Friday 4 September 2009

Hari Yang Sangat Produktif (Sangat merehatkan)

Seperti kucing ini yang tidur dalam kegembiraan

Aku sedar , tangan menggawang-gawang katil. Mencari Handphone. Aku tengok jam pukul berapa. Ada message k, ada keajaiban k untuk hari ini. Owh . Macam biasa, message dari Celcom yang memujuk aku untuk join program-program buang duit.

Aku sembahyang subuh , aku main-main tukar theme dalam handphone aku. Aku terlelap seketika.

Aku jaga kembali , owh sudah pukul 1. Mari pergi sembahyang Jumaat. Mandi-mandi aku pergi sembahyang.

Balik Sembahyang aku letak kepala dekat bantal. Aku tak tahan lagi. Aku terlelap seketika. Tak apa , ini adalah lelapan sementara. Tiada yang perlu dirisaukan.

Owh, sudah pukul 6.30 , mari mandi sekejap.Tak elok mandi time nak berbuka neh. Tapi aku rasa cam patut mandi ja. Aku turun beli makanan.

Pukul 7.18 sudah masuk waktu berbuka. Makan sket. Kenapa macam pening-pening sangat neh. Letak kepala dekat bantal sekejap. Pukul 10.00 malam aku bangun.

Apakah bentuk istirehat aku buat hari ini? Kenapakah mengantuk sangat. Tak pernah aku mengantuk macam ini. Orang cakap , kesedehan selalunya membuatkan kita cuba lari dari kesedahan tersebut dengan tidur. Atau 'adakah perasaan benci ini sebenarnya mengantuk?' atau aku telah 'Terlanjur Tidur seperti lagu Rossa' ataupun aku sudah 'Thinking of Sleep' macam katy perry.

Aku tahu kenapa aku tidur banyak , sebab aku taknak fikir banyak-banyak.Minggu ini minda aku sangat penat. Sangat banyak celaru. Dihentam juga sebahagiannya. Dipersalahkan jugak.
Aku mahu rehatkan otak yang sudah lebam.

Lebam.Lebam.Lebam.

'TIDURLAH JIKA IANYA LEBIH BAIK DARI BERJAGA'

3 comments:

  1. apa kes kalau mata dah tutup pun, 'dewi suatu masa dulu' masih bermain2 kat birai mata???

    pejam boleh... hilang??

    sabarlah bro.

    ReplyDelete
  2. alah, dia nih sampai mati pun xkan lupa dewi suatu masa dulu tu. dewi suatu masa dulu tu kalau jadi mata ikan pun xkan ingat kat anwar nih.

    ReplyDelete
  3. hahaha.. baik baik cakap zam. nanti ngko main futsal sorang2 je

    ReplyDelete