Friday 28 August 2009

Muzik Made In Malaysia Rescue

Hari ini aku nak tulis pasai satu benda yang dah lama aku nak cakap, tapi tak tercakap-cakap. Benda ini mungkin tak best , dan maybe orang tak minat.Tapi aku tak kesah. Kali ini pasai muzik.Credibility aku untuk cakap benda nih (16tahun ++ melalak dalam toilet , main guitar kapok tepi tembok dan dengaq radio secara istiqamah.) Ini bendanya.

Selalu bising-bising dalam radio & tv pasai kebanjiran band-band indon dalam industri (industrilah sangat) muzik malaysia. First kita akan tengok (sebahagian )artis malaysia ramai-ramai cakap 'jangan beli yang cetak rompak' then esok kita akan tengok sebuah band indon berjaya juai album sebanyak 30,ooo ribu unit di Malaysia. Lepas tu sebahagian artis kita marahkan indon sebab album terjual laku macam topeng H1N1.

Sebab apa rock kapak , 60an, ngan lagu-lagu P.ramlee still relevant banding dengan lagu-lagu
baru yang artis dia cuma terkenal dengan satu lagu ja.. Jom Fikir-fikir

Sebab apa jadi camtu? aku rasa semuanya sebab lagu lah.. Kalau lagunya sedap ,cachy, melodic dan lirik yang relevant aku rasa tak akan timbul masalah-masalah itu semua. Ok apa ada pada muzik indon??

Jom banding sket. First dari segi instrument. Violin adalah satu kemestian dalam arrangement muzik depa. Sebab apa violin? sebab semua orang tau violin kalau main guna chord progression yang sehappy mana pun dia tetap sedeh bunyinya. Macam orang yang tengah menangis buat pengumuman esok akan raya.itulah violin.So bila depa buat lagu sedeh memang masuk.

Tapi artis kita (sesetangah) buat lagu sedeh tapi mood nya macam orang main kompang nak kawin... bercanggah sungguh deria aku time dengaq lagunya.... Lagi satu aku perasan indon neh dia punya instrument (untuk recording la bukan live) memang kalah satu team bola. Macam-macam bunyi ada.

ok Lets compare depa punya instrument.

Kebanyakkan Band/Solo Indon
  1. Vokalis
  2. Bassist
  3. Rhytm guitar
  4. Drummer
  5. Lead Guitar (macam-macam jenis sound effect distortion,chorus,flanger,delay dan serba-satu macam orang kawin)
  6. Piano (Walaupun lagu rock, piano tetap ada..Walaupun tajuk lagu 'Makan Orang Tengah Malam')
  7. Keyboard(Dewa Suka gila pakai menatang nih, its create a mood.)
  8. Violin yang macam dengaq bunyi dimain oleh 30 orang..
  9. Backing Vocal (Ini yang band malaysia jarang sangat ada, penting kot)
Kebanyakkan Band/Solo Malaysia

1. Vokalis
2. Rhytm guitar (effect macam-macam jugak, wah-wah pun ada. lebey kurang indon)
3. Lead Guitar (Terer sama ja dengan indon , banyak jugak yang lagi sedap dari indon example:sham kamikaze tuh, hujan punya lead tuh(tatau nama) ,joe wings , man keedal dan ramai2 lagi )
4.Drummer pon bagus-bagus
5. Bassist - Jari sotong, lembut gila dia main macam bassist flop poppy yang sebelum nih (aku tabik dia)

*Banyak band-band indie yang baru nih takdak violin, backing vocal,keyboard and violin. Btoi tak?Dengaq dan compare. Instrumen nih macam bahan-bahan dalam resepi memasak la. Banyak bahan lagi sedap serupa jugak macam insturemen, lagi banyak lagi lagi rasa mcam satu kampung tengah perform. Tapi kalau banyak sangat pon pening gak kan?

