangan apply dalam fizik)


Nak pg jogging, distance determine something in jogging.Thats for sure! hehe

Thursday 1 October 2009

Chocolate Coklat Cekelat Kelat Cokolat

All these years saya suka makan coklat.
Sejak Kecil saya mengAdore makanan ini yang sangat sedap dan menenangkan fikiran.
Cokelat berasal dari pohon koko yang ditanam di negara amerika selatan suatu masa dahulu.
Cokolat yang tertumpah ke atas ladang gandum menjadi cococrunch.

Coklat nih dapat menenangkan fikiran orang yang memakannya kerana dalam coklat ada bahan kimia bernama samting-samting.

Jadi disini saya akan menglistkan coklat-coklat kegemaran saya dari kecil hingga dewasa:

  1. Kit Kat yang kecik besaq suma jenis
  2. Cadbury Sekupang tuh yang dalam balang dekat kedai runcit tuh
  3. Ferrero Rocher yang mahal dan mengasyikkan , aku suka tengok hantaran kawin ada ferrero rocher , nampak cam nak makan semya
  4. Nestle Crunch
  5. Mars
  6. Snickers
  7. Hersyes semua jenis.
  8. Smarties (sejak besar ni dah kurang sikit makan smarties)
  9. MnM Kuning
  10. Biskut yang ada coklat gak macam digestive mcvities ,apollo pon ok , dan macam-macam lagi.
Jadi, dapat disimpulkan bahawa coklat memang best dan nikmat. Coklat juga boleh dibuat hadiah untuk awek-awek hampa. Takut gemok kalau makan coklat? Lepas makan round la tasek k stadium k sungai dua tiga round. Sure tak gemok.


Sekian Majulah Coklat Untuk Negara


Rasa macam nak tadah mulut ja dekat fountain chocolate neh
Penah try sekali benda neh dekat hotel. Chef dekat hotel dah usha semacam sebab asyek ulang-alik dekat fountain