Sunday 6 December 2009

Ujian adalah tarbiyah dari Allah


Ujian yang aku tengah sembang nih bukanya ujian untuk subjek2 dalam course tapi lebih kepada ujian didalam hidup.

Benda-benda ujian nih bukannya mudah sebab ujian dalam hidup ini takdak jawapan yang tepat atau skema jawapan. Ia sangat subjektif dan matlamat ujian itu mungkin berbeza dari seseorang ke seseorang yang lain. Yang miskin diuji dengan harta , yang kaya diuji dengan bahagia dan selalunya ujian akan datang menyerang sisi-sisi lemah kita sebagai seorang manusia.

Timing ujian-ujian datang dalam hidup selalunya agak tepat dengan peristiwa-peristiwa hidup. Selalunya time sesak maka terjadi lah ujian. Hahaha. Time dekat2 exam, time takdak duit, time otak serabot serta banyak lagi masa-masa ujian datang.Yang buat Final Year Project pon aku rasa ujian boleh tahan jugak la, harddisk crash, supervisor berperangai ala-ala gadis cerewet , printer rosak, lab punya instrument rosak,debug tak dapat-dapat dan macam-macam lagi.

Selalunya bila terkena ujian nih kita memang rasa macam kureng sikit. Ya lah, ujian kot. Susah Kot. Ingat Senang ka? Tapi macam semua orang tau, ujian sebesar mana pon mesti ada klimaksnya. Satu cara berfikiran positive dalam hadapi ujian nih maybe kita kena percaya yang segalanya akan berakhir dan kita akan melalui ujian tersebut dengan jayanya. Tapi itupun susah juga, fikir positive tak tentu jugak dapat hasil yang positive.

So apa yang kita belajar dari ujian nih semua? Kita makin jadi top scorerkah lepas ujian-ujian nih? kita jadi semakin handsome atau kaya kah lepas ujian nih? Susah kan? nak carik jawapan apa faedah ujian-ujian nih.. Then kita sebagai manusia selalu fikir we can control everything that related to ourselves.

Mungkin ujian nih sebenarnya mengajaq kita supaya jadi rendah diri dan merenung balik, bahawa kita nih selalu lupa yang usaha yang kita buat bukan kita yang tentukan hasilnya. Contoh yang mudah la macam kita main farmville, lepas kita tanam semua. Kita rasa cam dah confirm ja yang kita akan dapat duit dari tanaman tersebut. Padahal kadang2 kita lupa nak tuai or internet kita takleh masuk fb so tak dapat la tuai.

Aku cakap pasai farmville nih sebab contoh paling simple la supaya kita mudah faham. Kita selalu lupa KEPADANYA bila berusaha. Kita bajet kita yang buat makanya kitalah yang tentukan keputusanya. Nope. Its Not. Its Not Us. So ujian nih rasanya memahamkan kita kepada maksud tawakkal dan berserah kepada Allah. Bukannya kita tak pernah tahu maksud tawakal atau berserah cuma bila kita experience maksud itu barula rasa macam kena batang idong sket.

Kalau tengah di uji aku rasa lagu ini mungkin membantu..


Kehidupan

Kesenangan yang datang
Tak akan selamanya
Begitulah selepas susah ada kesenangan
Seperti selepas malam datangnya siang
Oleh itu waktu senang jangan lupa daratan

Gunakan kesempatan untuk kebaikan
Sebelum segalanya terlepas dari genggaman
Kelak menyesal nanti tak berkesudahan
Apa guna sesalan hanya menekan jiwa

Jangan difikir derita akan berpanjangan
Kelak akan membawa putus asa pada tuhan
Ingatlah biasanya kabus tak berpanjangan
Setelah kabus berlalu pasti cerah kembali

Ujian adalah tarbiyah dari Allah
Apakah kita kan sabar ataupun sebaliknya
Kesenangan yang datang selepas kesusahan
Semuanya adalah nikmat dari tuhan

Senilagu : Nazrey Johani
Senikata : Nazrey Johani

Its help us a lot to understand apa makna dan sebab-sebab ujian kot..
Lagi satu maksud ayat seribu dinar juga pasti akan menenangkan jiwa ketika ditimpa ujian

Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Allah akan lepaskan ia dari masalah hidup Dan diberikannya rezeki dari sumber yang tidak diduga.
Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya.
Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan ( yang dikehendaki ) Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.
Ayat ini hampa selalu nampak dok gantung kat kedai-kedai nak bagi pelaris kedai laa, tapi sebenarnya maksud dia memang lebeh baik untuk yang memahami laaa.Asyik-asyik p mapley tengok frame ayat nih tapi tak penah hapai pon. So baiklah kalau hapai ayat nih. Its Help.Insya Allah.

So cerita pasai ujian nih memang tak akan habis, sampai hilang huruf-huruf yang dicetak atas keyboard pon topic nih tak akan habis. Ia sangat subjektif dan rumit, tapi kita tau la yang kita ada tempat bergantung dan berharap sewaktu ujian ni tiba.

Ujian adalah tarbiyah dari Allah
Apakah kita kan sabar ataupun sebaliknya
Kesenangan yang datang selepas kesusahan
Semuanya adalah nikmat dari tuhan
Aku Percaya semua ayat dalam quote nih, kesenangan akan tiba selepas kesusahan. So janganlah putus asa pesan aku kepada semua orang dan diri sendiri. :)

Ini bukan cerita orang kecewa, ini cerita orang yang berserah kepadaNya
Mungkin entri nih agak sembang sikit, seolah olah macam senang ja nak handle tapi, apa lagi pilihan yang ada kan? hehe
Siapa tahu,Betapa berat cinta yang ditanggung ,Sehingga dia sanggup lakukan

No comments:

Post a Comment