And last skali bahasa. Depa Bahasa Indonesia Kita Bahasa Malaysia. Tapi dua-dua lebey kurang sama ja. Tapi kalau hampa semua perasan, indie banyak sangat pakai perkataan bulan,bintang,pelangi,berlari, awan,malam,esok,kayangan,suria,bidadari and so-on so on. Banyak lagi perkataan smart-smart dalam kamus dewan bahasa tu.

cuba banding ayat ni

lagu Stings kot kalau tak silap
(aku dengaq dekat sinar tadi terus aku search lirik dia, cam lawak)
Ku timang-timang kasih
Ku timan-timang sayang
ingin ku belai rambutmu itu
Ku tidak berdaya
Berat kaw-kaw ke rambut minat tuh bang? bapa ploh kilo? bleh buat dumbell ka abang oit?

lagu nidji( Bahasa Indonesia ngko dapat A1 k? ke cilok lirik orang?)
Yakinkan aku Tuhan
Dia bukan milikku
Biarkan waktu waktu
Hapus aku
Cuba la pk-pk apa bezanya

kadang-kadang muka ganas kaw-kaw tapi nyanyi lagu bunyi macam lagu merry go around dekat fun fair. in addition banyak sangat perkataan-perkataan inggeris yang convert kepada malay, contoh macam revolusi,situasi(mampuih geng-geng bunkface maki aku hehe),
konklusi (jangan marah ek peminat hujan) diskusi,dedikasi dan ntah apa-apa lagi.. Macam asing la bahasa inggeris dalam lagu melayu.
Seolah-oleh kita makan nasik lemak yang ada kuah sotong masak blueberry .
Mungkin sedap, tapi totally tak kena..

Bukan aku tak open minded tapi aku rasa macam tak kena.
So,Mari lah mengimprovekan muzik malaysia macam pop shuvit ka, meet uncle hussein ka(bab-bab berpecah jangan ikot) ,
hujan (tak sangka guna chord 7th ngan 9th bleh buat lagu bunyi macam-macam pop),
Juanna And Co ,
Wings(Kalau dewa ajak 1 by 1 ngan band malaysia aku letak depa laa) ,
Butterfingers (mengapa hangpa bersara oit.... abeh la aku.. sob sob sob) ,
Raihan (guna suara saja dengan kompang sket tapi melody cam koir 15 bijik sekolah bunyinya)

Hehe penat-penat. Remy konfem marah aku neh hahaha, dia anti muzik indon, hahaha... abes la aku p semayang jumaat jalan kaki hehe.

'Mari menikmati muzik tanpa menghiraukan batas bahasa'

Terluah Sudah. Aku tak kesah pon, bukan M.nasir baca pon blog aku hahaha.

7 comments:

  1. aku tak tau sgt pasal cord music, dan aku tak tau pun beza rhytm guitar dgn lead guitar.
    tapi aku stuju bab lirik dan 'kesungguhan' dalam menghasilkan lagu. MUH aku puji dengan lagu 'Putihnya Lukisan' mereka. Wings? Tak perlu dipersoalkan. Mungkin industri kita perlu lebih byk pengkritik yg lebih terbuka.Mungkin.

    ReplyDelete
  2. Saya sangat keciwa melihat anak bangsa kita mengagungkan orang luar.

    ReplyDelete
  3. bagi saya..tiada instrument yg lebih rock dan soprano melainkan suara dengkuran bobo..band2 malaysia patut try gunaa,mmg kompom lagu nasyid pun leh bunyi metal mau masuk bunyi dia..krroohhh..krrooiihhh...

    ReplyDelete
  4. bo, aku sgt setuju dengan back up singer tu.
    additional instrument tu pun ibarat back up sound utk main instrument la.
    kalo hg nak tau, morven pun guna backup singer masa final eupho dan aku rasa itu first time band eupho maen guna backup singer.judge puji kaw2.

    nice view bo.

    p/s- bo, pandangan ahli mesyuarat tingkap tu tlg ubah ke bahagian bawah stip post. kalo kat atas tu x best.
    nih salah satu sbb org malas nak komen. haha!

    ReplyDelete
  5. btul tuh matzam..
    mungkin link komen bley letak bwh bo..
    huhu.. mner ader orang komen dlu baru bace..
    peace

    ReplyDelete
  6. References:


    1. 'bulanku terjatuh dari orbitnya' Bobo(2009)
    2. 'Tuhan Kirimkanlah Aku' Bobo(2009)

    ReplyDelete
  7. perghhh..boleh jadi pengkritik "Perlis Idol" nih..

    ReplyDelete