Friday 29 May 2009

Yang Lawak Tapi Sedih

Aku jumpa article ni di satu forum.
Rasa macam patut jugak post.
Tak sangka Ahmad Nisfu akhirnya hidup melarat.
Itulah pelakon dulu-dulu , berlakon bukan untuk populariti. Tabik!

[Re: Ahmad Nesfu
Post by sepatulapar on Mar 28, 2008, 3:50am

[image]

Saya pernah beberapa kali bersua dengan Allahyarham Ahmad Nisfu sewaktu saya tinggal diGeylang Serai.

Setelah tidak bermain wayang lagi, dia sering berada dikedai kopi dipersimpangan Joo Chiat, Geylang Road dan Changi Road. Kedai kopi itu juga dulunya tempat 'extras' Shaw dan Cathay berkumpul. Sering juga mereka diambil sebagai 'pak pacak' dengan gaji $5.00 ringgit sehari!

Selain meluangkan masa disitu, dia sering keseberang jalan untuk menikmati 'sop kambing' kegemarannya. Kedai mamak sop itu terletak dilorong masuk ke restoran Osman Ghani yang terkenal diGeylang Serai dengan 'kari ikan' dan 'dalca rusuk kambing'nya.

Ahmad Nisfu juga pernah menjadi imam diMasjid Onan Road (sudah tiada lagi - tapaknya diambil oleh Muslim Convert Association). Pernah satu kali, kami anak anak nakal, waktu sembahyang berimamkan Ahmad Nisfu, sedang dalam rukun, kami menyanyi perlahan lahan sesama sendiri "Pura Cendana! Pura Cendana!" sambil menggigil gigil menahan ketawa. Habis sembahyang, tak sempat cium tangannya, kami diperambat hingga keluar masjid! "Korang usik aku ya!!! setan!!!" Itulah pengalaman nakal saya bersama 'Raja Alam Syahbana, raja negeri Pura Cendana'.

Mungkin kerana keuzuran dia tidak lama menjadi imam disitu. Saperti sudah berputus asa, dia hidup berteduh dikubu Jepun di Jalan Labu tidak jauh dari Masjid Aminah di Jalan Nanas off Geylang Serai. Lama juga dia tinggal bersendirian disitu dibawah ikhsan orang kampung sekeliling. Tidak lama kemudian dia meninggal, setelah beberapa lama hidup sebatang kara dalam penuh kedaifan. Semoga Allah mencucuri rahmat keatas rohnya. Amin! al Fatihah!]

No comments:

Post a Comment