Sunday, 6 September 2009

Chenta



.


Chenta ialah erm..
Ok Ok Skali Lagi.
Chenta ialah aaaa.. satu.. aaaa..Erm..
Chenta bukan sekadar aaaaaa... haish.. HuH..


Taktau.


*expected to be maki by a lot of friends hahaha.


Saturday, 5 September 2009

Siri Bercakap Dengan Burger

Pemakan-pemakan burger dan saudara-saudara encik burger

Saat-saat indah bersama encik burger

Kurang ajar punya encik burger. Huh!

Aku :Hye, assalamualaikum.
Burger : Hye, Waalaikumsalam.
Aku: Jadi, engkaulah burger ya?

Burger: Masa ngkau beli aku tadi , apa yang ngkau order?

Aku:Aku order burger lah.

Burger: Dah tuh.. takkan nama aku spagetti kot.
Aku: Owh, kenapa ngkau kurang sopan?
Burger: Aku bukan melayu , aku american.So tak kesah la kalau kurang sopan pon.

Aku: Tapi engkau bukan di buat di Sungai Buloh? Kilang Ramli burger? macam mana engkau
engkau mengaku engkau american?
Burger: Datuk Nenek Aku American, kiranya aku nih mix la.
Aku:Owh... Engkau tak kesah k aku nak makan engkau?
Burger: Dah naseb aku nak kena makan dengan engkau..

Aku: Tu lah, erm aku denga ngkau cakap bahasa melayu ada loghat-loghat kelantan. Ngkau orang kelantan ek?
Burger: Lembu yang nak dibuat aku nih asal kelantan , Jeli.Lembu dari jeli.Ngkau tanya aku plak ngkau neh asal mana?
Aku: aku j k, datuk nenek aku sekali?
Burger: Datuk nenek ngkau skali la.
Aku: Aku asal Perlis, kadang-kadang masachusetts di amerika sana. Datuk nenek asal dari Borno Panigale , Itali.
Burger:Owh.. apsal engkau makan sorang sorang neh? mana kawan-kawan ngko?
Aku: Kawan2 aku tengah tunggu burger diorang siap, aku lapar sangat, bukak puasa tadi aku
makan karipap je sebijik.
Burger: eleh, tak nampak pon kawan-kawan ngko.
Aku: ada tuh dekat kedai burger tuh.nampak tak. Dua belas orang tengah tunggu burger masing2.Seko-seko macam jin lapar.
Burger: Alaaa.. tipu.. tak nampak pon... Haha.. engkau datang sorang ja.
Aku: Abes tuh yang amek gamba ramai-ramai nih sapa?
Burger: Mana-mana? Tak nampak pon. Ko takyah la tipu aku. Perangai tipikal melayu la ngko..jangan cakap belit-belit
Aku:Oit burger, ngkau jangan kurang ajar!
Burger:Perangai melayu kampung!
cakap belit!Putar Alam!
Aku:Oit burger, diam ah!Apsal engkau emo!

Burger: Ikot suka aku ah nak bising-bising..aku nak emo k, amerika is free country!
Aku : Ngap Kepala Ngkau!!
Burger: Adeh adeh, jgan la makan lagi.. aku nk buat wish!Plz PLz Satu Wish!!!

Aku:Pegi Mati NGkau!! NGAP NGAP NGAP!!

Friday, 4 September 2009

Hari Yang Sangat Produktif (Sangat merehatkan)

Seperti kucing ini yang tidur dalam kegembiraan

Aku sedar , tangan menggawang-gawang katil. Mencari Handphone. Aku tengok jam pukul berapa. Ada message k, ada keajaiban k untuk hari ini. Owh . Macam biasa, message dari Celcom yang memujuk aku untuk join program-program buang duit.

Aku sembahyang subuh , aku main-main tukar theme dalam handphone aku. Aku terlelap seketika.

Aku jaga kembali , owh sudah pukul 1. Mari pergi sembahyang Jumaat. Mandi-mandi aku pergi sembahyang.

Balik Sembahyang aku letak kepala dekat bantal. Aku tak tahan lagi. Aku terlelap seketika. Tak apa , ini adalah lelapan sementara. Tiada yang perlu dirisaukan.

Owh, sudah pukul 6.30 , mari mandi sekejap.Tak elok mandi time nak berbuka neh. Tapi aku rasa cam patut mandi ja. Aku turun beli makanan.

Pukul 7.18 sudah masuk waktu berbuka. Makan sket. Kenapa macam pening-pening sangat neh. Letak kepala dekat bantal sekejap. Pukul 10.00 malam aku bangun.

Apakah bentuk istirehat aku buat hari ini? Kenapakah mengantuk sangat. Tak pernah aku mengantuk macam ini. Orang cakap , kesedehan selalunya membuatkan kita cuba lari dari kesedahan tersebut dengan tidur. Atau 'adakah perasaan benci ini sebenarnya mengantuk?' atau aku telah 'Terlanjur Tidur seperti lagu Rossa' ataupun aku sudah 'Thinking of Sleep' macam katy perry.

Aku tahu kenapa aku tidur banyak , sebab aku taknak fikir banyak-banyak.Minggu ini minda aku sangat penat. Sangat banyak celaru. Dihentam juga sebahagiannya. Dipersalahkan jugak.
Aku mahu rehatkan otak yang sudah lebam.

Lebam.Lebam.Lebam.

'TIDURLAH JIKA IANYA LEBIH BAIK DARI BERJAGA'

Thursday, 3 September 2009

Muhasabah Kejadian Diri Sendiri


Aku telah jumpa satu link yang menarik.
Selepas buat pengiraan aku rasa agak takut.
Berapa banyak masa yang telah aku buang sepanjang hayat.
Berapa banyak masa aku gembira, kecewa, sedih, keliru ,kenyang , dan lapar.
Berapa banyak masa aku sembahyang

Berapa banyak masa yang aku telah habiskan dengan tidur.
(Selalunya 1/3 kehidupan manusia untuk tidur) 1120weeks / 3 = 370 minggu untuk tidur.
Rupa-rupanya sudah lebih 7846 hari aku hidup. Sudah 7846 hari yang telah berlalu..
ntah apa yang aku dah buat..


From and including: Saturday, March 12, 1988 (tarikh lahir aku)
To and including: Thursday, September 3, 2009(hari ini)

It is 7846 days from the start date to the end date, end date included

Or 21 years, 5 months, 23 days including the end date

7846 days can be converted to one of these units:
  • 677,894,400 seconds
  • 11,298,240 minutes
  • 188,304 hours
  • 1120 weeks (rounded down)

pg la kira hampa punya life duration kat link nih http://www.timeanddate.com/date/duration.html