Monday 25 May 2009

Marang Perapu Kapunden Marang Sekeper

Sabtu malam ahad...

Aku,Figo,Roy,Minud,Poman dan Duih meluangkan masa memerapukan diri di kelab karaoke 5 bintang di Hotel Quality, Shah Alam.Ya suara aku iras-iras Once dari kumpulan Dewa sebab itu Lisa Surihani minat dekat aku.

Kami berkaraoke mengikut nafsu sempena meraikan tamatnya sesi Exam budak2 UTP. Figo yang bersuara ala-ala Hattan + Awie telah menyanyikan lagu-lagu hits bilik air V4CS2. Beliau menyanyikan lagu-lagu dengan baik sekali sehingga awek penjaga karaoke menyangkakan Awie telah datang ke Pusat Karaoke Tersebut.

Minud seperti biasa menyanyikan lagu-lagu yang hanya berkumandang di radio tiga johor seperti lagu Hijau Bumi Tuhan dan lain-lain lagi yang menggamit nostalgia mak bapak kita.Ringtone Alarm handset beliau juga mempunyai lagu-lagu tradisional seperti keroncong dan zapin yang confirm takkan dapat menggerak beliau ketika beliau tidur.

Poman menyanyikan lagu rock yang aku tak pernah dengaq dan tau kewujudanya. Aku taktau poman dengan lagu-lagu tu dari mana.Tapi poman dah nyanyi lagu seroja dari search dengan kadar yang hebat. Tarikan suara poman seolah-olah beliau telah dirasuk Amy search..

Duih, nyanyi lagu ebiet g ade.. dan beberapa bernada tinggi.. bolehlah... tapi takleh lawan aku hahaha...

Roy nyanyi lagu.. Ok.. Time roy baru nak nyanyi tiba-tiba blackout... Mungkin pusat karaoke lupa bayar bil letrik...

Kami nyanyi lagi seround... Aku nyanyi lagu Semalam Yang Hangat duet ngan figo... Sedap ahh.... Kalau aku buat album konfem boleh juai 10 keping.. satu figo beli, satu aku beli dan lebihnya dibeli oleh rakan-rakan lain atas dasar kesian kawan2.

Ok pastu duih nyanyi balik, then minud then poman..

Roy nyanyi lagu..ahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh blackout lagi... asai roy nyanyi mesti blackout... Roy dah rasa bersalah terhadap kawan-kawan..... Roy takot untuk menyanyi lagi.....

Takpa, kami nyanyi lagi seround.... Akhirnya roy telah memilih lagu dangdut nyanyian mas idayu untuk selamat... Kami menyanyi lagu tersebut beramai-ramai especially time part 'amboi-amboi sayang'...Jatuh standard penyanyi2 rock malam tersebut...

Kami balik rumah aku lepas tu.... Roy rasa puas sebab dapat nyanyi...

1 comment:

  1. aku puas ati bo..mekaseh kpd bobo kerna mlyn kami di sh alam..tp sumpah bkn sbb aku blackout tuh..hahaha..

    ReplyDelete