Thursday 19 November 2009

Ciri-Ciri Wanita Pilihan

Assalamualaikum puan-puan dan tuan-tuan , terima kasihlah sebab celik-celik mata dah bukak blog aku kot-kot ada update.Terima kasih la kepada Tuan-tuan dan Puan-puan, kalau saya letak klik-klik punya advertisement mungkin dah boleh dapat juta-juta dan boleh beli tanah dekat felda belakang rumah saudara En.Poman. Sokongan Tuan-tuan dan puan-puan sangatlah dihargai dengan harga yang mahal-mahal hendaknya.

Seringlah ditanya akan kami sekawanan(geng-geng aku segerabak, pak roy exclude haha) apakah ciri-ciri wanita pilihan , bak kata seorang kawan chinese aku 'cili-cili wanita pilihan' thats why they are hot.

Tidaklah mudah menulis perkara ini sedangkan diri sendiri pun ibarat 'cermin mata dihembus nafasnya' (blur laa, apa pnya peribahasa laa aku buat) dalam soal-soal begini.

First ialah ciri-ciri yang digariskan oleh Rasullullah S.A.W (jangan lupa selawat) iaitu empat kesemuanya.

"Seorang perempuan itu dikahwini kerana empat pekara; kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya, atau agamanya maka hendaklah kamu ambil yang beragama jika tidak binasa tangan engkau yakni jadi papa engkau."

Maksudnya pilihlah yang beragama(islam) serta yang mengamalkanya . Kalau engkau kawin dengan pompoan sebab nak harta bapak dia or something else, then faham-fahamkanlah maksud ayat baris ketiga tersebut. Ikutlah apa yang Rasullullah S.A.W (jangan lupa selawat) guide itu sebab bab kata seorang Ustadku time sekolah menengah
owners manual kehidupan dunia ada disitu.


Then settlelah filter yang pertama.

Ciri-ciri yang ditulis selepas ini bukanlah betul 100% kerana sumber-sumbernya adalah antologi kawan-kawan aku sekalian meaning that ciri-ciri yang ditulis ini adalah pada pandangan mata mereka. Siapakah mereka? mereka adalah kawan-kawan aku yang selalu aku sembang-sembang mengarot dan dalam kemengarotan itu adalah sebijik dua bijik point yang aku tangkap.

1- Nak yang mata kita sendiri suka tengok - Kawan aku cakap nak yang cun dan ramai juga agree , ya lah nak tengok muka tu dalam 40-50 taun kan so depa kata itu adalah alasan kenapa ciri-ciri tersebut dipilih. Apabila ditanya adakah mereka handsome? aku dan mereka tanpa malu mengatakan kami memang handsome haha... nak yang cun tapi sendiri pon tatau. haha.

2- Nak yang boleh buat kerja dengan kurang bergantung kepada kita- Camna tuh, maksud seorang kawan ini ialah kalau dah kawin nanti , janganla sampai nak beli kicap kat kedai depan rumah pon tak berani dan takot-takot. Depa juga nak yang reti bawak kereta , dan kalau boleh bawak moto, aku sendiri rasa cam wow... cool gilaaaa.. leh bawak moto even aku tak suka pon tengok pmpoan bawak moto hahaha. Seorang kawan cakap nak yang boleh support bukan yang perlu disupport 24jam (support menyaport perlulah ada kerana dets why manusia hidup berpasangan di atas muka bumi). Maksudnya kalau nak mandi pukol berapa pon kena tanya dulu (kadang-kadang untuk menggedik mereka cakap dibolehkan haha) susahlah.

3- Boleh mix dengan adik-beradik gua yang lain la brader- Point ini cukup strong , diusulkan oleh seorang kawan jugak. Aku sangat-sangat-sangat-sangat setuju point ini. Bayangkan kalau lepas kawin nanti dia cakap 'i malas la nk cmpur dengan kakak ngan adik u, diorang lain dari i' tak ka dilema di pintu syurga hang nanti. Mix with ur siblings itu penting kata mereka sebab , ur siblings semua tuh orang paling byak support hang. jadinya kalau wife hang anti ur sibling maka akan hilanglah keharmonian keluarga tersebot ya puan-puan. hahaha.. geli la baca apa yang aku tulis hahaha.. Kalau dia gadoh dengan adik beradik hang , hang akan dilema besar, diulangi dilema besar. Nasib baik la kak ngan abang aku cari ipar-ipar aku yang selalu bagi duit dan kasih sayang kat aku muahahahahahaa..

4- DUIT?KAYA?ANAK LORD? - Yang amazingnya kalau hangpa nak tau dalam kawan-kawan aku nih tak penah pon sorang kata, aku nak kawin ngan anak orang kaya nanti leh kaya jugak. Bila pikiaq pikiaq balik baguih gila kawan-kawan aku. Sebab kami rasalaaa kan, bab duit tuh biaq kami cari takpon sama-sama cari. Tak macho la kami makan duit perempuan
(belanja makan and minum tuh biasalah la, maksudnya disini bergantung kepada bini dan harta-hartanya) .
Kawan-kawan aku tak penah pon cakap pasal nak perempuan kaya. Waaa aku baru sedaq kawan-kawan aku yang kaya rupanya haha.. Tapi di sini di ingatkanlah bahawa kalau bini hang dah memang kaya nak buat camna, takkan nak suroh dia miskin kot.. Tapi money takpa, kita cari sama2.

