Saturday, 24 April 2010

Setahun Sudah Blogku Ini


Sedar tidak sedar , hari ini cukup setahun blog ini dilahirkan.

Aku ingat lagi aku start tulis blog ini sewaktu aku sedang intern.
Waktu itu , aku terasa mahu menulis. Mahu bercerita.

Counter Blog aku Menunjukkan 14705 pengunjung. Maybe patut ditolak saja 705 itu untuk access aku sendiri. So 14000 lah.
Bolehlah dikatakan lebih seribu yang baca sebulan. I'm happy with that.

Tetapi aku sekarang sungguh sedang kekeringan idea.
Mungkin ia benda biasa.Maybe idea akan datang. Hehe.

Thanks Kepada sesiapa yang sudi baca blog aku. Thanks for the comment also.

Kepada yang nak start blogging, startlah. Aku dah nampak faedahnya :)

Monday, 19 April 2010

Pause



Saya mahu berehat sekejap dari tulis blog.
Penat dan Bosan.
Semenjak dua-menjak nih idea dah berkurangan.
Terima Kasih Kerana Membaca.
Till then :)

Saturday, 17 April 2010

Butterfingers



Those who are listening to the music during 90's mesti penah dengaq nama band ni. Butterfingers bukan la nama asing dalam muzik melayu nih. Aku dah bergelumang dengan lagu-lagu depa sejak aku form 1 lagi.

Muzik depa lain , eksperimen depa komersial , tak jadi buruk. Yeah , orang yang tak penah dengaq akan cakap "band melayu biasa ja" . Waktu band-band mainstream tengah meleleh dengan lagu-lagu cinta depa pon berlagu cinta jugak(lyrics cant lie). Tapi arrangement dengan muzik depa memang rasa lain. Waktu susah nak jumpa local band yang guna sliding technique untuk main gitar , noise dari amp dibuat jadi bunyi background , rakaman yang gross dan macam-macam lagi identiti depa.

Form 1 . Aku pegang gitar. Habeh lagu depa aku main. Aku cari sendiri pon ada internet pon ada. Band aku masa tu , "Treble" memang mazhab Butterfingers la katakan. ACAB pon ada jugak tapi ACAB time tuh macam slalu sangat main.

Waktu keluaq album kembali aku kat UTP. Ingat lagi , hujung bulan takdak duit sangat. Straight g ipoh beli satu. Mintak poster lagi kat amoi tuh. Yang dah terkoyak pon takpa. Dalam album tuh ada piano intro dari Kassim Masdor. Tau sapa Kassim Masdor? Dia la yang main piano dan memang orang rapat dalam arrangement muzik P.Ramlee.

See???? Mana depa dapat idea p cari Kassim Masdor time tuh, dia dah tua jugaklaaa. Tapi sebab depa appreciate jugak ,last2 keluaq juga intro piano dia.. Kalau hampa dengaq lagu 'Mati Hidup Kembali' memang ada bau bau lagu P.Ramlee.

Lepas aku beli album kembali , time tuh intern kat KLCC.Ada konsert kat Istana Budaya. Gagah la jugak p. Nasib baik staff blanja.

Album kembali aku rasa syok dah sebab aku tau butterfingers dah nak buat comeback. Abes la indie-indie yang main 3 chord suma. Last2 aku dengaq itulah album last depa.. Sebab emmett pindah p kanada dan loque sambung study music di U.S . Terkedu jugak aku. Patutlah tajuk album 'Kembali'.

Try la download lagu-lagu depa:
weird
kembali
girl friday
faculty of mind

itu antara yang best la. :)

Friday, 16 April 2010

LifeTunes


And I tried a little weird
Feelin' lost inside myself
No one knows how better it gets
Sometimes one day