Wednesday 10 February 2010

Hero!



Student UTP sure kenal dengan gerangan gambar diatas. Bagi yang tak kenal beliau adalah Tan Sri Dato Seri Dr. Hassan Marican. Beliau nih bekas ceo PETRONAS berkuatkuasa semalam. OK. Kalau yang tak berapa kenal dia mesti hairan kenapa la aku tulis pasai dia. Sebabnya sekarang nih orang tengah kalut sapa pengetua AF, sapa pengacara AF dan banyak lagi benda2 remeh temeh yang disangka penting.

Beliau ni dikatakan transformation factor dalam PETRONAS. Ok. Skarang yang still tak rasa apa2 lagi yang hebat pasai beliau, aku akan explain. Tahun lepas 45% (sangat sure) jumlah pendapatan negara datang dari PETRONAS. Then makhluk2 skeptik akan cakap, biasa la juai minyak mesti senang untung. Sapa-sapa pon bleh buat untung janji ada modai.

Kalau nak banding beliau dengan Mawi atau Norman KRU yang baru jadi pengetua AF tuh , aku rasa beliau nih jarang-jarang la keluaq tv kecuali ada benda yang important ja. Kurang popular la tuh. Tapi rasanya boleh aku share dua tiga benda yang boleh kita buat sedaq and appreciate apa beliau buat untuk Malaysia nih.

Untuk yang tak faham pasai minyak2 nih meh aku cerita secara ringkasnya.Minyak dalam Malaysia nih dah tak banyak. Makanya Petronas dulu yang berniaga dlam negara nih terpaksa la keluaq untuk berkembang. Macam mana? maksudnya macam seorang peniaga pasar tani di dalam sebuah kampung yang bukak cawangan di Pasar Malam New York . US. Faham? (ada pasar malam k kat sana? haha) Jadi siapa yang jadi captain@ ketua untuk mengemudi bisnes di tempat baru nih? makanya beliau laa.

Jadi beliau nih la yang mengemudi planning petronas untuk terus maju dan berkembang. So apa kena Petronas maju dengan Nasik Goreng yang kita makan setiap hari? Duit-duit untuk petronas nih diberi kepada kerajaan. Maka kerajaan pon buat la subsidi baja padi , subsidi minyak kelapa sawit. Subsidi minyak petrol , subsidi gas memasak dan segala macam yang diperlukan untuk jadi Nasi Goreng. Makanya bila untung Petronas Kurang, Subsidi pon kena potong, subsidi kena potong , harga barang akan meningkat, harga barang meningkat , nasik goreng yang 3.50 kita makan akan jadi maybe 6 ringgit. So kurang la kualiti hidup kita sebab kita kena makan nasik kosong ja. (Andaikan nasi goreng adalah makanan yang mewah hahaaha) . Yang dpat duit PTPTN pon silap haribulan sangkot jugak kalau ekonomi negara ada problem.

Jadi beliau nih ,setiap hari la memerah otak macam mana nak bagi Petronas untung, so dapat la rakyat nih hidup dalam keadaan yang sepatutnya . TAPI , suatu masa dulu bila minyak naik harga nih, ada rakyat yang agak kurang bijak siap maki-maki beliau. Cakap petronas cari untung lebih dan macam-macam yang tak patot. sebaliknya dipuji-puji artis2 yang jambu-jambu dan seksi dengan alasan mereka sanggup berkorban untuk negara (haha , tayang-tayang body itu perngorbanan kata mereka). Jadi rasanya benda tuh tak sepatotnya jadi.

Skarang dah faham? macam mana beliau boleh ada kena mengena dengan keadaan hidup kita sekarang? Benar , bukan beliau sorang ja yang buat semua benda untuk bagi negara duit. Tapi secara overviewnya kita tahu beliau besar peranannya dalam keadaan negara kita sekarang.

Nak kita jadi macam orang-orang dulu? Time P.ramlee ada tiada penghargaan. Tak kesah pon. Tapi bila dah takdak, baru kalot nak bagi Tan Sri , letak nama jalan, letak nama muzium , sibuk2 nak main filem. No , kita bukan macam sesetengah orang dulu-dulu yang tak pernah menghargai. Kita bagus sket. Kita chill hahaha..

Lagi satu cerita, time aku intern aku p semayang jumaat kat surau tower 1. Then aku tidoq setelah duduk di saf. masuk khutbah kedua aku terjaga. Ada sorang pakcik pakai baju melayu putih dengan kain pelikat putih dok sebelah. Dalam hati aku kata, 'ai, dan lagi pakai kain pelikat pakcik nih.. ' jadi lepas tuh aku sembahyang laa. Pakcik tuh sebelah kiri aku, time bagi salam first aku ok, bagi second salam aku cam terkejut, Mak Oi.. Pak Cik tuh Tan Sri Hasan laa.. Apa lagi, baca doa cepat2 , aku tunggu dia habes baca doa. Teruih huluq tangan nak salam, dia salam. Muka serious , banyak keja kot. Lepas tuh mula la aku cerita kat kawan2 aku kat office. depa kata jangan basuh tangan haha...

Aku tulis nih bukan sebab ada kepentingan. Kerja dengan PETRONAS pon tatau dapat k dak. Aku tulis nih at least boleh la bagi orang appreciate kerja-kerja orang yang sangat banyak membantu kita secara tak langsung. Maybe tak over kalau kita cakap dia nih Hero!


*Aku dah siap berangan nak grad taun nih amek scroll dari dia, tapi tatau laaa.. kalau dia dah letak jawatan dia jadi pro chancellor lagi x? huhu

7 comments:

  1. baju melayu putih ngn kain pelikat putih mmg pakaian rasmi die g smyg jumaat kot

    aku pon penah nampak gak die berunifom cmtu

    ape2 hal pon kasi salute sama ini hero!

    ReplyDelete
  2. ini hero malaya sejati!

    bobo,wa rasa lu bole jadi hero gk ar.lu gnti tmpat dia.huahua

    ReplyDelete
  3. bo genius.. go bobo go

    ReplyDelete
  4. aku rasa ni la ceo petronas yang terbaik
    tapi, kenapa kontrak beliau tak disambung
    satu misteri gak

    ReplyDelete