5- Yang saling memahami (mutual not one side only) - Kalaula dia sorang saja faham hang, tapi hang tak faham dia tak guna jugak. Samalah macam manusia cakap dengan lembu, seorang tau sorang tatau. contoh kalau dia tau hang suka belacan maka masaklah dengan letak belacan , taklah jadi macam cerita bujang lapok sampai hendak dipancung sebab tak letak belacan

' Pelakon (S. Kadarisman) "...bukankah kau tahu kesukaan ialah belacan, mengapa engkau masak sayur asam tak mahu campur belacan...sekarang aku akan pancung leher engkau....".

Meaning that supportlah apa-apa yang kurang, dia kurang itu, hang kurang ini makanya supportlah yang mana kurang, tapi kalau dua-dua sudah kurang lagi bagus, kan sama-sama kurang di situ?

6- Yang suka pasal ambik tau pasal kereta - seorang kawan bertanya mau tak dapat bini macam nih 'wife-wife tau tak kereta jenis apa di depan tuh (hang tunjuk ke arah perodua kancil)' dan dia jawab 'husband-husband , i tak tau la kereta apa tuh tapi yang i tau i sayang u' tak ka jadi kurang ceria hidup hang, at least kalau dia tau model2 kereta sikit2 boleh la hang sembang dia pasal kereta.
Sorang kawan lagi cakap, tapi kalau hang pon tak tau sayur apa ikan jenih apa, itupun sama la macam dia taktau kereta model apa. Hang pon bengong lepastu nak kata dia bengong. Elokla macamtu.. ok. kalau dia tau pasal kereta sikit-sikit baguslah, minat kereta bolehlaa dibuat sembang-sembang time boring.

7-Yang tak kedekut 'salted noses' poo' - Dah kawin pon kalau kedekut kaw-kaw susah laa. benda nih leh tengok la. Tak pecaya,time couple2 cuba p kedai runcit dengan dia lpas tu amek la ap2 harga seringgit suroh dia byaq. kalau mati2 takmau bayaq jugak susah la weyh.. susah. nanti kawan-lawan mai rumah hang minum ayaq kosong jalaaa. Terpaksa kawan-kawan bawak nescafe 3-in-1 mai rumah kita.

8- Yang ada kekurangan- kalau dapat yang perfect semua pon susah la. takda issue , takdak issue maka takdaklah conflict , takda conflict maka takdaklah mintak2maaf ,takdak mintak2 maap maka tiadalah garam, gula, blackpepper, kulitkayumanis, corianger,dan lain lain lagi dalam kehidupan.

Jadinya , dapatlah aku cakap bahawa ciri-ciri diatas adalah random, Tak semua orang nak apa yang ditulis dekat atas tuh. Inipun kami main cakap ja, mungkin tak pikiaq sangat sebab tak penah pon pikiaq terok2 pasai benda nih. Time free-free menyembang jadi macam ni laa. Tapi ada point juga di situ.

Kesimpulanya yang sembangmambang nih semua pon bukan nya betoi semua dan perfect.Rasa betoi ambek, tak betoi baca yang lain dalam blog aku, banyak lagi ada (customer relationship management disitu hahaha) Readers Always Right haha

13 comments:

  1. entri kosong... hurm... adakah ini bermaksud bobo tidak memilih? bagus2..

    ReplyDelete
  2. Oit baca lainlaa . Tadi tertekan sebelum post.

    ReplyDelete
  3. hoho.. bgus2.. entri yang bgus dan membuka minda... cewah.. dapat exercise pale otak pagi2 before g irc... (motip nak highlight..) Macam2 sungguh kriteria kawan2 kite nh.. nk yang cam siti nurhaliza la... macam fazura la.. macam maria ozawa la.. huhu... tp aku ske point yang last.. yang xperfect.. sbb diri sndiri pon xder la bape nak perfect, so paham2 je la kan kawan2.. (aih, ape la aku mengarut pagi2 bute nh..)

    ReplyDelete
  4. mungkin apa yang hang sembang2 dengan aku pon ada dalam entri ni.. sila ingat hahaha

    ReplyDelete
  5. belakang rumah saya paya..ada bekaih kubang khinzir,tp khinzir dh xdak sebab kena tembak dengan cina..nk mai sila la,aku bg free saja

    ReplyDelete
  6. bobo jgn cuba2 komen sendiri huna nama aku sebab aku salah komen..juga aku tulis babi bukan khinzir..dan lagi satu bila hg jumpa wanita idaman hg,satu hari nnt hg akan tau jugak part2 idaman hg kt dia tu bukan byk mana pn..haha

    ReplyDelete
  7. Hahaha lek la poman. Hang pon ada sumbangan dalam blog diatas .satu ciri tuh hang yang cakap. hahahahaha.

    ReplyDelete
  8. farah anak uncle sam19 November 2009 at 21:56

    hahaha :-D point no 7.
    salted nose poo - hehe.ni term baru untuk manusia kedekut ke bobo? :-P

    ReplyDelete
  9. nice entri
    bukan nak idup setahun due ngn isteri
    kalau boleh sampai mati laa
    4 point yang rasul cakap tu dah betol sgt laa

    ReplyDelete
  10. bobo pasti jumpa gadis idaman dia nnt! go bobo go !

    ReplyDelete
  11. :) kalau diberi pilihan, aku pn xnak dapat laki perfect.

    ReplyDelete
  12. anonimous cuak sket k ap nak cakap nme btol

    ReplyDelete